Rabu, 31 Disember 2014

Hello Ceylon : Amazing Sri Lanka, Summary

Assalamualaikum dan Hello.

Alhamdulillah habis sudah cerita pengembaraan kami selama 8 hari di bumi Sri Lanka. Secara keseluruhannya Sri Lanka sebuah negara yang sangat cantik dan menarik untuk dijelajahi walaupun anda bukan peminat Geoffrey Bawa. Banyak tempat sejarah dapat dilawati terutamanya candi-candi lama yang masih wujud dan kukuh.

Pernah berada dibawah tiga kuasa utama penjajah iaitu Portugis, Belanda dan British. Mendapat kemerdakaan pada tahun 1948 daripada pihak British. Namun perang saudara yang berlaku diantara kaum utama iaitu Sinhalese dan Tamils pada tahun 1983 selama 25 tahun menyebabkan negara ini sedikit kebelakang dari segi pembangunan.

Kini keadaan sudah sedikit stabil, cuma dibahagian utara sahaja masih agak tegang dan juga sedikit perselisihan faham antara masyarakat Muslim disini. Semasa kami berhenti solat di masjid selepas pulang daripada Kandalama tempoh hari, Mr.I telah dipanggil oleh Imam masjid. Mereka berbual-bual seperti biasa macam bertanya khabar daripada mana? datang bersama siapa? dan berapa hari, haa macam itulah lebih kurang. Kemudian Imam begitu tegas memberi nasihat untuk menjaga kami (all the girls) kerana pada dia Muslim disini sedang terancam. Mungkin tidak sehebat apa yang berlaku di Kashmir atau di Myanmar, tapi beliau bersungguh-sungguh berpesan kepada kami. Lagi dia bertambah risau bila tahu driver kami bukan beragama Islam.

We are not in their shoes. Mungkin kita tidak dapat merasai apa yang sedang mereka hadapi. Tapi sepanjang pergaulan kami dengan Ruwan, dia ok sahaja. Walaupun bertekak sikit pasal hal keretapi, dan berbeza pendapat semasa kami berbincang pasal isu agama, dia masih berkelakuan baik dengan kami. Tidak pernah marah pun. Tapi kami memang berhati-hati juga bila berada ditempat ramai orang terutamanya di Colombo.

Semasa kami dalam perjalanan ke Brief Garden, kami juga melalui kawasan perkampungan Islam dan disetiap penjuru jalan terdapat askar yang sedang mengawasi. Bila di tanya kepada Ruwan, dia cakap ada sedikit pertikaian berkaitan isu kuil Buddha dikawasan tersebut. Semoga kerajaan Sri Lanka dapat mengawal keadaan dengan baik dan tidak berlaku sebarang pertumpahan darah antara rakyat negera mereka. Ameen.

Sebut pasal kerajaan Sri Lanka ini, teringat papan-papan tanda di seluruh pelosok Sri Lanka yang kami lalui penuh dengan gambar President mereka, Mahinda Rajapaksa. Yang menarik perhatian kami ialah gaya dalam gambar yang dipamerkan. Ada gambar dia tengah lalu dekat sawah, gambar dia naik tangga untuk masuk ke kuil, gambar dia bersalam dengan rakyat dan macam-macam gaya lah. 

Mungkin kami akan kembali lagi ke sini untuk masa hadapan. Maklumlah banyak lagi misi jejakBawa yang belum dapat dilaksanakan. Terutamanya Lunuganga. Sekarang tengah mempengaruhi bekas pensyarah di UTM untuk membawa student mereka ke sini. Mana tahu boleh masuk dalam senarai peserta skali. Hiks.

Bebel panjang pulak, jadinya inilah rangkuman perjalanan kami dalam misi JejakBawa :

Persiapan ke Sri Lanka : The Plan | When In Sri Lanka

Day 1 : The Arrival 

Gambar dihari kedua di Kandy dan Kandalama

Day 3 : Kandy to Nanu Oya | Nuwara Eliya

Day 4 : New Zealand Farm | Tea Plantation | Nuwara Eliya to Ella

Walau tidak dapat masuk dalam kawasan farm, minum susu dekat kawasan luar pun sudah seronok. 

Macam biasalah kalau sudah ramai macam ini, semua gaya pun keluar. Ada pula orang nak melayan ambikkan gambar bertambah-tambah jadinya.

Mamat dalam gambar paling atas sebelah kanan itu sungguh mesra alam betul. Dia nak minta ambikkan gambar dia dengan kami. Layan!

Day 5 : Little Adam's Peak | Journey to the south 

Perjalanan menuju ke puncak Little Adam's Peak

Day 6 : Galle | Jetwing Lighthouse Hotel | Ahungala Heritance Hotel | Brief Garden | Bentota

Galle fort

Sekitar Jetwing Lighthouse dan Ahungala Heritance

Kisah duka di pintu masuk Lunuganga

Buat macam taman sendiri di Brief Garden


Tea time with Uncle Dooland

Gambar atas semasa ada Ruwan. Gambar bawah semasa ketiadaan Ruwan. Kalau dia ada mesti kena kutuk sampai hari last. Hiks

Day 7 : Club Villa | Colombo | Bawa's Office | Bawa's House

Bawa's Office and Bawa's House

Day 8 : Back to Reality

Terima kasih semua yang sudi membaca dengan pesanan sila lah melawat Sri Lanka, negara bersih,cantik dan menarik sesuai untuk #cheapskatesejati =).

Sedih dengar berita AA Indonesia, lagi bertambah resah gelisah bila membaca berita itu dipagi hari dalam perjalanan ke Changi Airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan sudahlah awan tebal dan hujan, dalam hati Allah sahaja yang tahu. Semoga tahun 2014 yang penuh duka lara untuk Malaysia menjadi satu iktibar dan sejarah yang mengajar kita untuk menjadi lebih dewasa #Malaysia. Wsalam 2014.

Assalamualaikum 2015!

Ahad, 28 Disember 2014

Hello Ceylon : Last Day in Sri Lanka

Day 8 | Sunday | 26 Oct 2014

Day 8 : Sri Lanka - Kuala Lumpur

Akhirnya hari untuk kembali ke realiti sudah tiba. Memang tidak puas 8 hari nak menjelajah Sri Lanka ini (bagilah berapa banyak masa pun, bila tiba hari last nak balik tu terus teringat kerja secara automatik jadi tidak berapa best, huhuhu)

Pagi itu kami bersarapan dengan menu yang dimasak sendiri oleh tuan rumah. Siap ada waffel dgn ice cream lagi pagi-pagi. Lepas makan sempatlah bergambar dengan tuan rumah dulu sebelum bergerak ke lapangan terbang.

Kawasan halaman tempat penginapan untuk hari terakhir



Disebabkan kami tidak membeli belah langsung (kecuali teh) kami berharap agar di airport nanti adalah benda yang boleh dibeli. Selepas babai dengan Ruwan, kami masuk ke balai pelepasan. Ada beberapa buah kedai yang menjual FM dan postcard. Haaa, elok benar lah tu. Tapi semua sepakat kita masuk dulu setelkan urusan checked in takut beratur panjang nanti.

Alangkah sedih hati kami! Rupanya sistem di sini bila dah masuk ke ruang untuk checked luggage anda sudah tidak boleh keluar semula berlegar-legar dikawasan airport. Kena terus masuk ke dalam. Owh no! Patutlah kawalan keselamatan amat tinggi dekat sini. Masa nak masuk checked in luggage pun sudah kena tunjuk passport. Aduh! Punah harapan. Tapi abang askar yang berkawal dekat situ cakap, jangan risau ada lagi kedai dekat dalam.

Masuk dalam tu memanglah ada kedai dan jual benda yang sama dengan apa yang kami nampak di luar tadi. Tapi harganya haruslah tidak sama. Semua benda price tag dalam USD dah. Memang mahal. Tapi beli lah juga dua tiga ketul untuk diri sendiri dan rakan-rakan pejabat. Postcard pun tulis dekat airport dan minta orang kedai tolong pos kan nanti. Sampai sekarang tidak sampai-sampai. Kita tengok bila nak sampai, dulu rekod pos lambat sampai 3 bulan daripada Budapest. Ahaks! ke memang tidak akan sampai?Pasrah.

Antara teh yang dibeli, jenama ini menjadi pilihan kerana review yang bagus dalam buku travel

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur berjalan lancar tanpa sebarang kelewatan daripada jadual asal. Alhamdulillah segala urusan telah dipermudahkan. Kesihatan semua ahli jemaah juga baik sepanjang perjalanan kecuali Ms A demam sedikit pada malam kami di Nuwara Eliya, esoknya sudah sihat walafiat.

Lepas pulang daripada Sri Lanka, beberapa hari selepas itu terus dikejutkan dengan berita kejadian tanah runtuh di Sri Lanka. Tanah runtuh di kawasan ladang teh di daerah berdekatan dengan Badulla kalau tidak silap. Agak teruk juga. Sedih. Kami ada juga email Ruwan tanyakan khabar dan ada ke keluarga atau kawan-kawan yang dikenali terlibat, sampai sekarang dia tak reply, hahahaha serik la tu melayan kami.

Ok habis sudah cerita pengalaman berkelana di Sri Lanka. Semoga apa yang dikongsikan dapat memberi sedikit manafaat untuk semua yang akan berkunjung ke sana nanti. Wassalam.

Khamis, 25 Disember 2014

Hello Ceylon : Bawa's House

Saturday | 25 Oct 2014

Day 7 : No.11, 33rd Lane, Bagatelle Road, Colombo 3

Assalamualaikum and Hello!

Misi selepas makan adalah menuju ke rumah Bawa. Agak mencabar rupanya untuk kesini sebab Ruwan juga kali pertama ke sini. Banyak tempat yang kami bawa Ruwan berjalan di negara sendiri rupanya. Hiks. Tapi walaupun sesat, Ruwan layankan aje permintaan kami dengan penuh kesabaran (dalam hati dia, hanya Tuhan yang tahu, huhuhu)

Rupanya untuk sampai ke rumah Bawa memang perlu melalui kedutaan Malaysia. Terus kami semua bersorak gembira bila nampak bendera Malaysia. Ruwan siap berhenti depan pintu pagar, sambil cakap please take them home! (eleh sebab tak de orang depan pintu pagar tu ko berani lah buatkan) dah la cakap tu sambil angkat tangan ala-ala cerita Bollywood dalam scene anak tengah mati. Drama.

Sedikit latar belakang tentang No.11 ini (ayat daripada risalah yang diperolehi semasa lawatan)

Number 11 is considered a special architecture marvel which also houses art and artifacts from the collection of Geoffrey Bawa. The Guest Suite on 2nd floor provides both elegant and refined home away home atmosphere accommodation for those enthusiasts of architecture and the arts.

Jom kita masuk ke rumah Geoffrey Bawa.

No.11

Ini adalah ruang pameran kerusi yang direkabentuk sendiri oleh Bawa. Kerusi disebalah kiri itu adalah kerusi yang beliau reka untuk Kandalama. Atas kerusi panjang ut, ada plan rumah Bawa ini.

Jalan terus kehadapan kita akan nampak kawasan courtyard kedua

Hey awak! Sculpture burung hantu yang berskala kecil seperti di Kandalama

Courtyard ketiga. Sebelah kanan adalah pintu masuk ke rumah asal Bawa. Tapi mohon maaf didalam kawasan rumah ini, tidak dibenarkan ambik gambar. Best sangat dekat dalam itu. Terasa sungguh cosy dan begitu bersuasana. Dekat dalam ada lagi dua courtyard. 

Mari kita naik kebahagian atas pula. Tingkat 1 tidak dibenarkan ambil gambar ye. Moh kita tengok apa yang ada di tingkat 2. Ini merupakan ruang kerja Bawa. Tapi ruang kerja yang lebih besar terletak di tingkat 1. Tingkat 2 ini lebih kepada ruangan bersantai.

Ruang tamu. Eh ada Pohon budi! suka Ms K sebab masa tahun pertama dia punya projek painting adalah Pohon Budi. 

Bersebelahan dengan ruang tamu, terdapat dua bilik tidur untuk tetamu. Kini bilik tidur ini boleh disewa sebagai hotel oleh pelancong. Kurang pasti berapa harga satu malam disini.

Bawa ini juga adalah seperti Frank Lloyd Wright. Bukan sahaja merekabentuk bangunan, kerusi meja lampu almari semua beliau akan design sendiri. Ini salah satu lampu yang direkabentuk.

Mari teruskan ke roof top garden.

Suka sangat design railing dekat tangga ini!

Ruang tangga

Ada ruang santai-santai dekat atas ini. Aduh, berkenan pula dengan kerusi beliau design ini!

Dekat sebelah kanan ada lift.

Selepas dah puas explore rumah Bawa ini, kami ke tingkat 1 semula untuk melihat dua dokumentari pasal Bawa dan hasil kerja beliau. Sepatutnya sebelum lawatan perlu dengar dulu dokumentari ini, tapi disebabkan cuaca seperti hendak hujan pihak pekerja suruh kami explore dulu takut hujan tak boleh nak berjalan-jalan dekat roof top. Lebih kurang dua jam setengah juga kami dekat sini. Keluar je hujan sudah turun. 

Geoffrey Bawa

Kemudian kami dibawa berjalan-jalan disekitar Colombo. Melihat sunset di pantai dan juga bersiar-siar di kawasan market terapung di sini sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Negombo. Kami memilih untuk menginap di Negombo disebabkan flight esok awal pagi juga dan lapang terbang terletak di daerah Negombo plus harga penginapan pun kami dapat agak murah.


