Khamis, 11 Disember 2014

Hello Ceylon : Heritance Ahungalla Hotel by Geoffrey Bawa

Friday | 24 Oct 2014

Day 6 : Sister Hotel of Kandalama and Ayurveda Maha Gedara 

Assalamualaikum and Hello

Bersambung kita dalam misi memburu JejakBawa si Sri Lanka. Selepas Galle, kami meneruskan perjalanan ke sebuah pekan kecil bernama Ahungalla. Disini terdapat satu hotel yang berada di bawah pengurusan yang sama dengan Hotel Kandalama. Iaitu Heritance Ahungalla.

Seperti biasa kedatangan kami disambut dengan penuh ramah mesra dan memang tidak ada orang ambil peduli kepada kami. Berlegar-legar suka hati sana sini. Dekat sini kami lepak lama sedikit. Ada yang rajin membuat sketches dan yang ambil gambar tanpa henti. Masa duduk dekat sini, memang terasa seperti mahu terjun dalam kolam weh! Adoih, harus datang kembali dan menginap disini. Misi percutian kita lepak sampai lebam dalam kawasan hotel sahaja. Ahaks!

Masuk dalam jauh ke dalam baru nampak bangunan hotel ini

Suka idea landscape yang menjadikan pokok kelapa sebagai hiasan utama di kawasan hadapan hotel ini

Lobby utama

Waduh!

Biru betul air kolam ko nih!

Banyak juga bangunan yang direkabentuk oleh Bawa ada lukisan ini. 
Hasil lukisan kawan baik Bawa katanya.

Biru mata hitamku!

Ms A sudah memulakan aktiviti wajib. Duduk dekat situ lama-lama pun tak ada orang nak datang marah



Ini bangunan yang menempatkan bilik-bilik hotel

Kurang pasti apa fungsi tangga ini. Mungkin untuk view kawasan pantai depan sana kot


Gambar diambil dari kawasan lobby utama mengadap jalan masuk .
Dalam dua jam kami dekat sini, sudah sampai masa untuk bergerak menuju je pekan Bentota pula

Kami suruh Ruwan tunggu dekat pintu masuk tadi. Kami mahu berjalan kaki sampai pintu pagar utama


Tangga ini adalah ke bangunan dibahagian hadapan. Kurang pasti fungsi bangunan ini

Kalau malam mesti cantik efek lampu dekat sini. Memancar dari bawah gitew

Babai Ahungalla! Semoga ada jodoh kita kembali. Well, jodoh pasti bertemu bak kata Afgan

Location: Ahungalla, Sri Lanka

0 comments: