Friday | 24 Oct 2014
Day 6 : Jejak Bawa No.2 ---> Jetwing Lighthouse Hotel
Assalamualaikum and Hello!
Kami meneruskan perjalanan ke hotel yang kedua dalam jadual perjalanan iaitu Jetwing Lighthouse Hotel. Kedudukan hotel ini dengan Galle Fort tidak begitu jauh. Perjalanan kami hanya memakan masa tidak sampai 30 minit.
Keluar van kami terus pergi ke kaunter pendaftaran hotel. Ruwan cakap dengan pekerja hotel tujuan kedatangan kami ke sini. Alhamdulillah kami diberi pelepasan untuk bersiar-siar dalam hotel tanpa syarat. Memang Ruwan cakap, dia tak pernah buat kerja macam ini selama jadi pemandu pelancong. Kikiki, nasib kau lah Ruwan. Disebabkan masa ini masih awal pagi, dalam jam 7.45 pagi macam tu, haruslah kawasan lobby sunyi sepi hanya ada pekerja hotel sedang bersihkan kawasan lobby, susun-susun bunga dan lap-lap apa yang perlu.
Memang kami dibiarkan bersiar-siar tanpa ada orang hotel datang kacau. Haruslah kami beria tekan butang camera. Memasing semua, saka Bawa sudah merasuk #pengaruhceritaMelayu

Gambar hotel dari jalan besar (dari dalam van Ruwan), kedudukan dia tepi jalan besar je
Bawa ini menjadi glamour sejak dapat projek buat resort masa studio tahun dua di UTM sanjungan bangsa. Habis semua dinding nak dibatukan macam gambar diatas ini.
Untuk ke ruang lobby utama, kita perlu naik tangga terlebih dahulu.
Design railing, kalau tidak silap saya ada kisah disebalik rupa bentuknya
Naik tangga, sampai dekat lobby utama, terus terpampang lautan biru depan mata. Adoih, rasa macam nak duduk sini makan breakfast yang dibungkus tadi. Ahaks!
Berdua lebih baik
Serius rasa perlu datang lagi Sri Lanka dan kena menginap dihotel ini. Lokasi dia memang sangat menarik. Dekat dengan Dutch Fort, boleh la merayau puas-puas dalam fort.
Wajib bergambar dekat dinding oren ini
Puas hati dapat lihat depan mata, selama ini tengok dalam buku pun rasa best.
So beautiful! love the color schemes
Kami tidak menghabiskan masa yang lama disini, meneruskan perjalanan ke sebuah pekan yang bernama Ahungala. Kedudukan pekan ini, mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai dari Galle.
0 comments:
Catat Ulasan