Selasa, 23 Disember 2014

Hello Ceylon : Bawa's Office

Saturday | 25 Oct 2014

Day 7 : No.2, Alfred House Road, Colombo

Plan asalnya mahu ke rumah Bawa dahulu. Tapi setelah Ruwan call tanya arah jalan, info menyatakan bahawa terdapat masa tertentu untuk melawat. Memandangkan masa lawatan yang telah ditetapkan adalah pada jam 2.00 petang. Kami tukar plan untuk melawat pejabat dahulu.

Untuk makluman pejabat Bawa ini telah ditukar menjadi restaurant, Paradise Road Gallery Cafe. Elok benar lah plan, kami semua pun sudah lapar. Makan tengahari disini saja sudah. Malas nak cari tempat makan sebab takut nanti terlepas pula masa lawatan ke rumah Bawa.

Pintu masuk ke bahagian dalam bangunan.

Sebelah kiri terdapat satu pokok kemboja (well, Bawa memang suka jadikan pokok ini sebagai elemen dalam kerja-kerja landskap bangunan beliau). Banyak juga tempayan disekitar kawasan ini.

Ruang menunggu dibahagian kaki lima

Masuk dalam terus nampak kolam dibahagian tengah dengan dikelilingan lukisan dan sclupture. Bahagian ini ada kedai yang menjual cenderahati. 

Sebelah kiri 

Sebelah kanan

Kami terus menuju ke bahagian cafe, lapar lah katakan. Agak ramai juga pengunjung sebab memang sudah masa untuk makan tengahari, tapi yang ramainya adalah pelancong.

Pemandangan dari tempat duduk disebelah kanan

Pemandangan dari tempat duduk disebelah kiri

Masa menunggu makanan tidak lah lama. Selesai makan dan berehat sebentar, kami keluar semula ke kawasan courtyard tadi. Seperti biasa aktiviti bergambar lah. Haa, hujung sana itulah kedai cenderahati itu. Masuk lihat-lihat sebentar saja, membeli sudah pasti tidak =)

Pandangan memandang ke arah pintu masuk utama

Mari kita bergerak ke rumah Bawa pula rakan-rakan semua.

Ahad, 21 Disember 2014

Hello Ceylon : Colombo City Centre

Saturday | 25 Oct 2014

Day 7 : Bentota ---> Colombo

Selepas dah puas merehatkan diri dalam suasana aman damai tenang jiwa raga, kami bergerak ke Colombo pada jam 11.20 pagi. Perjalanan kami ke Colombo melalui lebuhraya. Jadinya pemandangan disepanjang jalan terkadang terasa seperti berada di atas PLUS. Seperti mahu pulang ke Penang. Kiri kanan terdapat ladang getah, perkampungan dan bukit bukau yang hijau.

Tiba-tiba sampai di pertengahan jalan, Ruwan cakap dia mengantuk. Owh mengantuk ye, baiklah kami terus buat konsert. Semua lagu keluar, paling tak tahan boleh menyanyi lagu KRU! dan seharusnya semua orang menyanyi hanya pada part corus sahaja. Nampak sangat kalau masuk jangan lupa lirik kalah awal. Kitorg menyanyi punya la sedap, sampai Ruwan cakap, please stop singing masa dia nak bayar tol. Malu katanya! Hahaha, terus dia menyesal cakap mengantuk. Hambek ko!

Bila sudah menghampiri bandar Colombo, keadaan trafik mula bergerak perlahan kerana kenderaan sudah agak sesak. Misi kami pada hari ini ialah pejabat dan rumah Geoffrey Bawa sahaja. Kalau ada masa, ikut saja kemana Ruwan nak bawa kami jalan-jalan disini.


Bahagian bawah bangunan ini terdapat museum

Tugu 'Father of the Nation' Perdana Menteri pertama Sri Lanka (maaf gambar dari bahagian belakang pula, sebab panas nak berjalan ke bahagian depan,hiks)



Ini pula ialah Arcade Independence Square, bersebelahan dengan bangunan tadi. Bangunan yang mula dibina pada tahun 1879 adalah dikenali sebagai Jawatta Lunatic Asylum. Kini ianya menjadi sebuah pusat membeli belah terkini di Colombo

Lampu setinggi tiga tingkat

Bayang

Terdapat banyak gambar berkaitan sejarah bangunan ini dipamerkan disetiap ruang bangunan.

Hello!

Eh, ada orang ambik gambar kawen lah

Bahagian luar bangunan

Bayang lagi

Bangunan yang sangat cantik dan patut diberi pujian kepada team yang telah berjaya membaik pulih bangunan ini. Walaupun semasa kami sampai sini cuaca sungguh terik dan panas, ramai orang tengah berehat dan berkumpul dibawah pokok-pokok disekitar kawasan. Sempat juga kami membeli teh disini, dengan Ruwan skali terjebak. Owh toilet awam disini pun sangat bersih dan wangi!