Memaparkan catatan dengan label Pisa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pisa. Papar semua catatan
Ahad, 2 Jun 2013
Jumaat, 3 Februari 2012
Pisa
Perjalanan mengambil masa sejam daripada Florence. Seperti biasa terus terkejar-kejar cari pejabat letak beg. Beli tiket bas untuk ke Menara Condong. Sebenarnya jalan kaki dalam setengah jam sampai. Tapi sebab nak cepat naik bas.
Mula-mula nampak menara condong tu, terasa kagum dengan tahap kecondongan. Kuasa Allah. Kalau ikut info yang dibaca, menara ni semakin hari semakin condong. Kalau nak naik menara ni, kena booking awal tiket. Jumlah orang yang dapat panjat menara ni pun dihadkan dalam sehari.
Lepas dah puas ambik gambar. Macam-macam gaya ( wajib buat ). Masa kitorg sampai sini tak de plak guard dia marah pijak2 rumput. Sebab masa cari info pasal Pisa, ada yang cakap tidak boleh pijak rumput.
Macam video daripada Aileen ( Youtube ) : Train yang kitorg naik sama dengan train minah ni naik. Masa kat dalam train ada dua orang pelancong daripada Jepun. Tanya kitorg nak turun dimana kalau nak ke Menara Pisa.
Nasib baik sebelum naik train, kitorg ada tanya pekerja di Station dekat Florence. Ada dua station yang boleh berhenti di Pisa. Paling dekat ialah Pisa S. Rossore. Tapi disebabkan kitorg akan naik train ke Rome dari Pisa Centrale. Jadi kami akan turun disini. Pelancong Jepun tu kami suruh diorg turun station lagi satu. Harap-harap diorg turun ditempat yang betul. Susah jugak nak bgtau info sebab diorg tak pandai cakap English, so tunjuk-tunjuk dekat map je.
Lepas sampai station, solat jamak dibuat didalam ruang menunggu train. Orang tak ramai tapi ada juga la mata-mata yang memandang. Tapi tak de la sampai kena marahkan.
Perjalanan diteruskan ke ROMA.
Info dari train station ke leaning tower :
It’s easy to reach the Leaning Tower from the Pisa train station, either by walking or by taking the bus or a taxi. Bus lines 3 and 4 run from Pisa Centrale, the main station, as does Shuttle Bus A – all of these will drop you near the Tower. Taxis are plentiful as well, and the ride isn’t very long. The buses and taxis are all available across from the train station’s main entrance.
If you’re in the mood for a walk, leave Pisa Centrale’s main entrance and go toward Piazza Vittorio Emanuele. Turn onto Via Crispi and go as far as Ponte Solferino. Cross the bridge and continue until you read Via Roma. Turn onto Via Roma and continue until you reach Piazza dei Miracoli – the home of the Leaning Tower. The walk will take you just under a half-hour.
If you’ve come into Pisa’s San Rossore train station, however, it’s only a five minute walk from where the subway stops. Take the subway from the train station and get out through Piazza Fancelli. Walk to Via Andrea Pisano, turn left and continue until you reach the Piazza dei Miracoli.
Sumber daripada : Italylogue
Rabu, 24 Ogos 2011
Travel Notes part 3
Assalamualaikum,
Mari kita sambung kembali catatan perjalanan. Post yang lepas dah bagi link syarikat penerbangankan, so kali ni punya post nak bagi link syarikat train.
London
Kalau jalan-jalan di London amatlah senang dan mudah kalau beli Oyster Card. Tak payah la nak ambik pass tour mana-mana bus travel. Beli Oyster lagi mudah dan murah.
Kitorg sampai kat Baker Street dari Stansted naik Easybus. Terus beli Oyster Card. Deposit 5 Pounds (pd). Cara nak guna macam touch and go je. Letak kad dekat bendalah kaler kuning tu pintu bukak masuk. Memang mudah.com lah.
Kalau naik tube beli single ticket harganya ialah 4.00 pd ( untuk zon 1-3 )
Oyster satu perjalanan ialah diantara 1.90 pd to 2.50 pd ( zon 1 - 3 )
Haaa murahkan?
Boleh beli dekat kaunter tube or mesin.
Oyster ni cara dia tolak harga setiap perjalanan adalah mengikut masa dan zon. Jadi untuk elak tolak banyak or harga mahal maka elak naik time peak hours. Setiap perjalanan untuk sehari akan dicampurkan tak kira la, naik bus ke naik tube. Kalau kita start journey selepas peak hours dan kita naik turun tube and bus sesuka hati dengan banyaknya dalam zon yang sama maka dia akan cap jumlah kos perjalanan.
Sila lihat contoh di bawah kalau tak paham bahasa eh salah tak paham ayat kat atas :
Macam kitorg duduk dalam zon 2.
Hari pertama mula perjalanan dalam peak hours, naik turun tube and bus memang banyak kali. Oyster hanya akan tolak untuk hari pertama kitorg hanya 8.00 pd sahaja.
Hari kedua kitorg start after peak hours, jalan sampai malam jumlah kos tube and bus hanya 6.60 pd sahaja.
