Jumaat, 5 September 2014

Spring Break 2014 : Centre Pompidou

Wednesday | 7 May 2014

Day 12 : Centre Pompidou

Sekiranya anda adalah pelajar jurusan senibina, bangunan ini adalah antara yang wajib untuk dilihat sekiranya sudah sampai di bumi Paris. Menjadikan Archigram sebagai sumber inspirasi oleh pasukan rekabentuk maka terhasillah bangunan ini pada tahun 1977.

Mereka yang bertanggungjawab adalah :

- juga Arkitek bagi Kansai International Airport dan Shard London Bridge mercu tanda pencakar langit terbaru di kota London.

- Lloyd's Building, London antara bangunan yang sinonim dengan beliau.

- juga terlibat dalam pembinaan Lloyd's Building 

- jurutera yang juga terlibat dalam pembinaan bangunan seperti Sydney Opera House, the Louvre Pyramid, Paris

Sebelum memasuki bangunan ini, kami picnic makan makanan yang dibeli tadi mengadap bangunan ini sehingga puas hati. Nasib baik cuaca panas redup silih berganti tanpa diiringi hujan ketika kami disini.

Hasil seni yang dipamerkan di dalam kolam bersebelahan museum

Dibahagian hadapan museum

Sedang mencari port untuk melepak


Duduk mengadap sampai puas

Setelah puas, kami mendekati museum untuk melihat pameran yang sedang berlangsung dan walla! Bernard Tschumi , Concept & Notation sedang berlangsung. Yahoo, ayuh mari kita masuk. Tidak perlu beratur panjang, orang tidak begitu ramai disini.

Lepas letak beg dekat bahagian penyimpanan kami terus ke pameran Bernard Tschumi terlebih dahulu sebelum ke pameran yang lain.

Menuju ke bahagian atas

Agak ramai manusia, tetapi tidak seramai The louvre


Pemandangan kota Paris dari Cente Pompidou

Tamatlah sudah penjelajahan kami di bumi Paris. Esok pagi jam 6.30 pagi dah kena gerak ke station keretapi untuk meneruskan misi Spring Break 2014 ke negara German.
Location: Paris, France

5 comments:

Jari Manis berkata...

Dayah..ingatkan salah blog tadi :-)

Bibie Karim berkata...

Aku bukan berjiwa architecture pun tertarik tengok building ni. Tapi paling suka art displays kat dalam kolam tu.

hidayahrodhi berkata...

JM,
hehe,anda tidak tersalah.

Bibie,
Sculpture dalam kolam mmg macam2 rupa gaya.

bilabudakkampungtravel berkata...

Menarik.. terlepas sini masa kat sana dulu. Next time maybe. Thanks

hidayahrodhi berkata...

BK,
Hi! In Sha Allah semoga termakbul cita-cita utk sampai lagi ke Paris nnt, Ameen