Day 7 | Friday | 2 May 2014
Day 7 : Delft ---> Rotterdam ---> Antwerp ---> Brussels
Perjalanan hari ke-7 dimulakan seawal jam 7.00 pagi. Dari Delft kami perlu ke Rotterdam untuk menaiki train ke Antwerp. Harga train dari Delft ke Rotterdam ialah 3.20 Euro dalam masa 13 minit, manakala train dari Rotterdam ke Antwerp ialah 18.40 Euro. Ada banyak train ke Antwerp, tapi pastikan anda mengambil train direct yang tidak perlu singgah di Roosendaal. Train ke Antwerp ini kami beli dari Malaysia. Hanya print daripada email sahaja. No. seat tidak diberikan kerana ianya ialah free seating. Perjalanan mengambil masa selama 1jam 9 minit. Kalau nak sampai lebih cepat iaitu 32 minit sahaja sila lah beli tiket train Thalys. Tapi harganya lebih mahal lah berbanding tiket Intercity biasa yang kami beli.
Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pemandangan ladang yang luas dan kuning mata memandang. Malas nak keluarkan camera, hanya capture melalui mata dan terpahat dalam memori. Wah gitew! Sepanjang 1 jam 9 minit perjalanan merentasi dua buah negara, langsung tiada pekerja yang datang untuk check tiket. Senang betul nak larikan diri dalam Europe ini ye.
Sampai dekat Antwerp Centraal perkara pertama yang kami cari ialah locker untuk simpan beg. Harga untuk satu locker besar yang boleh memuatkan 2 beg besar ialah 3.50 Euro perday. Lokasi ialah dibahagian bawah tangga. Ada banyak loker tapi yang besar ada sikit je, so kena awal la sket nak simpan beg. Sebab masa kami nak ambik kembali beg, datang sorang minah ni tanya kami nak keluarkan beg ke? bila cakap yes dia terus happy sebab locker kami besar, dia cakap nak dekat sejam lebih dia dok tunggu nak cari locker besar.
Niat dihati sebelum keluar dari Antwerp Centraal nak pergi Tourist Information, tapi ramai sangat manusia. Maka kami teruskan perjalanan dengan menggunakan instinct untuk ke Old Town Antwerp. Banyak je signboard sepanjang jalan. Ikut sahaja Insha Allah tidak akan sesat.
Antwerp Central dari bahagian tepi