Memang berbaloi. Kalau tak beli juga Oyster ni memang tak tau la nak cakap apa dah. Mungkin cara i tulis tidak meyakinkan korang sila lah buat lawatan ke SINI.
Barcelona
Sekali lagi diingatkan jangan beli mana-mana tour bus. Naik metro dan bus. Senang dan selesa tidak mengelirukan! dan sebenarnya Barcelona ini adalah sangat mudah berjalan sahaja. Serius dan boleh berjalan dengan rasa happy dan senyum.
Kat barcelona ni kitorg beli tiket T-10. Boleh pakai ramai orang dengan guna satu tiket untuk 10 kali perjalanan. Tempoh valid kalau tak silap 1 or 2 months.
Beli dekat mesin. Senang je. Tak perlu pandai bahasa Spain or Catalan. Sebab ada versi English. Tekan bendera British je.
Harga T-10 adalah 8.25 euros (e) untuk 10 kali perjalanan. Kitorg 3 orang berkelana selama 3 hari full di Barcelona beli 2 kali je tiket ni. So kalau sorang perjalanan untuk di Barcelona kira sendiri lah. Malas.
Harga T-10 ni pun ikut zon juga. Tapi jangan risau semua benda-benda menarik memang dalam zon 1. Oleh itu carilah hotel dalam zon 1 walaupun harga hotel mahal. Bab hotel nanti i story lain post.
Kalau tidak meyakinkan juga ayat diatas ini, sila click SINI.
Venice
Kau gila nak naik bas,tube,metro bagai. Jalan kaki je lah. Sekian.
Tapi kalau memang tahap sayang lemak yang dah berkumpul boleh la naik vaporetto. Sebab kitorg memang jalan kaki kalau nak tau lebih pasal water bus Venice pergi Sini dengan pesanan jalan kaki je!
Florence
Tolong jalan kaki dibandar ini!
Pisa
Ini pun dari Station Pisa Centrale jalan kaki dalam setengah jam sampai la Menara Pisa. Tapi! Kitorg naik bus sebab nak kejar train ke Rom. Hanya ada 3-4 jam sahaja kat Pisa.
Beli tiket bus return dalam 2.00 e jek. ( kalau tak silap la )
Rom
Bandar Rom ini jalan kaki pun menarik. Metro Rom agak scary and mmg penuh memanjang. Mungkin sebab masa pergi tu Summer so mmg ramai la pelancong kat Rom. Tapi senang je nak faham line metro dia sebab ada dua line je, Line A dan B.
Beli tiket kat mesin, perjalanan untuk satu hari 4 euro. naik la berapa banyak kali pun. Pope tak kisah!
Sebelum itu disini ada beberapa pesanan :
Sila cari mesin kecik kaler kuning untuk cop kan tiket train yang anda dah beli di Italy. Sebab kalau tak cop main naik je, nnt ada org check haruslah bayar denda.
Kitorg gerak diantara city to city guna train laju. Silalah tengok kat SINI.
Manchester/Nottinghams/Leicestershire
Kitorg sewa kereta.
p/s : kalau korang ada benda nak tanya, boleh la isi pertanyaan dengan pergi ke bahagian kanan atas dekat perkataan Any Question Ask Me. kalau ada masa i akan balas. Kalau nak urgent punya reply bgtau lah ye.
Selamat Hari Raya !
Khamis, 4 Ogos 2011
Travel Notes
Assalamualaikum,
ITALY | Milan - Venice - Florence - Pisa - Rome
3 Julai 2011
United Kingdom | Loughborough - Manchester - Lake District - Loughborough
Happy Fasting and Ramadhan Mubarak
Sebab terlalu ramai yang inbox di FB dan email maka dengan ini secara ringkas catatan perjalanan semasa berkelana di bumi Allah sekitar Europe pada Jun - Julai 2011 :
26 Jun 2011
Bertolak dari Kuala Lumpur - 3.00 petang
Sampai di Stensted Airport - 9.45 malam
27 Jun 2011
London
28 Jun2011
London
29 Jun 2011
London
Petang bertolak ke Barcelona : Easyjet
Sampai Barcelona Malam
SPAIN | Barcelona
SPAIN | Barcelona
30 Jun 2011
Barcelona
1 Julai 2011
Barcelona
2 Julai 2011
Barcelona
Malam bertolak ke Milan : Easyjet
Sampai Milan
ITALY | Milan - Venice - Florence - Pisa - Rome
3 Julai 2011
Pagi bertolak ke Venice : Trenitalia
4 Julai 2011
Bergerak ke Florence ( Lunch ) : Trenitalia
Pisa ( Tea Time ) : Trenitalia
Rom ( Supper ) : Trenitalia
5 Julai 2011
Roma
6 Julai 2011
Roma
Malam bertolak ke London : Easyjet
United Kingdom | Loughborough - Manchester - Lake District - Loughborough
7 Julai 2011
London to Loughborough : EastMidlands Train
8 Julai 2011
Manchester : Kereta
9 Julai 2011
Lake District : Kereta
10 Julai 2011
Nottingham / Loughbrough : Kereta
11 Julai 2011
Flight to Kuala Lumpur jam 5.25 petang
12 Julai 2011
Selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam 1.25 petang







