Memaparkan catatan dengan label Luxembourg. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luxembourg. Papar semua catatan

Khamis, 16 Oktober 2014

Spring Break 2014, Summary

Assalamualaikum and Hello!

Alhamdulillah, secara keseluruhannya perjalanan ke benua Eropah pada tahun 2014 adalah satu pengalaman yang sangat berharga terpahat dalam ingatan. Perancangan yang dibuat dalam masa tiga bulan sebelum pergi, bilangan ahli jemaah hanya dua orang dan kali pertama mengambil penerbangan yang memerlukan transit berjaya dilalui dengan penuh kegembiraan. Terima kasih Allah, syukur kepada Mu kerana mempermudahkan segala urusan kami semasa berkelana di bumi Mu.

Dubai, UAE

Penginapan : Lepak surau Airport, Terminal 3
Pengangkutan : Ditaja sepenuhnya oleh Mr F (maaf tiada info)

Pengalaman berjalan dinegara orang diwaktu malam sehingga jam 3 pagi dan pertemuan dengan rakan seuniversiti sangat teruja walaupun tidak sampai 24 jam kami disini. In Sha Allah, kalau naik penerbangan transit lagi kami akan cuba mengambil penerbangan yang membolehkan kami berjalan-jalan diwaktu siang. 
The Netherlands

Penginapan : Rumah Miss A
Pengangkutan : OvChipkaart, 9292

Terima kasih tidak terhingga buat teman yang sedang berjuang menuntut ilmu di Tu Delft, Miss A atas layanan kerenah kawan anda semasa kami dibumi Belanda. See you next year! (hopefully,Ameen)

Day 1 : TU Delft
Day 2 : Faculty of Architecture, TU Delft, Zaans Schans, Volendam&Edam, Eye Museum
Day 3 : Rotterdam - Cube Houses | De Rotterdam, The Hague - City Hall
Day 4 : Amsterdam
Day 5 : Market in Delft, Keukenhof, Leiden Town
                                 ~~~~~~~~
Day 6 : Roermond Designer Outlet ( Journey from Cologne )
Day 7 : Delft Town
Day 8 : Last Day

Kenangan di Cube Houses, Rotterdam

Belgium

Penginapan : Ibis Hotel, Brussels
Kos Penginapan : Euro 271.25 untuk 4hari/3malam untuk 2 orang
Pengangkutan : Belgian Rail

Day 1 : Antwerp, Louiza, Comic Wall
Day 2 : Centre Centrum, Leuven - Groot Begijnhof | Atomium

Sekiranya berpeluang untuk menjejakkan kaki lagi ke negara ini, sudah pasti Ghent dan Bruges.

Tolong menolong amalan mulia. Kenangan di Leuven, Belgium

Bersama adik di Bandar Brussels

Luxembourg

Penginapan : Day trip from Brussels
Pengangkutan : CFL

One day in Luxembourg : Journey to Luxembourg, Luxembourg Town, Wenzel Walk

Romancing the Old Town,Luxembourg : the best experience ever!

Gigih. Persediaan menunggu keretapi lalu

Paris, France

Penginapan : Latin Quartier
Kos Penginapan : Euro 195 untuk 4hari/3malam untuk 2 orang
Pengangkutan : Metro in Paris

Day 1 : Journey to Paris, Town Trail
Day 2 : Eiffel Tower, La Defense, Evening in Paris Part I
Day 3 : The Louvre, Montmartre, Evening in Paris Part II, Centre Pompidou 

Negara wajib dikunjungi pada masa akan datang, tapi bukan Paris. Selatan France sudah pasti.

Jangan lama-lama sangat dekat kawasan ini, takut kena panah petir, hiks

Germany

Penginapan : Apartment@Cologne
Kos Penginapan : Euro 202.00 untuk 4hari/3malam untuk 2 orang
Pengangkutan : Bahn.com, VRS (Cologne/Bonn)

Cologne
Day 1 : The Arrival,
Day 2 : A Day in Cologne, Kolumba Museum, Cologne Cathedral, Cologne Mosque

Dusseldorf
One day in Dusseldorf : Dusseldorf, K21 Museum, Media Habour

Berlin and Munich adalah sasaran seterusnya di negara ini.

Hari sejuk di Dusseldorf

Summer di Europe sudah, Spring pun sudah jadinya plan seterusnya ialah Autumn. Sorrylah Winter, tidak ada kesanggupan untuk menghadirkan diri untuk merasai suasana anda. Kulit melayu tropika saya sungguh tiada daya ketahanan. Let it go, let it go.

Terima kasih kerana membaca catatan perjalanan sepanjang 18 hari di bumi Eropah. Berjumpa lagi untuk catatan seterusnya. Entry kali ini penuh dengan diri sendiri,eh aku punya blog katanya..suka hati lah kan!..let it go,let it go #kodahkenapa!

Rabu, 6 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Wenzel Walk, Luxembourg

Sunday | 4 May 2014

Day 9 : Luxembourg ---> Wenzel Walk, Old Town

Kawasan ini sungguh aman dan tenang disamping cuaca yang seperti dalam aircond serta pancaran matahari yang sungguh kacak hari ini membuatkan hati jatuh cinta kepada negara kecil ini. Sebelum meneruskan perjalanan kami rehat sebentar untuk makan bekalan yang dibawa untuk tengahari. Makan sambil membaca sejarah negara Luxembourg. Ilmiah sangat.

