Memaparkan catatan dengan label Singapore. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Singapore. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2015

Singapore 2014 : Henderson Waves

Assalamualaikum and Hellloooo!

Misi kami sebelum sampai ke sini adalah untuk melihat pemandangan senja dan malam dikawasan ini. Tapi apakan daya hujan rahmat turun membasahi bumi Temasik ini setiap petang sepanjang kami disana. Jadinya plan dipinda ke sebelah pagi.

Mula tengok tempat ini lepas sepupu di sana buat outdoor shooting dekat sini lima (5) tahun lepas. Punya lah lama berangan nak kesini, 2014 baru ada rezeki nak jejak. Sedikit info berkaitan tempat ini:

Henderson Waves  is a 274-metre (899 ft) long pedestrian bridge. At 36 metres (118 ft) above Henderson Road, it is the highest pedestrian bridge in Singapore. It connects Mount Faber Park and Telok Blangah Hill Park. It was designed by IJP Corporation, London, and RSP Architects Planners and Engineers (PTE) ltd Singapore.

The bridge has a wave-form made up of seven undulating curved steel ribs that alternately rise over and under its deck. The curved ribs form alcoves that function as shelters with seats within. Slats of yellow balau wood, an all-weather timber found in Southeast Asia, are used in the decking. The wave-forms are lit with LED lamps at night from 7pm to 2am daily.

Copy Paste je daripada Wikipedia.

Jom lah kita layan gambar

 Sedikit pendakian diperlukan untuk sampai

 Sudah semakin menghampiri tempat tujuan

 Sampai sudah!

Jenuh juga nak tunggu tiada kelibat manusia dekat sini

 Kita suruh Ms N posing #sibukbetulpaipairitu

Smart design tempat duduk dekat kawasan ni

Kalau ada banyak masa, dekat kawasan ini ada lagi tempat sekitar yang menarik

 Hasil tuaian pertama, terpaksa beli sebab kasut dah basah lencun semalam. Slipper lelaki pun slipper lelaki lah, #dilemakakibesar

Ahad, 19 April 2015

Singapore 2014 : Marina Barrage

Assalamualaikum and Hello semua!

Cerita percutian hujung tahun di kampung halaman Abah aka Singapore (dah masuk April 2015, baru nak update..parah betul)

Satu perkara yang saya dapat perhatikan sepanjang mendapat peluang berkunjung ke negara luar (selain daripada membaca buku architecture) di negara yang tidak mempunyai keluasan tanah yang banyak antaranya seperti Jepun, Singapura dan The Netherlands pemikiran kreatif dalam diri perekabentuk mereka adalah lebih tinggi dan lebih menarik. 

Ok mungkin juga sesetengah arkitek itu bukan berasal daripada arkitek tempatan, tapi projek-projek yang dihasilkan di negara-negara seperti itu memang sangat menarik dan memerlukan idea pemikiran yang lebih kreatif berbanding projek yang disediakan tanah lapang yang luas. Biasalah, bila perlu berkarya secara limit ni, perlulah kerahan fikiran yang lebih menarik.

Salah satu tarikan yang berjaya dijelajah pada tahun lepas ialah Marina Barrage. Walaupun tempat ini telah mula dibuka kepada orang ramai pada tahun 2008, tapi tahun 2014 baru ada rezeki jejakkan kaki ke sini.

Marina Barrage ini berfungsi sebagai pusat simpanan air, pusat kawalan banjir dan juga salah sebuah taman rekreasi awam yang sangat menarik kerana kedudukan tempat ini membolehkan kita melihat skyline kota Singapura daripada arah selat Singapura sambil bermain layang-layang atau berpicnic bersama kawan-kawan dan keluarga. 


Agak malang kerana kami lupa membawa bekalan makanan semasa ke sini. Kalau tidak, boleh join rakyat Singapura yang sedang berpicnic disini. Tapi jangan risau, disini ada sebuah restaurant halal dekat sini. Jadinya, kalau nak makan disini pun mudah untuk Muslim. 

Perjalanan kami ke sini bermula di Marina Bay Station. Menaiki bus no.400 dan berhenti di tempat terakhir sekali iaitu selepas perhentian bus Gardens by The Bay. Jom kita layan gambar kenangan kami semasa disini.

Bahagian bawah, sebelah kiri ada kedai jual layang-layang dengan souvenir, sebelah kanan ada restaurant dengan toilet
 
 Keluar ke kawasan lapang, sebelah kanan itu adalah pump house

Loving the vertical landscape 

Jom kita naik ke atas

Ramai juga rakyat tempatan berbasikal dikawasan ini

 Pemandangan sebelah kiri, masa ini cuaca masih cerah tapi awam gelap sudah kelihatan dari jauh

 Hijau betul rumput

 Remaja Singapura yang sedang berpicnic sambut birthday

 Dari sini kita dapat la lihat skyline negara jiran

 Ahli jemaah kali ini..rintik hujan mula turun

Ini pula pemandangan ke selat Singapura

Selepas melawat Marina Barrage ini kami jalan kaki ke Gardens by The Bay. Sampai je dekat situ hujan turun dengan lebatnya. Nasib baik sempat sampai, kalau tidak harus bermandikan hujan kami petang itu.

Khamis, 15 Januari 2015

Thursday Tips : Hostel Lah @ Singapore

Assalamualaikum and Hello.

Hari ini saya akan review penginapan selama tiga malam di Hostel Lah, Singapore. Seperti biasa sebelum memulakan aktiviti booking hotel/hostel website yang wajib saya buka ialah booking.com, agoda.com dan juga airbnb.com

Hajat dihati untuk membuat tempahan melalui airbnb tapi tidak berjaya jumpa penginapan yang murah serta berbaloi (baca : #cheapskatesejati). Akhirnya sepakat membuat tempahan melalui booking.com kerana harga-harga yang ditawarkan lebih murah. 

Tips : Walaupun booking.com menawarkan harga murah, sebelum membuat tempahan adalah molek kiranya kita melayari juga laman web hotel/hostel yang bakal ditempah. Ini adalah kerana, kadang-kadang harga diskaun yang ditawarkan dilaman web mereka lebih murah dengan diskaun yang dibuat di booking.com. Alhamdulillah kami berjaya mendapat hostel yang menepati budget dan tempahan dibuat melalui laman web hostel itu sendiri.


Gambar luar hostel. Begitu mendung skali cuaca.

Hostel ini mempunyai beberapa bilik dengan kapasiti setiap bilik adalah berbeza. Boleh tempah Family Room (4 orang, 6 orang atau 8 orang) atau tempah untuk satu katil untuk bilik-bilik tersebut. Disebabkan ahli kumpulan ada 4 orang, jadi kami tempah family room. 

Inilah email yang anda akan terima selepas berjaya membuat tempahan.

Hi Hidayah,

Thank you for your interest in our hostel!

We are pleased to inform you that we have the bed(s) available on the dates you've inquired.

Please check below for your reservation details: 
Check-in date                 
:
 25/12/2014
Check-out date               
:
 28/12/2014
Number of nights           
:
 3
Type of room                  
:
 4 Bed Family Room
No. of beds                      
:
 4



Total cost = $ 120 x 3 + $20 (Christmas day surcharge)                       = $ 380.00
10% deposit to be collected                                                                     = $ 38.00
Outstanding amount to be paid in cash upon check-in                           = $ 342.00
All prices are quoted in Singapore Currency.

Lokasi

Lokasi Hostel yang terletak di Lavender Street

Gambar diatas menunjukkan lokasi hostel. Kedudukan yang sangat best, sebabnya depan hostel ada bus stop. Boleh naik bus no.145 atau no.133 untuk sampai ke kawasan bandar. Kalau nak pergi Vivo City pun boleh naik bus no.145. Mudah dan senang. Mustafa Centre yang buka 24jam boleh jalan kaki je daripada hostel.

