Selasa, 11 November 2014

Hello Ceylon : Morning Walk Around The Lake

Day 2 | Monday | 20 Oct 2014

Day 2 : Kandy - Dambulla - Kandalama

Assalamualaikum semua!

Hari kedua kami mulakan dengan aktiviti seawal jam 6.30 pagi. Semalam janji dengan driver jam 8.00 pagi dekat hotel. Tapi perasaan untuk berjalan sekeliling tasik diwaktu pagi lebih teruja, maka kami sms driver bgtau ambik kami jam 8.00 pagi dekat tempat dia drop petang smlm. Sebab lepas jalan kaki mahu terus breakfast dekat hotel semalam. 

Budak sekolah sedang tunggu bus. Waktu ini lebih kurang jam 6.40 pagi. Sudah meriah suasana pagi di Kandy

Kandy Lake ini merupakan tasik buatan manusia yang dibina pada tahun 1807 oleh King Sri Vikrama Rajasinha of Kandy

Sungguh indah perasaan bila dapat berjalan-jalan di waktu pagi yang cerah

Walaupun jalan agak sibuk dengan kenderaan, tapi pemandangan lebih tertumpu ke arah tasik

Pokok-pokok disekitar tasik juga besar dan mungkin seusia dengan tasik ini

Ditengah tasik ini, Summer Palace, dan hujung sana itulah Temple Of Tooth yang dahulunya merupakan bangunan di dalam kompleks istana bagi kerajaan Kandy

Tembok yang mengelilingi tasik ini, atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai Walakulu Wall

Ini pula bangunan dibahagian tepi jalan. Tidak dapat dipastikan bangunan apa,tapi sebab cantik kena ambil gambar masuk dalam blog

Sepanjang pemerhatian kami, ramai ayah atau atuk yang menghantar anak-anak/cucu-cucu ke sekolah dengan berjalan kaki. Ada yang berhenti makan sarapan ditepi tasik. Ramai juga yang berjogging disini. Paling best kami dapat berjumpa dengan beberapa pasangan pengantin yang sedang membuat outdoor photo shoot. Sempat la juga mengambil gambar kenangan bersama mereka.

Pengantin Perempuan dengan kawan-kawan. Moon maaf kami sudah lupa siapa yang berkahwin sebab baju sama. Kalau tidak silap yang no.2 dari kiri.

Pengantin lelaki (kalau tidak silap juga) yang paling kanan

Habis sudah berjalan ditepi tasik, mari kita lintas jalan untuk makan sarapan

Banyak bangunan disini yang mempunyai tanda sebegini rupa

Sumpah sedap sangat kari, dhal dan roti canai ini!

Semasa kami sedang mengunggu driver datang, Miss A duduk dan sketch Pak Cik ini bersama tuk-tuk miliknya. Macam tahu sedang dilakar, dia duduk posing macam ini gaya sampai lah Miss A habis lukis. Habis je lukis, dia terus datang nak tengok. Kan cakap dia mmg tahu! Dia sudah datang ke Malaysia sebanyak dua kali. Kali pertama 15 tahun dahulu. Owh orang Sri Lanka memang sangat peramah sehingga satu tahap cuba elakkan diri untuk berbual. Hiks

Ayuh kita mulakan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk hari kedua ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke Dambulla.

Sepanjang perjalanan ke Dambulla, kiri kanan jalan merupakan kawasan perkampungan. Bersih je kawasan halaman rumah diorg ni, memang kagum sebab sangat kontra dengan jiran sebelah mereka (berdasarkan pengalaman Miss A yang pernah ke sana)

Kami berbual-bual dengan Mr Ruwan berhubung sejarah agama Buddha. Banyak persoalan yang kami tanya hingga dia pun pening nak jawab. Last skali dia cakap, dia bukan pengganut Buddha yang baik sebab tidak mengamalkan lima prinsip asas agama Buddha. Kami pun ada juga bercerita kepada dia perihal agama Islam. Yelah, sebab perbalahan agama masih berlaku disini dan mungkin pemahaman orang luar yang berada didalam agama lain berbeza dengan apa yang sedang mereka alami dan lihat di TV. Kami bercerita juga perihal perbezaan antara agama yahudi, kristian dan islam.

