Memaparkan catatan dengan label Mt Seorak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mt Seorak. Papar semua catatan

Selasa, 26 November 2013

Autumn Breeze 2013 : Heundeulbawi, Mt Seorak

Kalau ikut perancangan awal, bila sampai dari Malaysia akan terus ambik flight ke Jeju Island. Tapi memandangkan tempoh Autumn dibahagian utara adalah lebih cepat, maka kami atur semula perancangan untuk menjejak Autumn di Mt Seorak terlebih dahulu. Ternyata tidak sia-sia perancangan diubah. Syukur dapat menikmati keindahan musim luruh di Mt Seorak.

Baiklah, mari teruskan perjalanan aktiviti pergi-mapuhmu-lemok ke Heundeulbawi. Pada saya yang sangat tidak berapa nak cergas aktif ni (lama dah tidak berenang,jogging pun ikut perasaan je) perjalanan naik ke atas ni tidaklah susah pun. Maybe kitorg sangat santai mendaki. Haruslah makcik-makcik tu laju jek melintas. Nak enjoy to the fullest pemandangan katanya.



Lepas tu terjumpa satu port best untuk lepak sambil memandang ke arah Ulsanbawi (mampu tengok dari bawah je) Berhenti seketika layan perasaan, makan, minum, ambik gambar profile picture FB, eh.


Bila dah nak sampai dkt Heundeulbawi ni, peluh dah mencurah-curah gak la. Berbaju 3 lapiskan, maka sweater tu buat hiasan dekat tangan je lah bila dah nak sampai ke atas ni.

Bukan ahli rombongan 


Dekat atas ni ada temple. So kalau kita panjat bila dah nak dekat sampai tu memang boleh dengarlah diorg pasang bacaan-bacaan kitab tu. Dekat sini ada satu batu yang memang wajib orang datang untuk bergambar. Bukan batu belah batu bertangkup, batu degil tak nak jatuh ke bawah. Haaa,duduk lah seketul sorang-sorang atas tu.





Alamak, tak nampak pulak batu seketul sebelah kanan tu. Nampak tak Ulsanbawi diatas sana tu. Hi!


Bila dah puas lepak area sini, maka aktiviti turun ke bawah dimulakan. Masa turun bawah, matahari dah terang memancar, so kaler daun pun lebih cantik masa turun berbanding masa naik.




Sangat berpuas hati dengan aktiviti hari ini, walaupun misi hanya sekerat jalan tapi still berbaloi. Bila dah sampai ke Seoul, terbang ke Jeju dan jejak ke Busan. Pemandangan musim luruh di Mt Seorak yang sangat-sangat terpahat dihati. Sekian, Terima kasih.

Isnin, 25 November 2013

Autumn Breeze 2013 : Hiking in Mount Seorak

Jumaat | 1.11.2013 | Day 2

Kami sepakat untuk hiking Mt Seorak mengikut laluan Ulsanbawi. Seawal pagi jam 6.30 keluar hotel untuk memulakan misi jom kurus kevin zahri eh.


Awal pagi keadaan di taman negara ini sangat tenang walaupun terkadang angin yang bertiup bukan lah sepoi-sepoi bahasa. Udara nyaman dan manusia pun tak ramai. Sangat gembira meneruskan perjalanan. Permandangan, sangat-sangat Subhanallah Maha Suci Allah, Alhamdullilah segala puji bagi Allah.







Belum panjat dah macam ni pemandangan, sangat cantik dan disebabkan tak ramai manusia dapat kami menikmati keindahan alam tanpa batasan.

Mari teruskan perjalanan menuju puncak.

Jalan dengan penuh rasa nikmat dan rahmat Allah. Landskap musim luruh yang sangat memukau.


Rilek je makcik and the geng ni panjat. Ramah plak tu. Minta maaf lah mak cik, kami ni buta bahasa korea nak sembang rancak pun tak boleh. (tarik nafas,hembus). Track di sepanjang laluan ke 1st stop ni ok la, tak de lah semput tahap mintak nyawa.





Sepatutnya mengikut info perjalanan naik dan turun hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit. Tapi disebabkan jalan sikit ambik gambar, toleh kiri ambik gambar, toleh kanan ambik gambar eh pandangan dari belakang pun cantik, ambik gambar. Jadinya perjalanan dari hotel ke 1st stop, Heundeulbawi dah 2 jam. Belum nak turun lagi, nak ambik gambar lagi, nak lepak feel the earth lagi.

Maka dengan sepakat kami memutuskan untuk berhenti sahaja di 1st stop memandangkan kami perlu pulang semula ke Seoul pada tengahari dan check out hotel paling lambat yang dibenarkan jam 12.00 tengahari. (kecewa kevin kalau tahu misi kurus kami tidak berjaya, hanya separuh jalan)

For me, siapa-siapa yang nak pengalaman sebenar autumn, amatlah disarankan untuk cuba aktiviti hiking sebab pemandangan sangat-sangat cantik. Kalau masa tengah hiking tu, tetiba angin bertiup daun luruh berterbangan..memang sangat wow! ( aaaaaaa, aaaa,aaaaaa soundtrack mohabattein sikit!)


Disebabkan kami tidak berjaya menuju puncak, boleh tengok di blog Skipping Clouds untuk gambaran perjalanan ke atas ( rasa mcm boleh arwah je tgk tangga-tangga merah yang banyak itu)

p/s : banyak sangat gambar, terpaksa buat beberapa entry pasal Mt Seorak. Next, Heundeulbawi.

Jumaat, 22 November 2013

Autumn Breeze 2013 : Chun Cheon Bus Terminal to Mount Seorak

Dari Nami Island lepas ambik beg dekat belakang booth tiket, kitorg ambik taxi ke Gapyeong Station. Proses membeli tiket train kami serahkan kepada Abg Mr World ( gelaran yang dianugerahkan sendiri kerana diorg pakai selendang mcm Miss World ) Destinasi seterusnya ialah Namchuncheon Station.

Drama #1
Nak dijadikan cerita kitorg salah masuk train. Patutnya masuk train jenis metro biasa tp bantai pi naik train ITX ( nak cepat sampai, tp nak murah!kuang-kuang-kuang). Actually dah perasan masa dekat 15 minit naik train tu, tp sebab kitorg lepak area standing seat je so mcm ok lagi  la sebab tak duduk seat orang kan. 

Tetiba datang lah oppa check ticket. Dia tengok je tiket kitorg terus buat tanda pangkah Ultraman. Tak de lah cuak sebab dah agak dah dari awal tadi kan. So dalam keadaan yang susah payah dia terangkan kitorg salah naik train sambil menggunakan isyarat tangan dan bahasa korea. 

Kitorg cakap ok, ok..so dia pun terus print tiket baru untuk kitorg bayar harga tiket sebenar ITX train. Nasib baik tak kena denda bagai. Bayar jek lah, memang salah kitorg pun. Tapi kalau dia datang lambat sikit memang selamatlah duit, sbbnya lepas bayar jek terus sampai Namchuncheon Station. 

Destinasi seterusnya ialah Chun Cheon Bus Terminal. Jalan kaki je dari station ni. Nak kata jauh tak berapa jauh, nak cakap dekat sangat pun tak berapa dekat. Sedang-sedang jek jarak dia. Beli tiket untuk ke Sokcho. Perjalanan dari sini ke Sokcho dalam 2 jam. 




Disebabkan malam awal menjelma, walaupun masa dekat bus terminal ni baru jam 6 petang tapi mengantuknya lah rasa. Mana tak nya, sampai jek airport terus beraktiviti sihat, ditambah dengan beg-berat-gi-mapuh-mu-lemok tu, naik bus terus tidur.

Dari Sokcho ambik bas 7-1 untuk ke Mount Seorak.