Kalau daripada Airport pun boleh terus turun dekat Lavender je, jalan kaki 8 or 10 minit sampai. Keluar daripada MRT station ambik ke arah V Hotel Lavender. Dekat kawasan station ni pun ada banyak kedai. 7e pun ada. Kalau dah malas nak cari makanan halal, boleh terus singgah Wendy or Burger King.

Kemudahan

Bilik mandi dan toilet adalah secara gunasama dan tidak ada yang private. Setiap floor (hostel ini dua tingkat) ada 2 bilik mandi dan satu tandas. Kawasan dapur dan ruang breakfast berada di tingkat satu, sama level dengan admin hostel. Ada disediakan mesin basuh dan dryer. Iron juga ada disediakan serta wifi yang super laju. Memang sangat puas hati. Aircond akan di On kan dari pukul 8.00 mlm hingga 8.00 pagi je. Waktu siang pakai kipas. Masa lawatan kami tempoh hari musim hujan, plus siang hari bukan ada dalam bilik pun, jadi tidak menjadi masalah. Owh, kalau anda sampai awal, anda juga dibenarkan meninggalkan beg anda dikawasan admin hostel dulu secara percuma.

Breakfast disediakan oleh pihak hostel dari jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 pagi. Roti dan sapuan kaya/jem sahaja yang disediakan, kena bakar sendiri dan makan lah berapa keping korang nak makan. Tapi korang boleh je beli cereal or susu letak dalam fridge yang disediakan. Atau beli makanan luar dan panaskan. Air kopi/teh boleh bancuh 24jam. Air masak pun senang je, sentiasa ada. Jangan lupa bawak bekas air. Sebelum keluar berjalan, boleh isi dulu, again #cheapskatesejati. 

Penambahbaikan

Satu sahaja yang kami rasa perlu diupgrade oleh tuan hostel, iaitu cermin perlu diletakkan disetiap bilik. Kalau nak lagi menarik full height mirror. Senang sikit akak nak bersiap-siap pakai tudung dalam bilik. Ini kena pakai dulu tanpa lihat cermin, pergi tandas betulkan mana yang senget. Nasib baik akak tak pandai nak makeup macam che ta. Mau senget bulu mata nnt.

Kalau sampai lagi ke Singapura, hostel ini mungkin akan menjadi pilihan hati lagi (kalau bukan atas urusan keluarga lah). Banyak bangunan yang perlu diterjah lagi sebab hari tu tidak sempat nak cover semua sebab hujan.

Ahad, 20 Mac 2011

Driving to Resorts World Sentosa Singapore

Directions from the Woodlands Checkpoint :
( Journey takes approximately 30 mins )

1/ Exit woodlands Checkpoint and take BKE ( Towards City )
2/ Exit onto PIE ( Towards Tuas )
3/ Take Exit 27 onto AYE ( Towards City ), then take Exit 3 onto Lower Delta Road
4/ Turn right at Telok Blangah Road, then turn left onto Sentosa Gateway
5/ Keep left and enter the Resorts World Sentosa carpark

Directions from the Tuas Checkpoint
( Journey takes approximately 30 mins )

1/ Exit Tuas Checkpoint ( also known as the Second Link ) and take AYE ( Towards City )
2/ Take Exit 3 onto Lower Delta Road
3/ Turn right at Telok Blangah Road, then turn left onto Sentosa Gateway
4/ Keep left and enter the Resorts World Sentosa carpark

Entering Resorts World Sentosa

Only the car park charges will apply if entering via Resorts Sentosa B1 carpark. An additional Sentosa Island admission fee will apply if entering via the Sentosa ganty.

Khamis, 24 Februari 2011

Berkereta di Singapura

Sebelum masuk ke Singapura anda perlulah :

Untuk Pertama Kali :
Belilah kad Autopass dengan harga S$ 10 di pejabat Land Transport Authority (LTA) selepas pusat imigresen. Sila pastikan anda membawa : kad pendaftaran kereta, sijil insurans dan pelekat cukai jalan untuk mendapatkan kad Autopass anda.

Untuk Kedua Kali @ berikutnya, dengan menggunakan kenderaan yang sama; anda harus masukkan kad Autopass ke dalam slot pembaca kad di pusat pemeriksaan imigresen.

