Day 6 | Friday | 24 Oct 2014
Day 6 : Galle ---> Ahungalla ---> Bentota
Assalamualaikum and Hello!
Hari ke enam ini merupakan hari yang agak hectic sedikit sebab banyak tempat tujuan. Seperti yang diceritakan, misi kami ke Sri Lanka ini adalah untuk menjejaki hasil senibina tinggalan Geoffrey Bawa. Hari ini ada empat tempat yang kami akan terjah. Malam semalam dah brief dekat Ruwan, dia syorkan kami bergerak awal pagi. Jam 6.30 sudah kena bergerak. Jadi kami juga terus maklumkan kepada pihak hotel untuk bungkuskan sarapan pagi.
Tepat jam 6.00 pagi kami semua sudah siap. Nampak, sungguh semangat sekali semua ahli jemaah. Keluar bilik terus ke kawasan Lobby. Lobby pun masih tutup, perlu lalu laluan lain. Tapi sudah ada pekerja yang menunggu kami untuk angkat beg dan serahkan sarapan. Sayang pula tidak sempat nak explore hotel ini.
Hujung itu adalah kawasan dapur. Pintu ke Lobby (kiri) pun masih tutup berkunci
Ini laluan untuk ke Spa (kalau tidak silap)
Cantik kan dia punya ukiran dekat atas tingkap itu
Anjung hotel
Galle (sebutannya ialah Goal)
Sebelum kami memulakan jejakBawa, kami singgah dulu ke Galle Fort. Kawasan pertahanan semasa pemerintahan Dutch. Binaan yang sungguh kukuh, walaupun merupakan kawasan yang menerima impak tsunami pada tahun 2004 yang berpusat di Acheh. Sehingga kini masih kukuh berdiri.
Pemandangan dari atas Galle Fort. Waktu pagi macam ini ramai lah orang tempatan berjogging dekat sini. Banyak group pakcik-pakcik pencen rasanya.
Rumah Api. Bila dekat kawasan ini baru kami nampak sampah yang agak tidak terurus. Mungkin masih awal pagi, pekerja majlis perbandaran belum buat pembersihan.
Berdepan dengan rumah api, terdapat sebuah Masjid. Kami lihat daripada luar sahaja. Owh kalau ada banyak masa memang mahu menjelajah keseluruh kota bertembok ini.
Sebelum meninggalkan bandar Galle, kami singgah ke pasar ikan yang terletak diluar salah satu pintu masuk ke dalam Galle Fort. Banyak dan besar-besar ikan yang dijual. Masa nak turun van ini pun, Ruwan dah warning jangan lama dekat sini takut tidak sempat nak cover semua tempat dalam jadual.
Matahari sungguh ceria hari ini
Nelayan bekerjasama menolak bot ke darat
1,2,3 tolak
Ha, yang ni cerah sikit gambarnya.
0 comments:
Catat Ulasan