Memaparkan catatan dengan label Kandalama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kandalama. Papar semua catatan

Jumaat, 14 November 2014

Hello Ceylon : Heritance Kandalama Hotel by Geoffrey Bawa

Monday | 20 Oct 2014

Day 2 : Heritance Kandalama Hotel

Alhamdulillah tercapai hajat juga hendak melihat dengan mata sendiri sebuah hasil rekabentuk Bawa. Sebelum dilanjutkan cerita berkaitan dengan bangunan ini, adalah molek kiranya saya ceritakan sedikit latar belakang siapa sebenarnya empunya diri Geoffrey Bawa ini.

Geoffrey Bawa :
Dilahirkan dalam sebuah keluarga kaya pada tahun 1919. Merupakan anak kedua kepada seorang peguam, Benjamin Bawa (menurut artikel yang kami perolehi, bapanya beragama Islam) dan Bertha Marion Schrader, seorang Burgher.

Mendapat pendidikan awal sehingga menjadi seorang peguam pada tahun 1946 dari London. Disebabkan dia merasakan peguam bukanlah kerjaya yang sesuai dengan jiwa,maka bermula percutian pengembaraan beliau. Semasa di Italy disebuah kawasan yang diberi nama Lake Garda, beliau begitu telah jatuh cinta dengan keadaan di situ. Selepas pulang ke Sri Lanka beliau membeli sebuah ladang getah berdekatan dengan Bentota. Dengan bantuan serta nasihat daripada abangnya, Bevis Bawa (arkitek landskap) berusaha untuk membangunkan ladang tersebut dengan menjadikan Lake Garda sebagai sumber inspirasi.Ladang getah ini telah bertukar menjadi sebuah kawasan yang cantik yang dikenali sebagai Lunugangga.

Semasa kerja-kerja di ladang getah ini sedang berjalan, muncul minat mendalam beliau terhadap senibina. Pada tahun 1953, beliau kembali ke London untuk menjadi pelajar di Architectural Association (AA School of Architecture) pada usia 34 tahun. Pulang semula ke Sri Lanka pada tahun 1957 sebagai seorang Architect.(ye kawan-kawan diluar sana, kalau rasa kerja anda tidak kena dengan jiwa, kita masih mampu untuk mengubah keadaan tersebut. Dimana ada kemahuan,disitu ada jalan, gitew!). Sekian latar belakang seorang lelaki yang bernama Geoffrey Bawa.

Apa yang membuatkan saya kagum dengan beliau adalah idea beliau terhadap ruang dalam dan luar. Bagaimana disekalikan tanpa ada rasa perbezaan dan keindahan sentuhan senibina landskap serta sudah pasti konsep vernacular architecture yang berjaya dihasilkan. 

Mari bersama untuk melihat hasil rekabentuk bangunan pertama yang berjaya kami jejaki ini.

Pemandangan dari lobby hotel. Kami disapa penuh mesra oleh penyambut tetamu. Walaupun bukan untuk menginap di hotel ini, layanan yang diberikan memang tip top. Siap ada penerangan tentang kawasan hotel lagi.

Kerusi yang juga direkabentuk oleh Geoffrey Bawa di kawasan ruang legar lobby

Bangunan hotel yang berada dicelah-celah kehijauan

Salah satu kolam daripada tiga kolam yang terdapat di hotel ini. Memang terasa seperti mahu terjun je sambil berendam dapat menikmati keindahan kawasan tasik

Atas bumbung juga dijadikan taman. Sangat camouflage bangunan hotel ini 

Mari kita naik ke bahagian atas

Pemandangan kolam dari bahagian atas. Kawasan atas ini siap ada teropong untuk lihat kawasan tasik

Memang terasa seperti sedang mendaki bukit sebab kawasan ini hanya menggunakan natural slope sebagai laluan tangga

Kiri kanan atas bawah penuh dengan kehijauan

Bahagian tepi hotel terdapat bukit bukau saujana mata memandang

Dari hotel ini kita juga dapat lihat Sigiriya nun di sana

Kolam kedua yang terdapat dibahagian atas ini lebih luas dan dasar kolam sebahagianya masih terdapat batu besar yang dikekalkan

Penggunaan warna hitam,putih pada bangunan sangat sinonim dengan Bawa

Suka dengan pokok-pokok yang terjuntai kebawah!..jom kita masuk dalam hotel balik.

View diambil dari dalam bangunan. Seperti tiada kaca!

Kemudian kami ke kawasan dibahagian kanan hotel yang menempatkan bangunan cafe,restaurant dan spa

Rekabentuk tangga yang simple. Tengok lah railing tangga dia, sungguh minimal design. Sempat Miss N ambik feel menghayati alam dekat kerusi meja itu!

Turun ke bawah terus menuju ke kawasan ini

Sangat kagum dengan idea beliau untuk menyembunyikan bangunan kerana dia tidak suka bangunan ini menonjol 'over' daripada landskap asal 

Skala manusia dengan saiz bangunan, tapi tidak terasa ketika disana disebabkan seperti berada disebuah kawasan taman berbukit. Banyak tupai yang gemok-gemok berkeliaran. Boleh main kejar-kejar.