Drama#2
Disebabkan dah malam, orang yang naik bus pun hanya ada kitorg berlima dengan dua pasang kekasih (rasanyalah) sampai ke penghujung perjalanan  bus. Masa baca info bus ni last stop dia dekat entrance Mt Seorak, tapi macam mana la boleh mamai pergi turun dekat 2nd last stop sebab pasangan kekasih tu turun sini, and salah sorang dari kitorg cakap haaa dah nampak signboard Seorak Tourist Hotel. Terkejut terkujat turun bas.

Bila dah tau salah turun, kitorg gelak-gelak jek sebab semua tengah mamai lagi. Apalagi menapak la jalan kaki dalam gelap ke jalan yang benar.

Kalau sesat atau salah jalan jangan bengang just enjoy the moment. Ambik gambar bukti.

Ok setelah berjalan lebih kurang 500 meter sampai la dekat entrance. Beli tiket, then fuh! gelap betul nih. Sib baik ada kawan yang bawak torch light.

Dari jauh dah nampak hotel tersebut tapi agak jauh jugak lah dari entrance ni. Jalan punya jalan tapi kitorg still tak nampak jalan masuk ke hotel tu. Dah la gelap. Nak main redah dalam semak cuak jugak sebab masa kitorg tengah jalan nampak binatang (musang ke tenggiling ke apa pun tak sure dok berlintas dari kiri ke kanan). Bincang-bincang balik kitorg patah balik ke entrance nak mintak tolong diorg call hotel. Sebab kitorg try call hotel tak dapat.

Muka happy patah balik ke tempat beli tiket tadi. Sejuk betul masa ni.


Percubaan untuk call hotel yang gagal nampaknya

Kitorg jalan balik ke arah hotel then nampakla ada orang tunggu dekat dalam gelap. Haruslah tak nampak jalan masuk sebab gelap nak mampus. Kitorg cuak sebab bila dah jalan jauh tetiba nampak signboard Ulsanbawi trail 3.5KM, eh kitorg nak panjat esok pagi bukan malam ni! itu yang patah balik sebab cuak nanti tak pasal-pasal tukar jadi percutian secara ber camping. 

Selamat sampai ke hotel akhirnya. Alhamdulillah, syukur.


Inilah rupanya hotel yang dicari di tengah malam gelap gulita.
  Sila abaikan model tak berbayar

Selasa, 19 November 2013

Hotel&Hostel @ South Korea

Dapat merasa kehidupan seperti orang nomad selama 12 hari berkelana di bumi Korea. Urusan penginapan dijalankan pada bulan Mei (lepas exam Oral, dapatlah meringankan bebanan Miss K yang keseorangan membuat kajian)

SEORAKSAN

Mount Seorak 
Menginap di Seoraksan Tourist Hotel adalah keputusan yang tepat dibuat disebabkan kedudukan hotel yang sangat bagus. Perhatian! Bilik untuk berlima hanya berada di tingkat lima bangunan hotel yang tidak mempunyai lift ini. Bagus latihan memanjat dimulakan seawal  proses checked in. Bangun pagi buka tingkap terus mengadap bukit dan laluan cable car. Penginapan untuk malam pertama di South Korea.

Harga yang dikenakan untuk seorang bagi bilik berlima ialah W33,000. Booking boleh terus dibuat disini Seoraksan Tourist Hotel.

Total kos penginapan di SEORAKSAN untuk satu malam ialah W33,000

SEOUL 

Hongik/Hongdae - Mapo-gu, Seoul
Hostel yang sangat comel! Space Torra, nama pun cute. Dari Hongik Station, Exit 3. Kalau nak jalan malam-malam ke area happening dkt situ pun dekat je. Kitorg duduk bilik berlima dengan harga W22,400 seorang. 

Booking, kami buat thru booking.com  Space Torra

Namsan Guest House - Jung-gu ,Seoul
Paling ramai orang Malaysia duduk rasanya. Macam biasa booking bilik untuk berlima dengan harga W22,000 kami ditempatkan di Namsan Guest House 4.