Banyak juga persoalan yang kami tinggalkan kepada dia untuk difikirkan. Perbualan ini diteruskan sehingga kami sampai ke pekan Dambulla, tapi diselang seli dengan info berhubung kawasan yang kami lalui oleh Mr Ruwan. Dia pula yang akan cakap, ok continue please lepas dia terangkan info,hehehe. 

Dambulla ini merupakan salah satu kota warisan bagi negeri Sri Lanka. Yang paling terkenal ialah Sigiriya. Maaf kerana tiada info lebih lanjut berhubung tempat-tempat disekitar ini kerana kami memang fokus kepada objektif menjejak Bawa. Nasib baik Mr Ruwan tak paksa kami pergi kesana. Kalau tak mmg lari lah plan asal kami. (pernah terbaca info dlm blog ada yg kena ikut itinerary driver, nasib kami dpt driver yang ikut je plan kami. Sampai dia pening kepala nak tunaikan misi kami)

Tempat tujuan kami adalah satu kampung yang dikenali sebagai Kandalama. Teruja kami bila sudah mula memasuki kawasan kampung ini. Kiri kanan jalan masih menunjukkan kehijauan yang masih terpelihara dengan baik. Banyak jenis binatang kami jumpa. Kerbau, lembu, burung merak dan pelbagai jenis burung yang bebas liar dihabitat asal.

Hello moo moo

Sebelum sampai ke destinasi kami, driver singgah dulu disini. Ini merupakan pusat kitar semula yang dibina oleh pihak hotel. Semua sisa-sisa buangan hotel akan dikitar semula. Kagum sebentar!

Dinding bangsal ini juga menggunakan tembikar yang lama disusun menjadi sebegini rupa.

Rajin pekerja dia sapu sampah. Berkaki ayam adalah pemandangan biasa juga disekitar kampung dan daerah-daerah pendalaman (info drpd Mr Ruwan)

Selain kitar semula, ada juga sangkar binatang dekat sini. Ini adalah burung hantu Harry Potter. Dia cedera dan sedang dirawat sini. Sungguh manja. Buka pintu sangkar dia pun duduk tengok macam ni lah. Geram rasa nak culik bawak balik untuk tolong ambik barang yang dibeli secara online.

Tara! sampai sudah. Ini lah pemandangan yang akan dipaparkan didepan mata setibanya di pintu masuk hotel yang bakal kami terokai dan hayati untuk hari ini. Bersambung ye, sebab penat taip dan harus ada entry khas untuk hotel ini.
Location: Kandalama, Sri Lanka

10 comments:

mohad berkata...

salam ziarah

hidayahrodhi berkata...

Ijad,
Terima kasih sudi menziarah ke sini.

Unknown berkata...

Pegi Kandy kena makan Kottu kat Muslim Hotel!

hidayahrodhi berkata...

Unknown,
Yup,wajib dah hukum dia makan Kottu dkt situ. Kitorg bertamak2 makan Kottu malam pertama dekat Kandy =)

Ramble and Wander berkata...

Pelik pula tengok pengantin berpakaian sama seperti pengiring. Guests yg tak kenal rapat mesti confused, haha!

hidayahrodhi berkata...

RAW,
Memang keliru..bnyk pasangan yg macam ni kami jumpa..tp ada juga yg pengantin lain sket.tp yg pastinya pengapit lelaki mmg akan pakaian mcm tu. Ala2 songket melayu lah mcm tu kalau dkt malaysia ni.

Jari Manis berkata...

ishh...baju pengantin sama ngan pengapit..kalau kt msia buat camtu ahaha...habis kena bahan..kalau tua rumah pakai baju satu tema ok lagi :-)

kentang tu kupas x selesai hihih...ada cebisn kulit :-)

amoi..uncle drive tu hihih

hidayahrodhi berkata...

JM,

hehe,kitorg pun konpius mula2 jumpa diorg.

kentang itu mmg gitu kot cara diorg kupas x habis,haha sebab semua kentang akan ada sedikit kulit

uncle tu mmg berposing sakan pagi tu..hehe

Unknown berkata...

Kagum ngan Miss A. Boleh dia buat sketch dalam duk tunggu si Ruwan. Kalau tetiba terbeli tix ke Sri Lanka, memang xlain xbukan sah pengaruh dari ko.

hidayahrodhi berkata...

Bie,
Miss A tu sambil berdiri pun dia boleh sketch..kiki..sila2 datang sri lanka...nak lagi pengaruh best ko follow ig @iamsrilanka...lagi teruja