Saturday | 3 May 2014
Day 8 : Leuven ---> Grand Beguinage
Grand Beguinage atau dalam bahasa Dutch dikenali sebagai Groot Begijnhof. Kawasan ini merupakan kawasan untuk Beguines dimana seakan-akan seperti Convent tapi mereka yang memilih untuk tinggal disini bukan lah nun dan mereka tidak tertakluk kepada angkat sumpah sebagai nun yang tidak boleh berkahwin. Mereka juga bebas untuk pindah keluar dari tempat ini bila-bila masa sahaja dan berkahwin seperti orang biasa. Namun kini, kawasan ini adalah hak milik pihak university dan telah dijadikan sebagai kediaman pelajar dan juga rumah tumpangan bagi pelawat university.Ha, gitew sejarah tempat ini. Kalau nak tahu dengan lebih detail sila lah klik pada link yang telah disediakan.
Perjalanan daripada Leuven Station ke sini tidak lah terasa jauh disebabkan kami singah dibeberapa tempat yang lain sebelum sampai ke sini. Kawasan ini berada dalam satu kawasan yang bertembok. Kenderaan yang dibenarkan masuk hanyalah basikal. Agak menggagau juga kami mencari tempat ini, akhirnya berjaya jumpa tapi melalui pintu belakang bukan dari main gate. Main gate menjadi laluan keluar kami daripada kawasan yang tenang ini.
Apa yang menarik ialah kawasan ini seolah seperti bandar kecil yang tersendiri. Sepanjang kami menjelajah bandar kecil ini, sesekali terserempak dengan beberapa tourist. Kadang-kadang laluan sunyi sepi hanya kedengaran bunyi burung atau bungi sungai Dyle yang mengalir melalui bandar ini. Aman damai rasanya hati.
Papan tanda yang berjaya dijumpa sebelum memasuki kawasan ini. Info tidak boleh difahami kerana English tidak disertakan bersama. So sad!


