Ahad, 22 Julai 2018

Takayama & Hida

Assalamualaikum semuanya and Hello!

| 26 November 2017 |

Lepas setel hal hotel dan urusan apa yang patut.  Turun bawah masuk Family Mart beli sedikit bekalan makanan terus kami jalan kaki ke Old Town Takayama. Cuaca mendung kejap, cerah kejap. Tapi yang pasti Old Town Takayama memang penuh orang. Tapi ok je tak de lah orang ramai sangat macam Jalan Tar time nak ghaya tu.

Kawasan ni belum ramai orang sebab bukan betul-betul old town lagi. Tapi memang aman tenteram lah dekat sini jalan-jalan dengan cuaca sejuk. Owh indahnya rasa

Cantik design 

Lintas sungai ini, sampai la Old Town

Jambatan merah tak dapat dipisahkan di Jepun. Ada dimana-mana

Antara salah satu lorong di Old Town

Tetiba ada orang tegur dalam bahasa melayu. Rupanya jiran seberang, ramah betul dia. Seronok dia jumpa kami sebab katanya dah lama tak cakap dalam bahasa melayu/indonesia...hehe

Dekat sini banyak kedai-kedai jual makanan, kebetulan memang kami sampai tu lunch time

Ramai orang nak makan dekat sini, mesti sedap. Acah-acah berlakon nak masuk skali. Acah je lah pun sebab mmg tak halal pun kan.


Supercute

Mmg tangan seni orang Jepun ni detail betul

Ambik gambar je mampu, nak sewa naik keliling Old Town mmg idok leee...mahei bebenor


Habis lawatan dekat Old Town Takayama ni, jalan kaki ke train station semula untuk naik train ke kawasan kampung sebelah, Hida. Untuk perjalanan ni kami guna JR Pass yang dah ada, cuma tak booking seat je sebab route ni sat saja pun sampai. Plus memang tak ramai orang pun, dapat tempat duduk.


So, mari kita jelajah apa ada dekat pekan Hida ni.

Sebelah kanan Train Station pekan Hida

Patutnya ada ikan koi dalam longkang ni, tapi ada isu banyak ikan mati ke apa tah, majlis perbandaran dah pindahkan semua ikan-ikan ni. sobsss baru nak tengok ikan koi depan longkang rumah.

Dinding bangunan dekat sini mmg sesuai nak buat tempat nak shoot OOTD

Tak ingat dah nama temple ni, masuk free je dalam kawasan ni

Binaan kayu temple lama dekat Jepun ni mmg superb!

Balik semula ke Takayama, then terus berkubang dalam bilik sebab sejuk Ya Allah malam ni.

Till, next time!
Location: Takayama, Gifu Prefecture, Japan

0 comments: