Rabu, 8 Ogos 2018

Takayama - Toyama - Kanazawa - Shin Osaka

Assalamualaikum dan Hello semuanya.

| 27 November 2017|
Jadinya lepas dah habis jelajah Shirakawago yang tak cukup masa ni, kami terus ke station bus sebab perjalanan balik daripada sini ke Takayama jenis open seat. Kalau penuh alamatnya kena tunggu next bus. Nasib sebab kami balik tengahari jadinya tak ramai sangat lagi orang yang nak ke Takayama.

Perjalanan balik ni baru la dapat menikmati pemandangan cantik kawasan kampung yang pagi tadi berkabus putih je.

Sampai Takayama ambik beg dekat hotel then terus ke train station. Perjalanan sepanjang route ni pun cantik sungguh laaaaaa. Syukur Alhamdulillah cuaca cerah terang elok.






Puas hati betul dapat menikmati keindahan kawasan kampung di pergunungan Jepun ni. Tingkap keretapi pun bersih elok, ambik gambaq pun best. 

Ni dah sampai Toyama. Nak tunggu Shinkansen ke Kanazawa

Teruja dapat naik Shinkansen. Route ni pun tak ramai orang yang naik gerabak reserved seat.

Antara sebab lain nak kejarkan masa untuk sampai awal dekat Shin Osaka. Sebab di Osaka kami duduk kawasan perumahan (airbnb). Kot la ada isu tak dapat masuk ke apa dapat inform owner. Tapi nasib tak menyebelahi sebab train daripada Kanazawa ke Shin Osaka delay dekat 3 ke 4 jam jugak sebab ada kemalangan (selalunya kes bunuh diri yang banyak kalau melibatkan train ni). Habis boring duduk lama dalam train.

Nasib la bila inform tuan rumah, dia check website train mmg ada bgtau ada kemalangan. So mmg dijangka sampai dekat Shin Osaka dekat jam 10 malam lebih jugak. Dia ok je, apa2 just wasap dia. Fuh lega dengaq. Sebab dah lama sangat, kita pun jalan-jalan la dalam train ni belek apa yang ada.

Seat susunan 2-2

Tempat letak beg belakang seat. Mula ingat tak boleh letak sini sebab ada flip seat tu kan, tapi pegawai yang bertugas tu dia suruh letak je sini. 

Ruang antara gerabak

Toilet

Seperti biasa bersih!

Nasib la kami selamat tiba di airbnb dengan aman damai, dapat buka pintu semua elok. Sempat jugak singgah Family Mart sebelum check-in.

Location: Kanazawa, Ishikawa Prefecture, Japan

0 comments: