Seperti yang telah dijanjikan pada post sebelum ini, entry ini adalah berkisar dengan comic wall yang boleh dijumpai disekitar Brussels. Menarik juga aktiviti mencari comic wall ini, sebab macam ada tugasan khas dan mata perlu tajam semasa berjalan.
Siapa tidak kenal dengan watak dalam cerita The Adventures of Tintin yang direka oleh kartunis dari Belgium iaitu Herge. Selain tintin, watak kartun yang glamour macam The Adventures of Nero by Marc Sleen juga boleh dijumpai disekitar bandar Brussels dan banyak lagi karya-karya terkenal oleh kartunis yang berasal daripada negara Belgium ini.

Ada museum khas untuk peminat kartun disini. Kami tidak singgah pun sebab agenda masuk museum tidak tersenarai dinegara ini. Jadilah jumpa beberapa wall yang dilukis khas bagi mengingati semua watak kartun. Tanpa membuang masa marilah kita lihat lukisan yang berjaya dijumpai sepanjang kami berada di Brussels.
Sebenarnya ada banyak lagi comic wall, tapi disebabkan kekangan masa hanya ini sahaja yang sempat ditemui. Jadi, jangan lupa pasang mata anda ketika anda berada di Brussels.
Comic wall hari pertama di Brussels
Comic wall hari kedua di Brussels
Ini bukan comic wall, tapi lukisan yang dilukis disalah satu kedai
Sebenarnya ada banyak lagi comic wall, tapi disebabkan kekangan masa hanya ini sahaja yang sempat ditemui. Jadi, jangan lupa pasang mata anda ketika anda berada di Brussels.
10 comments:
Grew up with this TinTin character when I was a small kid.
Zaraab,
Masa dgr diorg buat movie tintin ni mmg tak sabar nak tgu tgk. Ok lah kan movie dia..hehe
bestnya jumpa tin tin wall/..
MKL
sngt teruja bila jumpa..kikiki
ish..ish...kagum sungguh...rasanya penang art street belum boleh challange dgn comic wall ni..lukisan tangda di dinding tu ...Wowwwww!!
JM,
lebih menarik sbb negara diorg mmg banyak lahirkan pelukis comic..sy org Penang pun tak buat lagi town trail dkt penang tu,kikiki
Di brussel saya tak byk sangat cover sebab ada 1 day full jer kt belgium. Cantik la comic2 kat wall ni
zila,
comic wall dkt belgium ada bnyk,tp sy pun sempat jumpa yg ni je.Nak sambung cari yg lain pun tak tercapai sebab tak cukup masa.
Sedih, saya tak jumpa cari ini itu hari. Terbuku hati samapai sekarang. Very nic pics
BK,
Ada bnyk lagi wall sekitar Brussels ni, tp ini je yg sempat jumpa..utk tidak terbuku dalam hati,haruslah jejakkan kaki lagi ye dok?hihi
Catat Ulasan