Isnin, 5 Mac 2018

Planning A Trip to Japan

Assalamualaikum dan Hello semuanya!

Ok kali ni punya post nak cerita pasal macam mana nak plan trip ke Jepun. Masa mula-mula plan tu, terus rasa serabut nak baca bermacam-macam jenis pass yang ada dekat negara Jepun ini. Pelan-pelan baca dan hadam. Paling penting skali kena tetapkan dulu tempat dan kawasan yang hendak di jelajahi.


Tempat & Tarikh
Plan kami, nak terjah kawasan tengah Jepun. Takayama-Kyoto-Osaka. Tokyo dan Mt Fuji kita buat trip Japan V2 nnt. Insha Allah. Lepas dah set kawasan, kami set pulak nak pergi musim luruh. Jadinya kenalah baca info pasal peak musim luruh dekat kawasan ni bulan berapa. Takut kalau main terjah nanti tak tercapai misi musim luruh.

Tiket Kapal Terbang
Bila sampai masa nak beli tiket flight, kami putuskan untuk beli tiket return tapi thru airport yang berbeza. Cari punya cari, kami dapat flight murah melalui Vietnam Airlines dengan harga return RM1.2k. Flight KUL-HCM-Nagoya-KIX-HCM-KUL. Sebab kami pilih Nagoya berkaitan jugak dengan jenis JR pass yang kami pilih untuk beli.

Ready to fly with Vietnam Airlines

JR Pass
Serabut hoi baca jenis-jenis pass depa ni. Dah macam nak ambik exam PT3 lah punya buat kajian.

Pass ni kita akan dapat lepas beli tiket JR 


i- Takayama Hokuriku Pass
Akhirnya kami pilih JR Pass : Takayama Hokuriku Pass.

Pass ini valid untuk lima hari perjalanan berturutan. Dan harga dia 14,000 Yen. Kena beli sebelum ke Jepun. Bila dah sampai Jepun, pergi tukar pass ni tunjuk slip pembelian yang kita dapat masa beli tu. Untuk kesenangan anda, adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada laman web Hyperdia untuk semak jadual perjalanan train dekat sana. Dengan pass ni kita boleh booking seat free untuk 4 kali perjalanan. Selebihnya kena naik gerabak non-reserved. Tapi tak dak masalah pun sebab kalau sampai awai dapat ja tempat duduk pun.

Pass lepas dah tukar bila sampai Jepun

Tarikh valid pass ni macam terpampang besaq tu. Senang org nak check date

Untuk perjalanan yang kami dah set nak booking seat, saya terus buat satu jadual ada tarikh, masa, nama train dan tempat. Lepas dah tukar pass JR tu, pergi kaunter yang booking seat, terus tunjuk JR pass tu then bagi jadual yang dah buat tu. Terus dia akan isu tiket. Setel. Dah tak payah risau nak cari tpt booking seat dah. Cumanya kalau cara kami ni mmg kena ikut jadual lah. Kalau tak ikut sia-sia  buat booking seat tu. hiks.

Dengan pass ini jugak, perjalanan ke Shirakawago dah termasuk skali. Tapi masih kena reserved seat jugak ye. Kang tak dok seat pulak.

Tiket bus ke Shirakawago 


Secara ringkasnya perjalanan kami yang menggunakan Takayama Hokuriku Pass

Nagoya - Takayama : reserved seat
Takayama - Hida Furukawa - Takayama : non reserved
Takayama - Shirakawago - Takayama : Nohi Bus
Takayama - Toyama : reserved seat
Toyama - Kanazawa : reserved seat ( dpt lah rasa naik Shinkansen )
Kanazawa - Osaka : reserved seat
Osaka : JR Loop Line (cover dengan pass ni)
Osaka - Kyoto : non reserved

ii - JR Pass Kansai Area
Kami jugak beli pass ni untuk lawatan sehari sebab plan nak terjah Himeji daripada Kyoto then pulang semula ke Kyoto then ke Osaka untuk hari last. Pass jenis ni kena bayar extra kalau nak booking seat. Kami tak booking pun, naik je mana yang datang.

Kedua-dua pass ni kami beli dekat HIS Bukit Bintang. Kalau korang blur jenis pass apa sesuai, boleh datang sini minta nasihat diorg. Nnt diorg akan tolong susunkan itinery dan jenis pass yang sesuai dengan trip korg.

Dekat sini pun boleh mintak diorg tolong buat reservation seat untuk bus ke Shirakawago. Just inform diorg date dan masa. Nnt akan dapat email. Masa dekat kaunter bus, tunjuk je email tu nnt diorg akan isu tiket bus. Senang.com

Itinerary
Disebabkan semua ahli jemaah bukan jenis yang nak masuk taman tema (senang sebab sekepala semuanya) jadi kami punya iti mmg ke arah explore kawasan je. Lebih kepada site seeing lah kiranya. Sebab tu jugak kami tak beli Osaka pass yang dpt diskaun or free masuk tempat-tempat yang selalu menjadi pilihan pelancong.

Bila dah pergi time autumn ni, kena ingat waktu magrib awal. Jadinya bila dah gelap awal tu, tak perlu lah ambitious sangat nak buat jadual kan. Dalam hidup ini kita kena buat pilihan, mana satu yang penting. Memang kita tak akan dapat semua yang kita nak #pesanankhidmatmasyarakat

Alhamdulillah, misi kami berjaya untuk melihat autumn di bumi Jepun. Memang cantik dan mengimbau kenangan di Korea dulu. Bonus kami dapat main salji jugak masa dekat Shirakawago. Just kalau ada rezeki ke Jepun lagi, perlu ke Alps dan turun ke Mt Fuji dan singgah di Tokyo pulak.  Bila makin meningkat usia ni, terasa nak explore kawasan luar bandar, kawasan kampung bukit bukau lebih daripada ke kawasan bandar.

Makanan.
Bawak jugak daripada Malaysia macam sambal ikan bilis, sambal hijau, rendang dan brahims. Tapi untuk kesenangan nak beli makanan, just print info dekat bawah then tunjuk dekat orang kedai. Macam kami ada jugak buat dekat 7e or Family Mart bila nak beli barang macam roti tu. Sebab bukan semua roti kita boleh makan dekat sana.

sila print

Tempat Tinggal
Mahal. Hahaha..dia punya rate harga adoi mahai sungguh laaaa nak dapat yang memenuhi ciri-ciri yang dicari. Tapi kalau pergi dengan semua perempuan, or dengan mahram masing-masing rasanya boleh la kot dapat airbnb yang ok rate dan bersesuaian. Disebabkan kami berempat dan ada seorang lelaki haruslah kena cari airbnb yang ada bilik kan. Jepun pulak design rumah yang dijadikan airbnb ni banyak yang jenis studio. Memang perah otak jugak la nak dapat yang sesuai tu. Nanti post lain kita sembang pasal bab ni.

Rujukan
Selain HIS tu, website japan-guide memang jadi panduan lah dalam perancangan kami. Untuk jadual train macam cakap tadi, Hyperdia.


Ok, sampai sini dulu. Bila kerajinan datang nanti akan update kisah kami di Jepun nanti. Till then, take care!

0 comments: