Ahad, 29 Julai 2018

Shirakawago

Assalamualaikum dan Hello semuanya!

| 27 November 2017 |

Pagi ini siap-siap kemas beg untuk checkout tapi beg tinggalkan dekat lobby hotel dulu. Perjalanan pagi ini adalah menuju pekan Shirakawago. Naik bus yang dah di booking oleh HIS Travel tempoh hari. Kos perjalanan dah termasuk dalam tiket JR Pass.

Kami ambik time awal pagi ke sini sebabnya, dah booking seat train untuk ke Osaka pada jam 1.00petang nanti. Sebenarnya nak melawat Shirakawago ni elok la duduk seharian baru berbaloi. Tapi disebabkan kekangan masa kami sempat spent separuh hari saja dekat sini. Kalau ada rezeki nak jejak lagi tempat ni, mmg plan nak tido dalam kawasan old town dia.

Lepas tunjuk email booking, kita akan dapat tiket bas mcm ni

Jadual bas ke shirakawago daripada Takayama

Tunggu dekat sini untuk ke Shirakawago

Sepanjang perjalanan memang berkabus tebal. Kiri kanan kabus

Pemandangan pekan Shirakawago masa kami sampai. Walaupun datang musim autumn, tapi kawasan Shirakawago ni dah start turun salji. Jadinya dapatlah jugak main salji dekat Jepun trip ni.

Antara rombongan pertama yang naik ke view point nak tengok Shirakawago daripada atas..Tapiiii

Merenung kejap sebabnya kabus tebal apa pun tak nampak hahahaa


Maka kami pun pergi la main salji dulu dekat atas ni. Bila dah hilang semua kabus tu, dapatlah jugak kami lihat view yang diidamkan

Macam lukisan

Lepas dah puas hati dekat atas tu, kami turun bawah jalan-jalan dekat rumah-rumah lama 

Sebab masih awal pagi, kedai banyak yang masih belum bukak pun, tapi ok jugak sebab orang tak ramai. Senang nak bergambar

Best kalau dapat bermalam satu malam dekat sini

Bus/Van dalam gambar tu yang kami naik ke atas bukit masa mula-mula sampai. Sebenarnya boleh je jalan kaki naik atas, tapi sebab kami nak kejar masa plus masa sampai tu kabus pula, solusinya naik aje bus/van ni. Bayar dekat driver, tak payah booking awal  penuh je dia gerak.








Selesai sudah pengembaraan separuh hari kami di Shirakawago ni. Ikutkan hati nak duduk lama lagi, tapi apa boleh buat cuti tak lama. Bye Shirakawago!

Location: Shirakawa, Ono District, Gifu Prefecture, Japan

0 comments: