Khamis, 18 Disember 2014

Hello Ceylon : Club Villa,Bentota

Day 7 | Saturday | 25 Oct 2014

Day 7 : Club Villa - Colombo

Assalamualalaikum and Hello.

Seperti biasa, aktiviti dekat Sri Lanka ini memang akan bermula diawal pagi. Lepas solat subuh terus siap-siap nak berjalan menikmati keindahan pantai diwaktu pagi. Ada sorang ahli jemaah perlu buat latihan untuk larian Jambatan Pulau Pinang. Yang lain jadi coach saja.

Waduh-waduh, kenapakah perlu pulang esok hari!

Kami jalan kaki sampai ke Hotel ini. Kurang pasti nama hotel ini

Dah puas jalan, main air, jogging kami balik untuk sarapan

Sebelum masuk ke kawasan hotel, kami jenguk jiran sebelah. Jiran sebelah ini pun direkabentuk oleh Geoffrey Bawa. Menurut penceritaan daripada Uncle Dooland, bangunan ini dibina dahulu, kemudian tuan tanah sebelah iaitu rakan beliau yang bernama Hamid tertarik dan suruh dia buat sama seperti jiran sebelah. Semasa kami disini, jiran sebelah ini seperti baru habis buat renovation je. Lupa nak tanya orang hotel. Gambar semua pun pakai baju tidur je.

Jiran sebelah rumah

Owh, main atas landasan keretapi juga perkara wajib dekat sini. Hihihi, jakun lah katakan

Sarapan juga masuk sekali dalam pakej semasa booking. Sungguh mewah sarapan kami. Makan pun santai-santai je,tak macam semalam sampai bungkus-bungkus sarapan dalam van je. Lepas makan, masing-masing buat aktiviti dan hal memasing. Ada yang terjun kolam, ada yang lepak tepi kolam, ada yang sambung sketches dan ada yang layan internet. Sungguh rileks aktiviti. Ini baru namanya percutian! =)

Jom kita jelajah Club Villa ini jom. Ini pintu masuk. Itulah van Ruwan

Jemput masuk

Dari kawasan lobby ke arah pintu masuk utama hotel

Kawasan lobby

Elemen luar dalam sentuhan Bawa 

Laluan ke bilik hotel dan ruang makan


Ruang makan. Malam semalam pun kitorg dinner dekat sini je. Dah malas nak keluar penat. Dekat kawasan sini sahaja yang ada internet dengan dekat kawasan lobby

Pemandangan dari ruang makan

Sekeliling ruang makan 

Ini pula kawasan sebelah kanan bila masuk dari pintu utama

Adoih, sambung berangan rumah sendiri


Kawasan bersantai-santai

Keluar daripada kawasan santai ini pemandangan sebelah kiri, pintu ke lobby



Ini juga pemandangan sebelah kiri kawasan santai tersebut

Sungguh cosy dapat bersantai dekat kawasan ni


Memandang ke ruang makan

Aman damai sebab orang tidak ramai walaupun fully booked. Saya suka saya suka


Bilik bawah ada ruang santai depan bilik. Tapi ini untuk bilik double sahaja

Santai depan bilik

Pemandangan dari bilik kami. Sempat nap sekejap sebelum keluar

Tengah sarapan keretapi lalu. Banyak kali dah dia lalu sebenarnya, ini je sempat ambil gambar

Mari kita bergerak ke Ibu Kota Colombo! Sedih dah semakin menghampiri reality kehidupan yang tidak mampu membeli tanah untuk rumah sendiri.


Location: Bentota, Sri Lanka

0 comments: