Jumaat, 9 Mac 2018

Penginapan di Jepun

Assalamualaikum and Hello semuanya!


Ok post ni nak cerita pasal hostel/hotel or airbnb dan seangkatan dengan nya lah. Penginapan kami ni bukan lah yang termurah. Tapi pemilihan dibuat adalah berdasarkan keselesaan dan yang penting kena ada mesin basuh dan dapur (tak semua bergantung berapa malam kami singgah dekat sesuatu tempat)

Nagoya

Hostel : Glocal Nagoya Backpackers Hostel
Harga untuk satu malam bilik berempat : ¥15,682
Harga untuk seorang : ¥3,921

My Review :
-Pekerja dia semua peramah dan diorg yang tolong angkat beg naik ke bilik (lift tak ada ye hostel ni)
-Bersih, toilet dia paling best sebab bersih, kemas dan tersusun rapi.
-Jarak dia dekat je dengan Nagoya Station
-Daripada sini kami jalan kaki saja ke Masjid dan ada kedai makanan halal ( roti nan dia sumpah  sedap sangat)


Beg lepak sini dulu sebab masih awal, bilik orang belum checkout

Minah dekat bar tu peramah gila dan kuat sebab dia yang angkat beg kami naik ke bilik


Pemandangan diluar bangunan hostel

Takayama

Hostel : Country Hotel Takayama
Harga untuk satu malam 2 bilik double : ¥12,240
Harga untuk seorang : ¥3,060

My Review :
-Location dia mmg best. Sepelaung je dengan train station and bus station yang nak ke Shirakawago
-Bawah hotel ada FamilyMart 24 jam
-Jalan kaki je nak ke kawasan old town Takayama
-Bilik dia just nice tapi kalau beg besar mayb akan rasa sempit sikit. Kami solat pun atas katil. Tapi standard lah saiz bilik hotel dekat Jepun.

Daripada train station dan nampak bangunan hotel. Berdepan je dengan station bus and train

View dari depan FamilyMart bawah hotel ke arah train station

Cantik rekabentuk station keretapi Takayama ni

Toilet hotel dalam bilik. Ini je yang teringat nak ambik gambar.

Osaka
Harga untuk dua malam apartmen tiga bilik : ¥28,265
Harga untuk seorang : ¥7,066

My Review :
-Location dia tak jauh sangat daripada Shin Osaka (nama dia pun dah menggambarkan lokasi)
-FamilyMart memang akan lalu kalau nak ke train station
-Kawasan dia mmg terletak dekat kawasan perumahan. So boleh experience macam mana tinggal dalam apartment di Jepun
-Bilik dia ada tiga bilik, maksud dia boleh duduk sampai 6 orang. Wifi dia laju. Dapur lengkap, ruang makan pun luas.
-Boleh basuh baju. Ini ciri penting sebab dah dua hari tak basuh baju kan.
-Tuan rumah sangat senang nak hubungi. Dia pun pelik kami booking rumah ni tapi hanya 4 orang saja. sebab rumah yang memenuhi ciri yang kami nak memang tak jumpa yang ada dua bilik je. 

Pandangan daripada corridor airbnb

Pandangan daripada balcony rumah lepas selesai sidai kain


Pintu Airbnb

Laluan daripada rumah menuju ke Shin Osaka


Kyoto
Hotel : Rinn Shichijo Ohashi Bridge
Harga untuk tiga malam 2 bilik double : ¥66,600
Harga untuk seorang : ¥16,650

My Review :
-Location dia dalam 10 minit juga jalan kaki daripada Kyoto Station.
-Kalau nak jimat, naik je teksi sebab muat je 4 org kan, plus lebih cepat dan murah berbanding naik bus.
-Daripada hotel ni kami jalan kaki saja ke kawasan Old Town Higashiyama
-Dua-dua bilik ada dapur dan mesin basuh skali dengan dryer. Wifi pun laju.
-Dekat kaunter ada jugak pass yang depa jual. Tapi tak pasti pass apa. Rasanya Kyoto Bus pass dgn Day Pass kot.
Pandangan hadapan

Hotel ni nampak macam agak baru

Kawasan dapur dan mesin basuh

Toilet

Bath area

Ruang tido


Jemput makan

Izumisano
Harga untuk satu malam bilik berempat : ¥11,700
Harga untuk seorang : ¥2,925

My Review :
-Sampai dah malam, tido lepas tu pagi-pagi terus ke Kansai Airport
-Tuan punya hostel tolong hantar ke train station for free
-Bersih dan kemas
-Tak ada lift tapi tuan hostel tolong angkut naik turun beg
-Kalau sampai mlm flight or flight awal pagi mmg sesuai la nak tido sini
-Gambar tak ada sebab dah mood malas nak ambik gambar. tapi sama je dlm website.

Harap dapat membantu pembaca yang telah mencari-cari penginapan di Jepun. Till then!
Location: Japan

0 comments: