Day 8 | Saturday | 3 May 2014
Day 8 : Brussels ---> Centre Centrum
Alhamdulillah hari ini sungguh cerah cuaca. Kami sarapan dengan penuh khusyuk dan juga aktiviti bekalan makanan juga dibuat untuk makan tengahari nanti. Banyak sangat makanan disediakan. Yougurt dia sangat sedap! Buah-buahan ada dua jenis, apple and pear. Roti tak payah kira lah, banyak sungguh jenis roti dengan pelbagai pilihan jem. Telur hancur dia juga sedap! Hot choc pun sedap. Memang bertambah-tambah kami makan, yang disimpan buat bekal pun sama banyak juga. Nasib baik Miss A bagi pinjam tupperware sorang satu. Senang misi dijalankan.
Pagi yang gelap kini sudah cerah
Perjalan hari ini adalah ke Centre Centrum. Tempat yang wajib dilawati kalau dah sampai Brussels. Melalui Avenue de Stalingardlaan yang mengingatkan saya kepada bandar Barcelona, kami sampai ke kawasan tourist iaitu Manneken Pis. Masa kami sampai awal pagi ni, manusia masih belum ramai makanya senang nak ambil gambar patung budak kecik yang sampai sekarang tak faham kenapa orang ramai datang tengok termasuklah diri sendiri ini. Kalau nak baca sejarah keglamouran budak ini sila klik link yang telah disediakan.
KLMJ, Barcelona
(kenangan lama mengusik jiwa)
Ini adalah hotel yang sepatutnya kami diami, tapi setelah dibincangkan dengan kedudukan yang agak jauh dari Gare du Midi, kami cancel booking. Tapi harga dia memang murah berbanding Ibis dan kedudukan lebih dekat dengan Centre Centrum dan juga kawasan EU
Gambar semasa kami dalam perjalanan pulang ke hotel. Sungguh berbeza dengan pemandangan diawal pagi tadi. Tapi lebih meriah sebab ada life band
Sepanjang perjalanan memang akan banyak jumpa kedai yang menjual souvenir dan juga coklat dan wafel, memang teruja dan harus singgah beli wafel.
Sangat sedap. Sila beli untuk menambahkan kalori
Salah satu kedai yang menjual coklat
Kedai yang menjual watak comic pun banyak juga
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Grand Place. Memang sangat tertarik dan kagum betul dengan senibina yang terdapat disekitar Grand Place ini dan semestinya bukan less is more, sorry Ludwig Mies van der Rohe, zaman Modern Architecture anda belum sampai.
Town Hall dia ni, sumpah boleh menangis kalau kena paksa buat measured drawing bangunan ini. Dibina pada tahun 1402 -1420, 18 tahun masa pembinaan dan beberapa tahun lagi pertambahan pembinaan dibuat maka inilah hasilnya.
Tengok la betapa heavy facade bangunan ini
Sangat teliti muka dan posisi setiap patung pun!
Kesian patung yang dekat bawah tu, menganggung beban yang besar, setiap patung yang dihasilkan ada cerita masing-masing, nak tahu dengan leih lanjut sila gugel sebab saya malas nak cari
Dekat pintu pun macam gini punya detail
Bahagian atas bumbung macam ada tingkap tingkap kecil tapi bukaan telah ditutup dengan kayu
Masa kami sampai sini, ada pula pasangan pengantin baru sampai. Memang ramai la manusia dengan touristnya dengan kaum kerabat kawan sahabat handai pengantin lagi
Ini adalah bahagian tepi Town Hall, nampak satu patung dah turun guide bangunan ini hashtag.takpayahnakHarryPottersangatlah
Guildhalls yang terdapat di bahagian tepi Town Hall
Binaan bangunan yang suka hati hey hey ketinggian lantainya
Detail Guildhalls, macam hiasan dekat kapal Jack Sparrow
Macam-macam rekabentuk
Inilah contoh anak dihutan ditinggalkan, manusia dirumah disusukan
Hiasan salah satu pintu masuk ke Guildhalls
Inilah pemandangan keseluruhan Grand Place yang dilukis oleh pelukis jalanan. Tempat ini juga termasuk dalam senarai World Heritage Site pada tahun 1998
2 comments:
Guildhalls time aku pegi aritu under renovation. huhuhu
John,
mmg sadis kalau time kita sampai bangunan tgh dok buat conservation. pasrah je lah kan.
Catat Ulasan