Thursday | 23 Oct 2014
Day 5 : Journey to the white sandy beautiful beaches
Assalamualaikum and Hello!
Sambungan cerita lepas turun daripada Little Adam's Peak, kami memulakan perjalanan yang agak jauh ke selatan Sri Lanka iaitu Unawatuna. Salah satu sebab kami perlukan driver dalam pegembaraan kali ini. Ini kerana, selepas membaca info di Internet yang berceritakan tentang pengalaman selama 5 jam menaiki bus awam dan perlu menukar bus untuk sampai ke Galle/Unawatuna, jadi kata sepakat dicapai untuk mengupah driver untuk tidak memenatkan badan. Maklumlah, masa dekat sini pun seminggu je, kalau sebulan memang tiada masalah. Kejar masa punya pasal.
Sebelum sampai ke Little Adam's Peak, Ruwan ajak kami berhenti ke Safari nanti semasa perjalanan ke Unawatuna. Mulanya semua setuju, tapi dah lama sangat layan perasaan atas puncak tadi, jadinya kami cancelkan lawatan ke Safari. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masa silalah berkunjung ke Safari nanti. Ada beberapa national park, boleh la pilih yang mana satu berkenan di hati.
Perjalanan daripada tanah tinggi menuju je kawasan pantai ini memasuki beberapa pekan kecik : Ella - Haputale - Udawalawe National Park - Tangalle - Matara - Mirisa - Unawatuna. Sepanjang perjalanan kiri kanan penuh dengan kehijauan. Bila dah sampai ke Pekan baru ramai manusia dan kenderaan. Perjalanan lima jam ini banyak masa dalam van kami ketiduran sahaja. Hehe, letih memanjat (padahal tak de lah tinggi mana pun).
Selepas Tanggale ini, perjalanan kami sudah memandang pantai sahaja. Nak suruh berhenti lama-lama pun masih jauh perjalanan. Sad! Kemudian kami berhenti solat di pekan Matara. Lepas solat ingat sempatlah nak kejar sunset. Nampak gaya tengok sunset dalam van je sebab jalan agak busy.
Kemudian perjalanan diteruskan ke Unawatuna dimana lokasi tempat penginapan untuk malam ini. Best hotel ini. Juga merupakan bangunan lama kediaman Dutch Governor back in 1735, semasa Dutch memerintah Galle. Untuk mengetahui lebih sejarah sila ke link -> Hotel Nooit Gedacht Banyak juga barang-barang sejarah dipamerkan dalam kawasan lobby. Siap ada satu lukisan tu tajuk dia, The Malay Man.
Keluar daripada pekan Ella, akan jumpa air terjun tinggi yang diberi nama Ravana Falls
Ini rasanya somewhere in Haputale atau dekat kawasan nak sampai ke National Park.
Hilang ingatan sudah.
Yahoo sudah sampai ke kawasan pantai!
Ini dekat Tanggale. Berhenti makan tengahari dekat sini sambil rehat-rehat menikmati angin laut
Cantik sangat pantai ini! Langit pun biru je, cuaca pun baik. Rasa nak tido sekejap dekat sini pun ye jugak.
Selepas Tanggale ini, perjalanan kami sudah memandang pantai sahaja. Nak suruh berhenti lama-lama pun masih jauh perjalanan. Sad! Kemudian kami berhenti solat di pekan Matara. Lepas solat ingat sempatlah nak kejar sunset. Nampak gaya tengok sunset dalam van je sebab jalan agak busy.
Gambar pun dari dalam van je. Nasib baik esok masih ada bak kata Datuk Jins Shamsudin
Kemudian perjalanan diteruskan ke Unawatuna dimana lokasi tempat penginapan untuk malam ini. Best hotel ini. Juga merupakan bangunan lama kediaman Dutch Governor back in 1735, semasa Dutch memerintah Galle. Untuk mengetahui lebih sejarah sila ke link -> Hotel Nooit Gedacht Banyak juga barang-barang sejarah dipamerkan dalam kawasan lobby. Siap ada satu lukisan tu tajuk dia, The Malay Man.
Kawasan lobby, Ms A sedang meneliti pameran yang terdapat di dinding lobby
Ruang makan (maaf tangan tak bedung, gegar pulak gambar)
Keluar daripada kawasan cafe, ada sebuah kolam kecil. Kolam besar terdapat di hujung sekali berdengan dengan bilik-bilik hotel
Inilah bilik kami. Ada tiga bilik semuanya, bersebelahan je
Katil dia sungguh lembut dan selesa!
Lepas mandi manda, lepak dekat tepi kolam sambil makan sampai lah pekerja dia tutup lampu.
Memasing nak internet free. Dalam bilik tiada wifi.
Esok adalah hari yang ditunggu-tunggu. Bawa's Day!
2 comments:
birunye laut tu
Azra,
Mmg sungguh biru. Kami semua kagum tgk kali pertama semua org terkedu..lepas tu sama2 keluar perkataan, birunya!
Catat Ulasan