Friday | 24 Oct 2014
Day 6 : Brief Garden ---> Club Villa
Assalamualaikum and Hello
Sungguhh puas hati dapat berjumpa dengan Uncle Dooland. Banyak memori yang dikongsi bersama sepanjang dia mengenali Geoffrey Bawa secara personal. Selepas kami ucap selamat tinggal kepada Uncle, perjalanan seterusnya ialah ke hotel penginapan kami iaitu Club Villa. Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit saja.
Pintu rumah Bevis Bawa
Ini diambil dari dalam van. Hotel yang juga merupakan hasil kerja Geoffrey Bawa. Kami tidak menginap disini, tapi bersebelahan dengan hotel ini.
Proses untuk urusan masuk pun senang dan mudah. Sebelum datang, saya ada email kepada pihak pengurusan untuk satu daripada tiga bilik yang di booking, ditambah satu katil jadi tiga katil. Lupa memberitahu bilik yang masa satu untuk pertambahan tersebut. Sudahnya pihak hotel bagi ketiga-tiga bilik dapat bilik untuk bertiga. Bayaran tambahan hanya untuk satu bilik sahaja yang dikenakan. Rezeki.
Kunci sudah dapat, mari kita masuk dalam bilik.
Weee, besar dan luas bilik untuk bertiga ini
Katil untuk malam ini
Tangga ke atas, dekat atas ada katil single. Bilik kami pihak hotel tidak pasang kelambu lah dekat katil atas itu, hanya satu bilik sahaja yang dipasang kelambu
View bilik daripada bahagian atas
Sink pun ada tingkap kiri kanan, bila mandi malam-malam cuak juga lah rasanya. Hehe
Lepas puas mengagumi apa yang ada dalam bilik dan selesaikan perkara wajib. Terus kami keluar sebab misi untuk melihat keindahan lukisan langit senja di pantai Sri Lanka. Satu perkara yang antara sebab kami pilih hotel ini adalah kerana hotel ini hanya ada sedikit bilik sahaja dan rekabentuknya tidak seperti hotel yang biasa terdapat di tempat lain, iaitu paling tinggi pun bangunan hotel ini hanyalah dua tingkat sahaja. Dan susunatur bangunan juga lebih berbentuk seperti seolah-olah berada dalam kawasan rumah sahaja.
Bilik kami semua di tingkat atas itu.
Ini adalah bilik suite yang ada kolam renang private lagi. Masa kami pulang dari pantai, pekerja hotel panggil kami masuk dalam bilik ini sebab sudah kosong. Apa lagi, gembira rasa hati lah. Dapat masuk tengok apa yang best dekat dalam. Memang besar sungguh ruang. Siap ada ruang tamu, bilik mandi dia paling win!
Bersih je laman pun kan. Adoih mula la berangan nak buat rumah macam ini. Tanah pun mampu beli satu lori je, abih cam no? Sambung berangan je lah dulu.
Berhadapan dengan laman bersih, ada kolam renang
Ini pemandangan keseluruhan kawasan
Jalan sikit depan kolan itu, ada landasan keretapi! Salah satu sebab juga pilih hotel ini. Sangat rare ada landasan lalu depan hotel tanpa pagar dan suka hati lah korg nak lintas
Hujung sana terletaknya pantai. Jom kita layan pantai
Aksi wajib
Esok hari kami lepak sampai jam 11.30 pagi dekat sini. Puaskan hati sebab bayar mahal harus duduk lama-lama baru berbaloi duit yang dilaburkan disini. Sekian.
0 comments:
Catat Ulasan