Kemudian kami menjelajah tempat yang dikatakan Europe's most beautiful balcony ini. Kami hanya berpandukan Wenzel Walk yang diperolehi daripada Tourist Information dan juga pandangan mata sahaja. Kalau nampak macam menarik kami setuju menjelajah, kalau tempat itu nampak macam owh ok, so dari jauh sahaja dilihat. Mari kita lihat pemandangan yang dapat dilihat disepanjang perjalanan.

(gambar adalah tidak mengikut susunan perjalanan dengan tema post kali ini : biarlah gambar berbicara)

Berhenti berehat sebentar dikawasan ini merupakan  pilihan yang tepat!

Isnin, 4 Ogos 2014

Spring Break 2014 : Luxembourg Town

Day 9 | Sunday | 4 May 2014

Day 9 : Luxembourg ---> Luxembourg Town

Setelah keluar daripada train station, kami bergerak ke arah pusat bandar Luxembourg. Arah tujuan kami adalah untuk pergi ke tourist information terlebih dahulu untuk dapatkan map bandar ini. Disebabkan hari ini adalah hari Ahad, banyak kedai yang tutup. Jalan raya pun tidak sesak. Jom lihat bagaimana rupabentuk ibu negara Luxembourg.

Inilah dia bandar Luxembourg, biru langit hari ini

Khamis, 24 Julai 2014

Thursday Tip : How to get to Luxembourg from Brussels

Assalamualaikum and Hello!

Tip kali ini adalah berkaitan dengan bagaimana perjalanan kami untuk ke negara Luxembourg daripada Brussels secara return ok. Tapi kalau tidak return pun boleh ikut juga cara ini cumanya harga tiket adalah sedikit berbeza. Seperti entry yang lepas, kami beli tiket daripada Gare du Midi ke Arlon secara return pada hari Sabtu untuk perjalanan hari Ahad. Harga tiket tersebut ialah 22.20 Euro seorang/return. 

Kenapa perlu beli ke Arlon dan tidak terus beli ke Luxembourg adalah kerana harga tiket. Harga tiket untuk ke Arlon iaitu bandar terakhir di Belgium sebelum memasuki Luxembourg adalah lebih murah pada hari Jumaat (selepas jam 7 ptg), Sabtu dan Ahad. Harga tiket dari Arlon ke Luxemboug ialah 12.80 euro untuk seorang/return. Jadinya total harga tiket ialah 35.40 euro.  Kalau beli tiket return terus ke Luxembourg vice versa, harganya ialah 43.00 Euro.

Tapi, haaa ada tapi kami sedikit tersasar daripada harga tersebut kerana masa membeli tiket dari Arlon ke Luxembourg lupa nak cakap return sebab ada drama sikit. Maka tambang untuk one way adalah lebih mahal iaitu 10.20. Jadi perjalanan kami adalah berjumlah 42.60 Euro (murah sikit bebenor)

Kami memilih untuk menaiki train jam 9.33 pagi kerana perlu breakfast dan tapau makanan dulu. Nasib baik breakfast jam 8 pagi sudah ada. Kami turun breakfast tepat jam 8.00 pagi. Orang tidak ramai, ada la dalam 6 orang termasuk kami. Apa lagi aktiviti tapau la kami buat dulu. Lepas tu barulah saparan dengan sedikit tenang. Jam 9.15 pagi kami bergerak ke Gare du Midi. Nasib baik dekat. 

Perjalanan ke Arlon mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih.Tiada no seat diberikan. Suka hati nak duduk dekat mana pun, asalkan jangan duduk dekat 1st class sudah.

Selfies dulu atas train dari Brussel ke Arlon

Khamis, 15 Mei 2014

Thursday Tips : Spring Break Europe 2014

Alhamdulillah, telah selamat tiba di tanah air tercinta pada 14 May 2014. Percutian kali ini memang agak spontan dan kurang perancangan secara terperinci seperti tahun 2011 yang lalu. Konon trip kali ini adalah hadiah kepada diri sendiri sebab berjaya lulus Exam Part III pada tahun lepas juga merangkap hadiah harijadi skali. Gitew!

Tiket Penerbangan

Dulu masa trip kali pertama ke Europe tahun 2011, saya memang daftar semua airlines (baca : orang tamak selalu untung) maka setiap kali ada penjualan murah sudah tentu email masuk bertalu-talu (baca : sngt bahaya kepada mereka yang kurang daya tahan yang tinggi).

Lagi satu, memang akan selalu jenguk website : Skyscanner. Belum pernah beli thru this website, hanya digunakan untuk buat perbandingan harga tiket semua airlines. Mudah macam makan kacang je website ni dan sangat membantu.

Maka, setelah buat kiraan tambah tolak bahagi, tengok kalender semua berjaya lah membeli tiket paling murah ketika itu (bulan Februari 2014) yang sesuai dengan tarikh idaman, Emirates menjadi pilihan dengan transit selama 12 jam untuk perjalanan pergi dan 3 jam untuk perjalanan pulang.

Penginapan

Seperti yang telah dikongsikan bersama sebelum ini, perkidmatan Airbnb telah digunakan bersama website Booking.com serta perkhidmatan belas ihsan daripada kawan yang sedang berjuang membuat phd di TU Delft. Tq doc to be, Miss A. Murah rezeki anda dan semoga berjaya pulang dengan cemerlang ke tanah air nanti.

Pengangkutan 

Disebabkan trip kali ini agak santai, maka kami memilih untuk menaiki keretapi. Seperti biasa kalau naik keretapi kena booking awal untuk mendapatkan tiket murah. Selalunya paling kurang pun tiga bulan sebelum tarikh perjalanan la.