Khamis, 27 November 2014

Hello Ceylon : Tea Plantation, Nuwara Eliya

Wednesday | 22 Oct 2014

Day 4 : Tea Plantation, Nuwara Eliya

Selepas puas hati bergumbira di kawasan ladang New Zealand, kami bergerak menuju ke satu lagi kawasan yang penuh dengan kehijauan iaitu ladang teh. Terdapat banyak ladang teh disini. Boleh pilih nak pergi yang mana. Setiap ladang ada disediakan lawatan kilang dan ada bayaran yang dikenakan.

Pemandangan disepanjang perjalanan

Disebabkan kami sudah melawat kilang teh di Kandy secara percuma, haruslah yang dikenakan bayaran tidak perlu masuk lagi. #cheapskatesejati. Sebelum sampai ladang teh, Ruwan singgah sekejap di ladang Strawberry. Tidak lah sebesar mana pun ladang ini, tapi sebab lapar kami singgah untuk minum dan makan strawberry coklat.

Besar sungguh ladang teh milik Prince Charles ini. Info daripada Ruwan.

Masa kami sampai di Ladang Teh kepunyaan Prince Charles iaitu Mackwoods, Ruwan cakap dia nak pergi isi angin tayar van sekejap. Dia suruh kami masuk ke kilang,haruslah kami tidak mendengar cakap kan. Kami terus turun tangga dan berjalan-jalan ditepi pokok-pokok teh. Dalam setengah jam, Ruwan sampai dan dia gelengkan kepala daripada atas tengok gelagat budak-budak jakun masuk ladang. 


Kami suruh dia turun ke bawah untuk jadi tukang ambil gambar. Sampai bawah je, Ruwan cakap sepanjang dia jadi driver, inilah kali pertama orang yang dia bawak turun bawah sampai ke sini. Nampak tak tahap kejakunan sungguh tinggi. Tapi dia layankan aja bila kami suruh dia ambik gambar.

Tuan tanah blog je, bukan tuan tanah ladang

Rasa nak terjun dalam sungai

Pemandangan terakhir dibumi NE, kemudian kami meneuskan perjalanan ke Ella

Semasa kami sedang menuruni kawasan berbukit untuk ke ladang teh, kami dikejutkan dengan ketukan cermin van oleh seorang budak lelaki dengan tangan penuh bunga. Ruwan bagi tahu yang budak itu hendak menjual bunga. Kemudian bila kami tiba di simpang jalan bawah, sekali lagi dia berlari-lari ketuk cermin van kami. Rupanya dia kejar van kami dengan menuruni bukit dengan laju sekali (ikut shortcut) Kali ketiga juga sama. Jauh dia berlari dari atas sehingga ke bawah tanpa putus asa demi mencari rezeki. Kali keempat kami suruh Ruwan berhentikan van kerana kagum dengan semangat yang ditunjukkan. 

Senyum budak ini bila kami berhenti untuk beli bunga

Location: Nuwara Eliya, Sri Lanka

4 comments:

Zilla berkata...

best giler tmptnya..harus rasa tak nak balik...

Dayah, tmpt2 yang awak pergi ini sebenarnya ada tak kemudahan public transport?

hidayahrodhi berkata...

Zilla,
Memang nyaman skali disini buk Zilla..=)
Public transport ada rasanya sebab ada jugak bertembung dengan bus beberapa kali. Kalau tak silap bus kaler merah,under gov so tambang dia murah sket drpd yang kaler biru or warna selain merah.

Unknown berkata...

Suka aku tengok kehijauan ladang tu. Kalau mampu harus bergolek ala2 nak buat video clip Bollywood. Aku rasa Ruwan mesti ingat korang punye sebab antara client yang rare.

hidayahrodhi berkata...

Bie,
Mmg jakun sambil ambil gambar mulut nyanyi lagu bollywood (mcm masuk suara dlm gambaq, buat video pun ada..tp malu lah nak letak sini) hehe