Saturday | 3 May 2014
Day 8 : Brussels ---> Leuven
Selepas kami menjelajah bandar Brussels, kami kembali semula ke Gare du Midi untuk menaiki train ke bandar Leuven. Harga tambang train ialah sebanyak 6.20 euro untuk return berbanding 10.60 euro sekiranya perjalanan ini dibuat pada hari weekdays. Sebelum terlupa harga tiket murah ini hanya dapat untuk perjalanan yang dilakukan secara return sahaja. Kalau one way tidak akan dapat harga murah.
Perjalanan pun hanya memakan masa tidak sampai sejam. Kami memilih bandar ini adalah kerana faktor masa. Disebabkan kami hanya ada hari ini sahaja untuk menjelajah negara Belgium maka bandar ketiga perlulah bandar yang tidak jauh dari Brussels.
Bandar Leuven ini lebih dikenali sebagai bandar Universiti kerana terdapat Katholieke Universiteit Leuven yang merupakan universiti terbesar dan paling tua dinegara Low Countries dan merupakan universiti Catholic yang paling lama wujud dan masih lagi wujud sehingga sekarang.
Ini adalah Leuven Train Station
Pemandangan disebelah kiri, kelihatan beberapa bangunan modern
Bahagian hadapan ada satu tugu peringatan
Semangat betul patung ni, pose pun daring habis
Yeah, sudah kelihatan old town Leuven
Ini adalah Fonske. Patung ni macam Manneken Pis dekat Brussels tu yang akan dipakaikan pakaian ikut seasons. Dibina pada tahun 1975 bagi sempena ulang tahun Universiti Leuven yang ke 550.
Library Universiti
Mengikut sejarah, bandar Leuven juga antara bandar yang menerima impak perang dunia I dan II. Semasa perang dunia pertama, library ini telah hancur musnah pada 28 August 1914 dibom oleh tentera German. Banyak buku yang telah musnah. Kemudian ianya dibina semula selepas perang tersebut, namun semasa perang dunia kedua library ini sekali lagi malang kerana musnah terbakar. Library sekarang ialah hasil pembinaan semula selepas perang.
Dekat kawasan ini, hanya bus sahaja yang dibenarkan masuk selain basikal dan motosikal. Kalau tidak salah la sebabnya tiada kenderaan lain yang kelihatan dekat sekitar kawasan square ini. Bus pun akan berhenti depan Town Hall. Tapi jangan tanya no bus sebab kami berjalan kaki ke sini dari train station.
Ini ialah Town Hall Leuven yang mula dibina pada tahun 1439
Sepertimana library tadi, bangunan ini juga menerima kesan akibat perang. Keadaan Town Hall semasa perang dunia pertama hanya sedikit kerosakkan, namun semasa perang dunia kedua ianya menerima tamparan yang lebih hebat. Bangunan sekarang adalah hasil pembinaan dan restoration work yang dibuat selepas perang.
Front facade, kalau ada sampai malam kawasan ini sangat cantik bermandikan cahaya lampu
Zoom sket
Ha, detail sama macam bangunan Town Hall dekat Brussels tapi tidak heavy sangatlah
Mesti la ada Church dekat depan Town Hall
Square dibahagian hadapan Town Hall, awam mendung sekali sekala muncul tapi Alhamdulillah hujan tidak turun hari ni
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke kawasan tempat melepak student uni
Inilah dia kawasan tersebut. Atau lebih dikenali sebagai Beleuvenissen. Kawasan ini merupakan musical dan culture square bagi bandar ini. Banyak event yang dijadualkan berlangsung disini sepanjang musim terutamanya musim panas
Sedap juga layan music yang dimainkan oleh pasangan ini. Diorg siap menyanyi. Nasib baik sedap kalau tak sure hujan turun
Sepanjang jalan dipenuhi oleh kerusi meja. Mesti malam hari lebih happening kawasan ini
Imej bandar ilmu
Cantiknya, kalau cover full facade mesti lagi cantik. Go Green!
Facade ini nampak lain sedikit dengan semua bangunan yang dijumpai
Perjalanan kami teruskan lagi ke satu kawasan yang famous dan wajib pergi tengok kalau dah sampai Bandar Leuven. Tapi ceritanya next post sebab panjang pula rasanya. Kalau nak berbasikal pun menarik dalam bandar ini sebab tidak sesak dan orang juga tidak seramai di Brussels.
7 comments:
Lawa sangat architecture bangunan2 kat sini ...
Azra,
Cantik dan yg best tak ramai org mcm dkt Brussels
lawa train station....nice sharing
Ada rasa nak tiru iti Belgium ko ni. Gigih aku baca dari awal.
MKL,
Tq!
Bibie,
mai la singgah Leuven ni, dekat je dgn Brussels. Tq sbb sudi membaca :)
dalam setiap entri mesti di kongsi denga gambar building yg cantik2 ni..ya Ampun..ada tak sesapa yg nk jadi teman JM travel to Brussel, Belgium ni..nk travel solo cam tak cukup BERANI lagi nih
JM,
dalam camera mmg penuh gambar bangunan daripada gambar diri sendiri..huhu
sy mmg tak boleh buat solo sbb parents tak bagi.
Catat Ulasan