Day 5 | Thursday | 23 Oct 2014
Day 5 : Little Adam's Peak
Assalamulaikum and Hello!
Hari ini dimulakan dengan aktiviti sungguh pagi. Lepas solat subuh je, terus keluar mengadap pemandangan indah untuk melihat matahari terbit di ufuk Timur. Agak sejuk di waktu pagi dekat sini, tapi tidak lah sesejuk pagi di Nuwara Eliya. Semangat dah masing-masing dengan camera, alih-alih matahari malu pulak untuk muncul sepenuh hati. Sembunyi-sembunyi je dia nampakkan diri.
Ini saja yang kami dapat lihat. Memang kalau ikut ramalan cuaca pagi ini memang mendung sedikit dekat Ella. Redho dan syukur dengan rezeki yang dapat lihat.
Lepak atas katil pun dapat lihat view Ella Rock!
Perlu melalui kawasan semalam yang berkabus untuk sampai ke Resort tersebut
Ini kalau nak menginap dekat hotel mahal dan view pun superb, boleh la check in dekat sini
Untuk sampai ke Little Adam's Peak, kita akan berjalan menyusuri laluan yang disediakan. Kiri kanan penuh dengan pokok teh. Lepas mendaki, boleh singgah lepak dekat restaurant resort ini. Tapi kami masih mengekalkan #cheapskatesejati, jadi perkara ini haruslah dilupakan sahaja.
Ayuh, mari kita mulakan pendakian
Bilik resort ini memang mengadap Little Adam's Peak. Itulah restaurant yang terletak dekat bahagian atas sekali
Perlu memanjat anak tangga juga untuk sampai ke puncak. Tapi ok lah tidak lah terlalu penat pun nak mendaki.
Ini nama dia Ella (kami yang bagi nama suka hati), Ella ini ikut kami daripada bawah sampai ke puncak. Kalau kita berhenti ambik gambar pun dia tunggu.
Bila makin naik ke atas, cuaca agak ok sedikit. Langit biru muncul sedikit.
Ella Rock
Mari teruskan perjalanan, sapa nampak Ruwan dekat hujung tengah cekak pinggang tunggu kami sampai. Nasib kau lah kan, dah ada camera ni memang lambat la sampai atas. Hehe
Yeay! Berjaya
Pemandangan dari atas ke arah Ella Gap
Jom kita turun, kita panjat puncak sebelah sana pula
Dekat atas ni kami sempat berbual dengan pasangan warga emas daripada Belanda. Berjalan berdua dengan seorang pemuda Sri Lanka sebagai driver merangkap pemandu pelancong. Sudah dua minggu meraka di sini. Bulan Februari nanti diorg akan datang lagi sini. Suka betul dengan Sri Lanka. I'm so jeles makcik!
8 comments:
CAntik! Resort tu pon sangat lawa dan peaceful nmpaknya...Bkn main jinak plak si ella tu ya...
masyallahhh... cantikk.. hijau2 gitu..
Farikica,
Mmg puas hati bila dah sampai atas. Tak ramai orang jadi dapatlah lihat dengan tenang. Anjing dkt sini mmg jinak, tp cuak gak la kang tetiba datang dekat nak bermanja-manja..hihi
Kak Yan,
Mmg keindahan dekat Sri Lanka ini masih dara gitu..tak terusik sangat. Semoga sampai bila2 dpt kekal mcm ni.
Salam kenal hidayah:)
Little Adam's peak ni sama ke dengan Adam's peak tu err?
LD,
Hai! =)
Tak sama, kalau Adam's Peak tu lagi hebat nak memanjat anak tangga dia and lagi tinggi dan lagi cantik view. Yang kitorg panjat ni kalau ikut info dlm internet sbb profile dia sama dgn Adam's Peak je. Nak mendaki tu ok je...x susah mana pun.
Ok yang ni memang menarik. Lately aku macam suka aktiviti panjat memanjat ni. Sebab tau lepas penat lelah tu memang akan disajikan view superb.
Bie,
Ok aku tunggu gambar ko nnt di puncak Adam's Peak.
Catat Ulasan