Rabu, 14 Oktober 2015

Into The Balkans : Croatia

Assalamualaikum and Greeting!



Negara ketiga dalam misi #kembaradibumiBalkan. Kami, #teamMalaysia memasuki Croatia melalui jalan darat dengan menggunakan bus daripada Ljubljana. Manakala #teamEurope melalui jalan udara mendarat di Split.

Bus station Dubrovnnik,Croatia

Transportation

Zagreb : Day pass untuk bandar ini adalah berharga 30 Kuna. Seperti biasa, untuk kali pertama guna sila aktifkan tiket anda dalam trams. Kalau nak beli tiket boleh beli di kedai serbaguna atau boleh terus beli dekat pemandu trams.

Trams Stop

Simple je trams stop dkt Zagreb ni

Lake Plitvice : Daripada Zagreb ke Lake Plitvice dengan menaiki bus. Tiket bus ini kami beli sehari awal. Kami beli tiket bus dengan harga 92 Kuna yang bergerak pada jam 7.30 pagi. Harga untuk simpan luggage dibawah bus adalah 7 Kuna. Parking kereta semasa di Lake Plitvice yang kami kena bayar adalah sebanyak 49 Kuna (bahagi kepada 5 orang, jadi dalam 9.8 Kuna seorang)

Dubrovnik : Parking yang dikenakan semasa kami sampai disini untuk makan tengahari sebelum berjumpa dengan tuan rumah Airbnb adalah 60 Kuna (bahagi 5, 12 Kuna seorang) begitu ketara perbezaan di Plitvice dengan Dubrovnik. Parking disini hanya untuk 2 jam sahaja sudah 60 Kuna. Dekat Plitvice tu dekat 4 jam juga kami parking. Bus disini skali naik harus bayar 12 Kuna dan valid untuk sejam.Tiket boleh beli dekat kiosk2.Sekiranya perlu tukar bus, tiket masih boleh pakai yang lama kalau belum melebihi 1 jam daripada masa touch in kali pertama. 

Kami juga menggunakan perkhidmatan tuan rumah untuk membawa kami ke bus station untuk hari terakhir disini. Seorang perlu bayar 20 Kuna. ( Kes malas nak pikir dan letih nak angkut beg naik turun tangga ). Owh ada drama juga pada sebelah malam tu. Kami salah naik bus! Jadinya terpaksa tahan taxi untuk pulang ke rumah sewa. Kos taxi 10 Euro (bahagi 3 org, 3.33 Euro sorg)

Kereta Sewa : Jumlah hari kami berlima menggunakan kereta sewa adalah 9 hari. Total kos kereta sewa yang perlu dibayar oleh semua ahli jemaah adalah 68 Euro. Minyak kami hanya isi sekali sahaja (jimat sebab kereta sewa pakai diesel) = 6 Euro. Maka total sewa kereta dan minyak = 74 Euro.

Accomodation

Harga : 45 Euro untuk satu malam / 15 Euro sorg

Kami pilih apartment ini adalah kerana ianya terletak dekat dengan main bus station Zagreb. Ye lah perlu bergerak awal pagi ke Lake Plitvice esok hari. Plus dengan beg yang berat malas nak galas lama-lama. Boleh jalan kaki je, dalam 10 minit sampai. Kalau nak naik trams pun satu station je. Trams stop pun dekat saja.

Lokasi dia pun berdekatan dengan sebuah mini mart. Jadinya dapatlah kami shopping disitu untuk beli makan malam dan breakfast esok hari. Tuan rumah pun peramah habis. Siap beli susu letak dalam fridge untuk kami buat sarapan pagi. Dia pun ada terangkan tepat-tempat yang harus dilawati. Tapi kami hanya bermalam sahaja di Zagreb. Macam touch and go sahaja lawatan kami di Zagreb ni.

Satu je kekurangan apartment ni, tingkat 4 dan tiada lift. Bertabah la sikit nak angkut anak badak masing-masing #pegimampuhmulemok

Dekat kawasan penginapan di Zagreb

Harga : 60 Euro untuk satu malam (untuk 3 org) / 20 Euro sorg

Disebabkan tiada rumah tumpangan yang memuatkan 5 orang yang bersesuai dengan lokasi pilihan, maka kami berpecah dua bilik. Tapi masih didalam satu kawasan yang sama. Team Europe duduk bilik berdua, kami duduk rumah yang boleh muat 3 orang. Rumah yang kami duduk ada dapur. Jadinya boleh la kami masak makan dinner dan breakfast. Bila dah ada kereta sewa, senang sikit nak pergi mini mart. 

Lokasi rumah sewa ini dekat saja dengan Lake Plitvice dan juga jalan untuk masuk ke Bihac, Bosnia. Tuan rumah siap cakap, diorg tiap-tiap minggu masuk Bihac sebab pekan besar yang terdekat dengan diorg adalah Bihac.

Our Hostel in Lake Plitvice

Our room at the back of the main building

Boleh muat empat orang, sorg kena tido loteng

Dubrovnik : Apartment Sun
Harga : 13 Euro seorang 

Apartment paling best untuk kami sepanjang misi menjelajah kali ini. rugi pulak rasanya hanya satu malam disini. Dahla macam agak tidak cukup masa nak berpuas-puas di Dubrovnik. Semua kemudahan jugak best dekat sini. Dapur luas, ruang tamu luas paling mahal view dekat balcony rumah. Waduh-waduh macam tak mau balik rasanya.

View daripada ruang tamu apartment

Pemandangan di sebelah kanan

Daripada atas katil pun boleh mengadap view ini

Pemandangan sisi kiri disebelah pagi

Fees & Passes

Lake Plitvice : 110 Kuna
City Wall Dubrovnik : 100 Kuna

Makan

Reastaurant di Masjid Zagreb, lunch : 45 Kuna
Sedap nasi ayam kami makan dekat masjid ni. Dah la pelayan dia, Amer boleh bercakap Melayu. Biasalah bekas student UIA.

Shopping dekat mini mart : 20 Kuna sorg (untuk dua kali kunjungan). Macam-macam beli sebab bahagi 5 orang kan. Memang berbaloi, beli beras, minyak, telur, bawang, sayur macam-macam la. Makan dengan Brahims yang dibawa daripada Malaysia.

Selain masak sendiri, makan lunch + dinner (di Dubrovnik) dan jajan ( ice cream, Coffee dll ) total = 90 Kuna sorg. Malam last kami bersama #teamEurope di Dubrovnik kami makan mewah sikit, berseafood di tepian laut di Old Town. 

Jadinya total perbelanjaan makanan kami di Croatia untuk seorang adalah = 155 Kuna. 

Till then. Stay tune for Bosnia Herzegovina! 

Location: Croatia

4 comments:

Azian Elias berkata...

bumi ALLAH sentiasa cantik..

hidayahrodhi berkata...

Kak Yan,
Betul...bnyk lagi yg belum dilihat.

Zara AB berkata...

Ramainya yang ke Dubrovnik nie! I terus rasa nak plan route to Balkan, tapi tak tau bile nak gi. :(

hidayahrodhi berkata...

Zara AB,
Plan dulu berangan-berangan nnt kadi kenyataan. Ameen