Sebelum Memandu Keluar dari Singapura :
sila tambah nilai Kad Autopass dan pastikan kredit anda mencukupi. Masukkan kad Autopass ke dalam slot pembaca kad di pusat imigresen dan semua bayaran yang dikenakan selama anda berada di sana akan ditolak secara automatik.

Berapakah bayarannya?

Sebelum keluar,anda perlu menjelaskan 3 jenis bayaran :

1/ Bayaran ' Vehicle Entry Permit' (VEP) sebanyak S$20 utk kereta dan S$4 utk motosikal setiap hari dari hari Isnin sehingga Jumaat sebelum jam 5 ptg. Tiada bayaran dikenakan pada hujung minggu,pada hari cuti umum Singapura dan pada hari-hari biasa dari jam 5 ptg sehingga jam 2 pagi. Bayaran VEP juga dikecualikan antara jam 12 tgh hari hingga jam 2 pagi pada hari-hari biasa di musin cuti sekolah Singapura iaitu pada bulan Jun dan Disember. Warganegara Malaysia juga boleh menikmati VEP-pandu percuma selama 10 hari setahun. Maklumat lanjut sila layari www.lta.gov.sg

2/ 'Electronic Road Pricing' (ERP) harus dibayar bila memandu di atas jalanraya atau lebuh raya yang dikawal oleh skim ERP. Kadar bayaran ialah S$5 sehari.

3/ Bayaran tol akan dikenakan bila keluar sama ada melalui Woodlands Causeway (masuk percuma, Bayaran keluar S$10 ) atau laluan kedua Tuas (S$3.70 untuk kedua-dua belah). Untuk maklumat lanjut berhubung bayaran terkini boleh layari web diatas.

Anda boleh tabah nilai Autopass di Singpura :

1/ Mesin ATM ( OCBC,DBS,POSBank) yg memaparkan tanda Autopass Card Topup
2/ semua kedai 7-e
3/ stesen miyak terpilih
4/ kedai serbaguna terpilih
5/ gerai-gerai tambah nilai Autopass ( Woodlands Centre Road, Turf club Avenue dan Jalan Ibrahim, berdekatan dengan Tuas West Drive)

Sekiranya anda memanglah seorang pelupa untuk tambah nilai Autopass anda, maka :
Sila ke pejabat VEP/Tol di pusat pemeriksaan dan bayar yuran VEP/ERP dan bayaran tol secara tunai @ Visa/Mastercard. Sebab anda pelupa anda dikenakan bayaran pentadbiran iaitu sebanyak S$10.

card Autopass boleh digunakan untuk membayar caj tempat letak kereta.

ok, kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut semasa sudah berada di Singapura nanti, anda bolehlah hubungi 1800 736 20000 (24jam) tapi kalau call dari Malaysia,mmg tak dapat nak tolonglah, hanya semasa berada disana sahaja ya.

Sekian, terima kasih.

p/s : nanti akan di update pasal laluan jalanraya ke USS.

Sabtu, 12 Februari 2011

Singapore

Negara kedua bagi diri sendiri, kerana kaum kerabat abah adalah berasal daripada tanah Temasik ini ( ok,berdarah Jawa dan Bugis, well kitakan Kepulauan Melayu ). Cerita berhubung asal keturunan akan berhenti disini kerana perkara yang akan difokuskan ialah pengalaman bercuti dan juga info-info pasal negara Singapore.


Aktiviti berkunjung ke Singapore lebih rancak dilakukan sejak belajar di Sekolah Senibina di UTM Skudai. Hampir setiap semester perlu adakan lawatan ke sana dengan alasan - eh ada bangunan baru siap di sana,mari kawan-kawan kita ke sana dan dijawab dengan - MARI!


Semasa bergelar pelajar, kami akan menuju ke Pasar Larkin dan park kereta di sana. Beli makanan seperti air,roti,coklat dan roti lagi sebagai bekalan makanan di sana nanti. Nama pun student jadi poket pun poket student la. Pertukaran wang adalah dinasihatkan dilakukan di Malaysia, mudah dan senang pun. Di Pasar Larkin pun ada.


