Rabu, 6 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Wenzel Walk, Luxembourg

Sunday | 4 May 2014

Day 9 : Luxembourg ---> Wenzel Walk, Old Town

Kawasan ini sungguh aman dan tenang disamping cuaca yang seperti dalam aircond serta pancaran matahari yang sungguh kacak hari ini membuatkan hati jatuh cinta kepada negara kecil ini. Sebelum meneruskan perjalanan kami rehat sebentar untuk makan bekalan yang dibawa untuk tengahari. Makan sambil membaca sejarah negara Luxembourg. Ilmiah sangat.

Kemudian kami menjelajah tempat yang dikatakan Europe's most beautiful balcony ini. Kami hanya berpandukan Wenzel Walk yang diperolehi daripada Tourist Information dan juga pandangan mata sahaja. Kalau nampak macam menarik kami setuju menjelajah, kalau tempat itu nampak macam owh ok, so dari jauh sahaja dilihat. Mari kita lihat pemandangan yang dapat dilihat disepanjang perjalanan.

(gambar adalah tidak mengikut susunan perjalanan dengan tema post kali ini : biarlah gambar berbicara)

Berhenti berehat sebentar dikawasan ini merupakan  pilihan yang tepat!





















Selepas puas hati menjelajah kawasan kami bergerak ke station keretapi semula untuk pulang ke Brussels. Esok sudah bergerak ke negara jiran iaitu bandar kota cinta Paris, France
Location: Luxembourg

2 comments:

Azra berkata...

cun gambar dari bawah viaduct tu

hidayahrodhi berkata...

Azra,

Kali pertama jalan kaki bawah viaduct..teruja sngt2..hehe