Wednesday | 22 Oct 2014
Day 4 : Journey to Ella
Assalamualaikum dan Hello.
Misi sebelah petang selepas puas main kejar-kejar dalam ladang teh, adalah menuju ke Ella. Ella ini merupakan satu pekan yang terkenal bagi kalangan pendaki gunung kerana ianya merupakan pekan paling dekat untuk sampai ke Adam's Peak. Seperti juga pendaki gunung yang lain, kami juga bermalam di sini sebelum memulakan pendakian ke Adam's Peak. Pui! Haruslah bukan Adam's Peak. Kami hanya mampu memanjat Little Adam's Peak sahaja. Hiks. Selain dua tempat ini, ada lagi satu yang terkenal di daerah Ella iaitu Ella Ratu Rock Negara. Ella Rock ini lebih mencabar daripada Little Adam's Peak, jadi kami hanya memilih yang senang sahaja.
Perjalanan ke Ella memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Sampai sini terus cari lokasi terletaknya tempat penginapan. Agak sedikit mencabar untuk sampai ke lokasi penginapan. Kereta hanya boleh park dibahagian yang telah disediakan. Perlu memanjat sedikit untuk sampai. Oklah tu, latihan sebelum mendaki esok hari katanya.
Bahagian depan bilik ada kawasan kerusi meja untuk rehat-rehat menikmati pemandangan
Jiran sebelah. Masa ni diorg tiada di bilik,malam baru berjumpa.
Dua tingkat sahaja bangunan ini
Inilah salah satu bilik kami untuk dua orang. Kami booking tiga bilik semuanya.
Kali ini, tuan tanah pun nak masuk dalam gambar asyik model sorg je kan.
Inilah The View! Kalau keretapi lalu sini pun boleh dengar bunyi tapi ke bawah sikit track dia, so dari sini dengar bunyi je tak nampak keretapi
Sebelah kanan itu ialah Little Adam's Peak
Ini pula adalah Ella Ratu Rock Negara
Sebelah Ella Rock, ada air terjun
Selesai urusan wajib, kami keluar untuk makan malam. Ruwan bawa kami ke pekan Ella dan kami jalan kaki cari kedai makan yang bersesuaian. Lepas makan Ruwan datang ambik dan dia bawak kitorg pergi tengok kawasan berkabus. Dia cakap kawasan ini akan berkabus setiap kali menjelang senja/magrib.
Restaurant pilihan. Kami order menu vegetarian dgn hot tea. Lupa nama dia,tapi sebab yang ini nampak cantik dan ada wifi free..huhu
Inilah kawasan mistik itu. Nyaman sungguh udara masa ni
Bila makin gelap agak scary pula pemandangan sekeliling. Dah la sunyi sepi.
Jom balik bilik.
2 comments:
Betapa lah untung trip ko kali ni. Dapat accom pun siap dengan view meruntum jiwa. Huh.
Bie,
Masa nak sampai sini, mmg menyumpah2 lah Ruwan nak cari tpt ni,siap tanya mana korg dpt tpt mcm ni masa booking. hehe,tp mmg berbaloi duduk sini view dia mmg mantop!
Catat Ulasan