Friday | 24 Oct 2014
Day 6 : Lunuganga
Assalamualaikum and Hello!
Setakat ini misi kami sudah berjaya mengikut plan asal. Selepas Heritance Ahungalla, kami meneruskan perjalanan ke pekan Bentota. Sebelum ke Lunuganga, Ruwan singgah sebentar ke sebuah restaurant untuk melihat makanan laut yang bakal kami makan lunch nanti. Siap pesan turun van jangan bawak camera. Hahaha, takut kami lama letew!
Meneruskan perjalanan ke kawasan ladang getah di daerah Bentota. Agak sesat kami disini kerana kurang papan tanda yang jelas. Dan tempat ini juga merupakan kali pertama Ruwan datang. Pusing dua tiga kali akhirnya kami berjaya sampai ke Lunuganga. Semangat semua orang nak tengok hasil tangan ladang getah ditukarkan menjadi sebuah kawasan percutian. TAPI!
Hampa sangat sebab tutup untuk proses pemulihan! WHAT! Ms N sudah sedikit berangin sebab sebelum kami datang ke sini, dia dah awal-awal email ke pengurusan Lunugangga untuk bertanyakan perihal tiket masuk perlu dibooking awal ke tidak. Dapat jawapan balas bagi tahu tidak perlu, boleh terus datang sahaja. Dan langsung tidak bagi tahu yang kawasan ini akan ditutup untuk pemuliharaan! Ruwan juga tidak puas hati. Sebab dalam email Ms N ada bagi tahu kami akan datang tarikh bila.
Loceng di pintu pagar utama
Keciwa hampa sedih dengan papan kenyataan ini
Dah angin-angin semua, kami cakap dekat Ruwan jom kita pergi makan dulu. Ruwan cakap ok dan dia akan cuba hubungi pihak Lunuganga untuk mendapatkan kepastian. Hangin kami dengan pihak pengurusan ini tau. Masa makan, Ruwan berjaya telefon diorg, memang sah tutup dah tidak boleh masuk. Pasrah. TAPI!
Ruwan berjaya merubat hati yang sedih kami dengan membawa kami ke taman lain dan yang direkabentuk oleh anak Pak cik Bawa yang lain. Iaitu abang Geoffrey Bawa, Bevis Bawa. Oklah, tak dapat adik, abang pun boleh.
Ruwan berjaya merubat hati yang sedih kami dengan membawa kami ke taman lain dan yang direkabentuk oleh anak Pak cik Bawa yang lain. Iaitu abang Geoffrey Bawa, Bevis Bawa. Oklah, tak dapat adik, abang pun boleh.
Day 6 : Brief Garden
Marilah kita masuk ke dalam rumah kediaman Bevis Bawa
Weeee cantik kan! Sama sahaja taste adik beradik ini
Kami melawat kawasan taman dahulu. Sangat aman damai tenang rasanya berjalan dalam kawasan taman ini. Banyak element surprise yang berjaya direkabentuk. Memang menarik. Kebetulan semasa kami sampai, satu kumpulan sudah keluar, jadinya hanya kami sahaja dekat sini. Seperti biasa Ruwan tetap ikut kami berjalan sambil diberi tugas sebagai jurugambar.
Sudah puas main kejar-kejar aksi bollywood pun keluar, kami berjalan ke kediaman Bevis Bawa. Owh lupa nak cerita, sebelum kami ke kawasan taman, kami telah berjumpa dengan Uncle Dooland. Dia merupakan orang yang bertanggungjawab untuk Brief Garden sebagai landskap consultant. Bila Goeffrey datang sini, dia telah jatuh hati dan ajak Uncle Dooland untuk terlibat dengan kebanyakkan projek beliau. Peramah ok Uncle ini! Bertuah kami. Dia siap tahu yang kami lah yang tidak dapat ke Lunuganga itu. Dia pun marah dengan pengurusan sebab tidak bagi notice awal-awal dalam email. Tak pe lah Uncle, kami datang sini dapat jumpa dengan Uncle. Beliau sendiri yang bawa kami berjalan masuk dalam rumah dan terangkan serba sedikit pasal rumah Bevis Bawa ni.
Kalau berdiri depan rumah, inilah pemandangan hadapan anda!
Pintu masuk utama
Sebelah kiri ada juga taman kecik
Jom kita lihat apa ada disini
Dari taman sebelah kiri ke arah rumah. Itu lah Uncle Dooland tengah jawab telefon
Hobbit!
The blue doors
Jom kita masuk dalam rumah jom!
Kawasan belakang pun ada taman jugak!
Tempat rehat santai-santai
Suka design grill pintu ini!
Taman belakang rumah. Ada tempat mandi terbuka gitew!
This color, just blend so well into their surroundings
Kami juga meluangkan masa berbual dengan Uncle Dooland dikawasan hadapan rumah dengan dihidangkan dengan minuman petang. Banyak cerita pasal Geoffrey Bawa yang kami dapat dengar daripada Uncle ini. Owh anak dia juga merupakan seorang Arkitek yang bekerja menguruskan company beliau di Colombo. Hampir tiga juga kami disini. Sebelum pulang Uncle Dooland bagi hadiah postcard empat keping setiap seorang. Postcard gambar lakaran artis disekitar Brief Garden. Happy!
0 comments:
Catat Ulasan