Rabu, 9 Julai 2014

Spring Break 2014 : Loiuse/Louiza, Brussels

Friday | 2 May 2014

Day 7 : Antwerp ---> Brussels

Perjalanan yang tidak sampai 1jam dari Antwerp ke Brussels kami dihidangkan dengan pemandangan sama seperti perjalanan dari Rotterdam ke Antwerp. Bila sampai di Gare du Midi / Zuidstation kami terus keluar untuk mencari Ibis Hotel yang menjadi pilihan untuk 3 malam di bumi Belgium ini.

Keluar ke pintu hadapan lintas jalan pandang kiri terus nampak hotel. Pilihan hotel ini pun adalah disebabkan oleh lokasi yang berdekatan dengan train station. Urusan check in adalah sangat mudah. Kami hanya tunjuk salinan email yang dicetak. Booking.com menjadi pilihan kerana airbnb tiada yang menepati citarasa kami. Selama tiga hari kami disini, sarapan pagi tak perlu pikir sebab memang dah termasuk dalam harga semasa booking dibuat. Padan la dengan harga hotel yang paling mahal pernah didiami di Europe.haghtag.takberapacheapskatesangat. Gambar dekat dalam website booking.com adalah tepat 100%.

Keadaan diluar Gare du Midi, Brussels



Keluar je station pandang kiri dah nampak Ibis Hotel

Kami masuk hotel, terus lepak dulu sambil makan kebab yang masih berbaki tadi. Bersihkan diri apa yang patut, kami keluar semula ke Gare du Midi station sebab nak pergi beli map Belgium dan juga berjumpa dengan kesayangan saya yang akan sampai pada jam 5 petang daripada London.

Selesai urusan beli map, kami terus ke tempat menunggu bagi penumpang Thalys. Kelihatan adik kesayangan bersama kawan-kawan telah sampai. Muka penat je budak-budak ni. Yelah diorg berkelana selama sebulan di 11 negara Eropah. Untunglah dapat hadiah habis belajar jalan-jalan ke Europe. Dia berjalan dengan senior dia yang dah kerja setahun dan sorang lagi ialah pensyarah diorg masa dekat Uni. 

Selingan
--------------------------------------

Btw tahniah para graduan, another Arkitek in our clan dan masih terdapat lagi 2 orang sepupu menyusuri jejak langkah. Ermm kalau pikir balik, dah cukup kitorg sepupu semua bukak satu fakulti alam bina dalam famly, arkitek ada,arkitek landskap ada, qs ada and town planner pun ada. Haha, peminat alam bina sungguh menebal dalam keluarga tok wan Hj Yahya. Love you tok wan, Alfatihah.

--------------------------------------
Kami rancang mahu berjalan dikawasan yang berdekatan dengan kawasan hotel sahaja petang ni iaitu kejiranan Louise/Louiza. Adik saya join skali tapi senior dan lecturer dia surrender sebab letih malas dah nak jalan. Sepanjang jalan saya lebih banyak berborak dengan adik, manakala Mrs.H pun join skali sambil ambil gambar. Haruslah bila dah jejak kasih ni, camera memang gantung dekat leher jadi perhiasan je. 

Kami mulakan perjalanan mengikut Zuidlaan Boulevard Du Midi dan berjumpa dengan Hallepoort Porte De Hal gambar bangunan tiada kerana leka berborak dengan adik. Hanya mengharapkan gambar daripada camera rakan seperjuangan. Kalau nak lihat macam mana rupa bentuk sila klik link yang diberikan diatas.Mari lihat gambar yang beberapa keping diambil pada hari pertama di bandar Brussels ini.

Laluan nak ke Hallepoort Porte De Hal ni macam taman perasaannya. Sejuk mata memandang sejuk lagi angin yang bertiup petang ini.

Melalui Boulevard De Waterloo sampai di simpang empat besar kami memilih untuk ke kiri kerana mahu melihat Place Poelaertplein. Niat dihati nak melihat sunset sebab dikatakan tempat ini kita dapat view sunset yang cantik dan dapat lihat bandar Brussels daripada view yang tinggi, tapi sejuk teramat sangat petang ini dengan angin yang kuat. Sudahlah jam 9 lebih baru langit magrib akan muncul. Jawapannya haruslah tidak menjadi perancangan ini.

Inilah tempat yang dikatakan boleh dapat view sunset cantik di Brussels

Under restoration work pula bangunan ini

Memang perlu restoration work, dah macam rumah berhantu dah tengok rupanya

Hiasan tingkap depa

 Disebabkan kami tidak mengunggu waktu untuk tengok sunset maka kami berada tidak lama dikawasan ini. Ambik masa untuk melihat keadaan disekitar bangunan, lihat pemandangan yang dihidangkan depan mata terus kami turun melalui satu lift yang disediakan dibahagian kanan bangunan. Lift ni dibina dengan full glass bagi membolehkan menikmati keindahan kawasan persekitaran.


Ini lah view yang terdapat dibahagian hadapan bangunan tadi

View ini diambil dari dalam lift. Kalau nak turun ikut tangga pun boleh, tapi kami lebih sayangkan lemak. Banyak kot anak tangga nak kena lalui sebab kawasan ini memang tinggi betul dengan kawasan disekitarnya

Senibina dipersekitaran bangunan

Comel kan tingkap-tingkap ini

Inilah buah hati yang berjaya jumpa di bumi Brussels. Semangat dia dok bercerita

Sibuk dia cakap dia terasa pendek dekat Europe, hello tinggi ko dah 180 kot..habis tu akak kau ni katek habis la terasa. Tapi memang pun, asyik kena tanya umur berapa je bila nak beli tiket. Terasa muda bila berjalan dekat Europe ni. Kerana dirimu begitu berharga.

(gambar sedikit pudar kerana diambil daripada hp oleh MrsH)

Bila berjalan ada orang ketiga maka adalah gambar normal bukan selfies macam ini. Pasal lukisan comic dekat belakang itu, nanti saya buat post khas pasal comic wall di Brussels.

Senibina dikawasan ini kelihatan sudah sedikit modern and simple

Perjalanan pulang semula ke Gare du Midi

Kami sampai ke Gare du Midi dalam jam 7 lebih. Masuk sebentar dalam station untuk babai kepada kawan-kawan adik dan bersalaman dengan adik sebelum balik semula ke hotel. Diorg akan menaiki Thalys dari Brussels ke Amsterdam Airport pada jam 11 malam nanti. Balik je Europe CV pun tak sempat siap, dah dapat kerja. Mudah rezeki kau dik. Owh adik bogsu sudah kerja kakak terasa tua.

Balik hotel singgah beli makanan dulu untuk dinner. Kawasan dekat Gare du Midi ni bersepah kedai makanan halal. Kami try tiga kedai untuk tiga malam sepanjang disini. Oklah semua pun boleh telan dan rasa berbaloi dengan harga.

Eh panjang pula entry kali ini. Till then. Bai
Location: 1000 Brussels, Belgium

4 comments:

kakitravelkhairuddin.blogspot.com berkata...

cantik bangunannya..

hidayahrodhi berkata...

MKL,

Indeed!

Jari Manis berkata...

semua adik beradik dalam family minat architect..mmg HEBAT...semua profesional tu...JM ni belajar tak pandai so keje biasa2 je lah hikss

hidayahrodhi berkata...

JM,
Pengaruh drpd tok wan kot sbb dia tukang buat rumah.

Apa pun kerja kita janji mendatangkan faedah utk agama bangsa dan negara.