Jumaat, 11 Julai 2014

Spring Break 2014 : Comic Wall in Brussels

Seperti yang telah dijanjikan pada post sebelum ini, entry ini adalah berkisar dengan comic wall yang boleh dijumpai disekitar Brussels. Menarik juga aktiviti mencari comic wall ini, sebab macam ada tugasan khas dan mata perlu tajam semasa berjalan.

Siapa tidak kenal dengan watak dalam cerita The Adventures of Tintin yang direka oleh kartunis dari Belgium iaitu Herge. Selain tintin, watak kartun yang glamour macam The Adventures of Nero by Marc Sleen juga boleh dijumpai disekitar bandar Brussels dan banyak lagi karya-karya terkenal oleh kartunis yang berasal daripada negara Belgium ini.

Ada museum khas untuk peminat kartun disini. Kami tidak singgah pun sebab  agenda masuk museum tidak tersenarai dinegara ini. Jadilah jumpa beberapa wall yang dilukis khas bagi mengingati semua watak kartun. Tanpa membuang masa marilah kita lihat lukisan yang berjaya dijumpai sepanjang kami berada di Brussels.

Comic wall hari pertama di Brussels






Comic wall hari kedua di Brussels




Ini bukan comic wall, tapi lukisan yang dilukis disalah satu kedai 

Sebenarnya ada banyak lagi comic wall, tapi disebabkan kekangan masa hanya ini sahaja yang sempat ditemui. Jadi, jangan lupa pasang mata anda ketika anda berada di Brussels.


Location: 1000 Brussels, Belgium

10 comments:

zaraab berkata...

Grew up with this TinTin character when I was a small kid.

HiDayah@GM berkata...

Zaraab,

Masa dgr diorg buat movie tintin ni mmg tak sabar nak tgu tgk. Ok lah kan movie dia..hehe

Muhammad Khairuddin Lim berkata...

bestnya jumpa tin tin wall/..

HiDayah@GM berkata...

MKL
sngt teruja bila jumpa..kikiki

Jari Manis berkata...

ish..ish...kagum sungguh...rasanya penang art street belum boleh challange dgn comic wall ni..lukisan tangda di dinding tu ...Wowwwww!!

HiDayah@GM berkata...

JM,
lebih menarik sbb negara diorg mmg banyak lahirkan pelukis comic..sy org Penang pun tak buat lagi town trail dkt penang tu,kikiki

zila@akulovetravel berkata...

Di brussel saya tak byk sangat cover sebab ada 1 day full jer kt belgium. Cantik la comic2 kat wall ni

HiDayah berkata...

zila,
comic wall dkt belgium ada bnyk,tp sy pun sempat jumpa yg ni je.Nak sambung cari yg lain pun tak tercapai sebab tak cukup masa.

budak kampung berkata...

Sedih, saya tak jumpa cari ini itu hari. Terbuku hati samapai sekarang. Very nic pics

HiDayah berkata...

BK,
Ada bnyk lagi wall sekitar Brussels ni, tp ini je yg sempat jumpa..utk tidak terbuku dalam hati,haruslah jejakkan kaki lagi ye dok?hihi