Khamis, 20 November 2014

Hello Ceylon : Kandy to Nanu Oya, Nuwara Eliya

Day 3 | Tuesday | 21 Oct 2014

Day 3 : Train Ride, Kandy to Nanu Oya

Assalamualaikum dan Hello!

Pagi hari ketiga kami semua sudah semangat untuk menaiki keretapi tanpa tempat duduk yang dijangkakan masa perjalanannya adalah selama 3 jam itu. Ruwan banyak kali tanya, betul ke nak naik dengan tiada tempat duduk? Kami cakap jangan risau, kita jumpa nanti di Nanu Oya ye. Semua beg sumbat dalam van, kami hanya bawa beg galas ringan yang berisi makanan dan barang peribadi yang berharga sahaja.

Kami sampai lagi 30 minit jam 8.00 pagi. Sempat la pergi kedai kejap beli sarapan dengan meninjau-ninjau keadaan stesen keretapi. Banyak juga manusia, tapi hanya ketika keretapi sampai sahaja. Dan seperti yang dijangkakan, ramai pelancong daripada Eropah yang akan menaiki keretapi yang sama laluan dengan perjalanan kami. Sebab itu cepat habis tiket yang ada tempat duduk.

Kami beli 2nd class je sebab memang sepanjang cari info dekat internet ramai yang cadangakan naik kelas kedua sahaja. Kelas kedua sudah cukup bersih dan selesa. Dalam keretapi nanti pun akan ada orang berjualan juga. Ada kuih, ada buah-buahan dan minuman. Haruslah beli lagi nenas yang sedap itu. Strawberries pun sedap juga, tapi hanya ada penjual bila sudah sampai ke kawasan tanah tinggi.

Pintu masuk ke kawasan menunggu. Perlu tunjuk tiket untuk masuk ke kawasan ini

Old School habis jadual perjalanan keretapi

Platform. Bersihkan!

Kepala keretapi

Rombongan sekolah. Cuteness!

Sekitar kawasan Kandy Train Station

Macam-macam kenalan kami jumpa sepanjang dalam keretapi. Rancak berbual. Dengan pegawai train yang bertugas pun dah macam kenal rapat. Mesti dia akan singgah dekat tempat kami untuk berbual bila dia buat rondaan. Mamat pakai baju biru tu, student final year dekat Colombo University jurusan kejuruteraan.

Antara stesen keretapi yang kami berhenti. Masih bersih seperti di Kandy

Tempat duduk kami sepanjang perjalanan. Tapi sampai satu tahap sudah banyak tempat kosong sebenarnya. Tapi kami lebih selesa untuk duduk disini.

Mari kita lihat pemandangan disepanjang perjalanan daripada Kandy ke Nanu Oya.

Selain pemandangan kehijauan ladang teh, kami juga dihidangkan dengan beberapa air terjun, sungai yang mengalir laju airnya dan juga perkampungan. Keretapi ini wajib dinaiki kalau sudah sampai ke Sri Lanka.

Tiga pintu kami kawal, hehe memang sangat puas hati dapat pengalaman macam ini. Syukur nikmat Allah!

Aksi berani buat hanya di Sri Lanka dan tidak akan kena marah, hiks

Akhirnya kami sampai di Nanu Oya. Hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami. 

Kabus juga agak tebal dikawasan ini. Tapi udara terasa sungguh nyaman sekali.
Location: Nanuoya, Sri Lanka

10 comments:

Zilla berkata...

best!!besttt!! agak2nya kalau travel sndiri di sini, ok ke?

hidayahrodhi berkata...

Zilla,
Mmg sngt best, sila lah pergi Sri Lanka..hihi
Ok je nak travel sendiri dekat sini. Kitorg hire driver sebab nak cover tpt2 yg bus tidak lalu (cth. Kandalama plus nak jimat masa menunggu public transport)

Zilla berkata...

kiranya Sri Lanka ne tak macam yindi ya, Dayah? mmg dah ada dlm list SL ne tapi tak tahulah bila akan direalisasikan..riki2 harga tix, blh tahan mahal juga..

hidayahrodhi berkata...

Zilla,
Tak sama langsung dengan jiran dia..mmg lagi bersih dan tidak padat manusia. Tiket dia kena beli time sale..kikiki

Unknown berkata...

Memang wajib buat aksi macam tu kalau dapat peluang. X laju eh train diorang? Tengok korang duduk kat tangga tu santai giler.

hidayahrodhi berkata...

Bie,
Train dia ala2 komuter je kelajuan. Ok lah nak lepak dekat pintu tu. Pintu tak boleh ditinggalkan kosong kejap,nnt dah ada orang duduk.

Tanpa Nama berkata...

Spent the whole morning reading to your Sri Lanka trip! Best gile! I definitely falls in love with the view masa naik train tue. Cantik sangat2!

hidayahrodhi berkata...

zaraab,
sila pergi ke Sri Lanka! =)sngt cantik dan murah. Dengar cerita train dari Nanu Oya ke Ella pun cantik jugak viewnya.

Yatre Hayati berkata...

Salam kenal. Entry awak ke Sri Lanka betul-betul mengubah persepsi saya terhadap Sri Lanka. Tempat-tempatnya sungguh cantik. Harap saya dapat ke sana satu hari nanti. Amin. Thank you for your great entry :)

hidayahrodhi berkata...

Hello Yatre,
Tq for reading my blog =), yup Sri Lanka mmg unik dan menarik untuk diexplore. Insha Allah dimurahkan rezeki dan kelapangan untuk sampai ke sini suatu hari nnt.