Pengangkutan :


1. Boleh ambik bas Cosway ( kaler kuning ) ada 2 bas tapi tak ingatla pulak Cosway no. 1 ke no.2 tapi ambik yang ada tulis Kranji. Harga tambang RM 2.00. Sila simpan tiket ini kerana akan digunakan untuk tujuan pengesahan selepas melalui proses cop2 passport dan kastam.


2. Setelah menyeberangi Tambak Johor, perlu turun dari bas dan masuk ke Terminal Emigration untuk urusan seperti biasalah. Perlu mengisi borang warna putih sebelum ke kaunter. Borang tu ada disediakan di sini. Setelah dicop sila simpan borang ini dengan selamat agar tidak mengusahkan diri untuk pulang nanti.


3. Turun dan tunggu bas di laluan yang telah disediakan dibahagian bawah. Sila pastikan anda mengikut laluan bas yang betul. Sila rujuk papan tanda di laluan bas itu. Sebelum naik bas tunjukkan tiket bas tadi kepada pemandu bas or pekerja ditepi bas.


4. Sampai ke Kranji Station, turun ( first stop ). Dari sini boleh terus ke kaunter untuk beli tiket EZ Link. Minimum $10 dollar Singapore ( $ SD ). Kad ini sangat bagus kerana boleh guna untuk MRT dan juga bas. Boleh rujuk disini ye. Kad ini boleh simpan atau boleh refund masa nak pulang nanti.


5. Dari Kranji, anda boleh pilih mahu kemana. MRT system sangat bagus ye. Tak perlu pening kepala, pilih saja destinasi anda.


Destinasi Pilihan


1. Orchard Road


Jalan-jalan cari pasal nak habiskan duit,inilah kawasan anda. Sepanjang-panjang jalan terdapat bermacam-macam gedung membeli belah. Pilih yang mana suka. Boleh rujuk disini. Lagi satu, hanya ada satu Masjid sahaja di kawasan ini, pusat membeli belah dia tiada disediakan surau ye,harap maklum. Masjid Al-falah. Terletak di Jalan Bideford dipersimpangan Takshimaya,Paragon dan Hotel Grand Park Orchard.


2. Pulau Sentosa


Perlu menaiki MRT ke Vivo City terlebih dahulu. Vivo City nih salah satu pusat membeli belah yang besar di tepi laut bersebelahan dengan Pulau Sentosa. Dari Vivo city ini anda boleh ke tingkat atas dimana terletaknya tiket untuk memasuki Pulau Sentosa. Ada banyak cari ke sana. Boleh naik bas $SD 2.00 berhenti terus di Universal Studio Singapore ( USS )-bas akan berhenti dibahagian pintu masuk ke kasino. Ada tangga-tangga menuju ke atas.


Ok, kalau nak ke Pulau Sentosa ini, rasanya 2 hari just nice. Satu hari di USS dan satu hari pusing Pulau Sentosa. Ini info pasal USS dan Pulau Sentosa.


3. Esplanade


Kalau mahu kesini boleh, dari kranji boleh turun ke City Hall. Kat sini ada bangunan yang macam durian-ke-tp-macam-mata lalat-pun-ye jugak. Pastu ada Patung kepala Singa badan ikan mulut keluar air tu. Kalau nak buat town trail area sini pun menarik, boleh terus jalan ke Clarke Quay.


Kesimpulan :


Kalau bercuti ke Singapore masa belajar selalu habiskan seharian disana. Ambik bas yang paling last untuk ke Tambak Johor. Boleh main macam Amazing Race kalau mahu. Mmg best!hahaha. Kalau nak bermalam disana pun ok,tp saya hanya pernah bermalam di rumah saudara mara sahaja. Nnt kalau ada pengalaman beradu di Hotel akan diceritakan kemudian.


Harap-harap rajin nak update post bergambar nanti.


p/s : owh tahun ini mungkin akan kesana dan destinasi kali ini adalah Arab Street.