Booking and info : NamsanGuestHouse

Bukchonmaru Guest House- Gye-dong, Seoul
Sebab nak merasa duduk rumah tradisional Korea, dapat satu malam pun jadilah. Owner husband and wife yang sangat cute! Lokasi dia berdekatan dengan tempat shooting drama Winter Sonata (walaupun tak tengok cerita ni, masuk jugak lah jenguk nak tengok bangunan sekolah dekat korea kan)

Info dan booking : Bukchonmaru Guest House. Harga seorang untuk bilik berlima ialah W37,800

Dongdaemun Inn - Jung-gu, Seoul
Hari terakhir di South Korea menginap disini. Lokasi ok but bilik kecil sangat. Kitorg ambik 2 bilik, satu bilik berdua, satu bilik bertiga. Again, tingkat paling atas sekali tanpa lift nasib baik 3 tingkat je. 

Info dan booking : Dongdaemun Inn. Harga purata dibahagikan lima org untuk dua bilik ialah W20,000

Total kos penginapan di SEOUL untuk 4 malam ialah W102,200

BUSAN

Popcorn Hostel - Haeundae Beach
Bermalam selama 2 malam disini. Ada banyak cawangan popcorn hostel ni. Hostel ini ada lift sebab counter pendaftaran pun di tingkat 11.

Info dan booking : Popcorn Hostel. Harga seorang untuk bilik berlima satu malam ialah W20,000

Total kos penginapan di BUSAN untuk 2 malam ialah : W40,000

JEJU ISLAND

Byulmaro Pension - Jeju-si
Tempat bermalam hari pertama dan hari terakhir di Jeju. Berdekatan dengan airport. Hari pertama sampai ke sini naik kereta sewa, hari last lepas hantar kawan-kawan dengan semua luggage terus hantar kereta sewa. Then dari tempat kereta sewa berdua naik bas yang disediakan ke airport. Bila dah sampai airport terus pergi dekat information counter minta diorg tuliskan alamat hostel ni dengan no telephone dalam bahasa korea untuk bagi kepada driver taxi. Tambang taxi ke sini dalam W5000 (kot,lupa ingatan dah).

Owner dia adalah nenek yang sangat comel. English dia so-so lah. Tapi yang tak tahan tu bila hari last kitorg dekat sini, boleh dia datang ketuk pintu bilik ajak karoke!Party,party no wine.Cute!


Comel kan nenek ini

Info dan booking : Byulmaro Pension ( Booking.com ) - perhatian dekat booking.com bgtau lokasi dia di Seogwipo City adalah salah ye, lokasi sebenar adalah di Jeju-si ( dekat dengan airport & pelabuhan ). Bilik yang kitorg booking adalah jenis apartment, ada 3 bilik, ruang tamu, ruang makan, dapur tapi satu toilet dengan harga seorang satu malam ialah W20,000

Ilchulbong Hotel - Seogwipo-si
Satu malam dekat sini. Lokasi dia memang jalan kaki je ke Seongsan Ilchulbong. Tingkap pun mengadap Seongsan Ilchulbong. Dekat juga dengan port untuk ke Udo Island.

Info dan booking : Ilchulbong Hotel ( Booking.com ). Harga untuk seorang satu malam bagi bilik berlima W17,400

Namguk Hotel - Seogwipo-si
Lokasi hotel dalam town Seogwipo. Dekat dengan tempat air terjun dan tempat-tempat pengambaran drama (part nih mmg fail lah sbb bukan peminat tegar drama korea)

Info dan booking : Namguk Hotel ( Booking.com ). Harga satu malam untuk seorang bagi bilik berlima W17,400

Total kos penginapan di JEJU ISLAND untuk 4 malam  ialah W74,800

JUMLAH KESELURUHAN KOS PENGINAPAN
Penginapan 11 malam di SEOUL+JEJU ISLAND+BUSAN ialah : W250,000
Tukaran duit W1000 = RM 3.07, jadinya 12 hari kos penginapan total RM767.50

(naik turun tangga panjat bukit bagai selama 12 hari, peha tak jugak jadi kecik mcm diorg gamaknya kena duduk 12 bln kot )

Jumaat, 1 November 2013