Batu-batu asal yang tidak dipindahkan dari tempat asal. Simplekan railing dia.

Lepas penat kami singgah sini sekejap berehat. Kalau diperhatikan setiap kaca yang besar akan ditampal dengan gambar burung hantu. Bila kami tanya kepada pekerja yang lalu disini, dia cakap burung selalu langgar sebab tidak perasan ada kaca. Kesian burung, burung tidak bersalah.

Memang kami buat seperti rumah sendiri kerana tiada staff hotel yang mengikuti kami membuat lawatan ini. Suka hati korg lah nak pergi mana, cuma jangan lah masuk kawasan yang dilarang khas utk pekerja/private area. Sendiri mau ingat lah. Nampak dihujung kiri kelihatan batu-batu yang dikekalkan. Ada pula minah sorang nih dok pose. maafkan lah dia.

Kalau railing simple tadi, haa ini pula lagi senang design. Kasi concrete saja. Tapi smart sebab kaler putih dan cantik elok dijaga.

Kawasan lobby juga terdapat batu besar yang dikekalkan

Setelah 3 jam kami menjelajah dan lepak di bahagian cafe sambil minum, perjalanan pulang semula ke Kandy pun bermula. Misi adalah perlu sampai ke Kandy sebelum jam 5 petang sebab ada pertunjukan tarian tradisional yang driver beria suruh kami tengok. Layankan aje. Tapi selepas tarian tersebut, kami ada misi yang lebih penting untuk memastikan aktiviti esok dapat berjalan sebagaimana plan asal. Memang drama habis.

Inilah aktiviti kami sambil minum,sambil buat sketch, mmg seperti lawatan sambil belajar zaman Uni.


Selasa, 11 November 2014

Hello Ceylon : Morning Walk Around The Lake

Day 2 | Monday | 20 Oct 2014

Day 2 : Kandy - Dambulla - Kandalama

Assalamualaikum semua!

Hari kedua kami mulakan dengan aktiviti seawal jam 6.30 pagi. Semalam janji dengan driver jam 8.00 pagi dekat hotel. Tapi perasaan untuk berjalan sekeliling tasik diwaktu pagi lebih teruja, maka kami sms driver bgtau ambik kami jam 8.00 pagi dekat tempat dia drop petang smlm. Sebab lepas jalan kaki mahu terus breakfast dekat hotel semalam. 

Budak sekolah sedang tunggu bus. Waktu ini lebih kurang jam 6.40 pagi. Sudah meriah suasana pagi di Kandy

Kandy Lake ini merupakan tasik buatan manusia yang dibina pada tahun 1807 oleh King Sri Vikrama Rajasinha of Kandy

Sungguh indah perasaan bila dapat berjalan-jalan di waktu pagi yang cerah

Walaupun jalan agak sibuk dengan kenderaan, tapi pemandangan lebih tertumpu ke arah tasik

Pokok-pokok disekitar tasik juga besar dan mungkin seusia dengan tasik ini

Ditengah tasik ini, Summer Palace, dan hujung sana itulah Temple Of Tooth yang dahulunya merupakan bangunan di dalam kompleks istana bagi kerajaan Kandy

Tembok yang mengelilingi tasik ini, atau dalam bahasa tempatan dikenali sebagai Walakulu Wall

Ini pula bangunan dibahagian tepi jalan. Tidak dapat dipastikan bangunan apa,tapi sebab cantik kena ambil gambar masuk dalam blog

Sepanjang pemerhatian kami, ramai ayah atau atuk yang menghantar anak-anak/cucu-cucu ke sekolah dengan berjalan kaki. Ada yang berhenti makan sarapan ditepi tasik. Ramai juga yang berjogging disini. Paling best kami dapat berjumpa dengan beberapa pasangan pengantin yang sedang membuat outdoor photo shoot. Sempat la juga mengambil gambar kenangan bersama mereka.

Pengantin Perempuan dengan kawan-kawan. Moon maaf kami sudah lupa siapa yang berkahwin sebab baju sama. Kalau tidak silap yang no.2 dari kiri.

Pengantin lelaki (kalau tidak silap juga) yang paling kanan

Habis sudah berjalan ditepi tasik, mari kita lintas jalan untuk makan sarapan

Banyak bangunan disini yang mempunyai tanda sebegini rupa

Sumpah sedap sangat kari, dhal dan roti canai ini!

Semasa kami sedang mengunggu driver datang, Miss A duduk dan sketch Pak Cik ini bersama tuk-tuk miliknya. Macam tahu sedang dilakar, dia duduk posing macam ini gaya sampai lah Miss A habis lukis. Habis je lukis, dia terus datang nak tengok. Kan cakap dia mmg tahu! Dia sudah datang ke Malaysia sebanyak dua kali. Kali pertama 15 tahun dahulu. Owh orang Sri Lanka memang sangat peramah sehingga satu tahap cuba elakkan diri untuk berbual. Hiks

Ayuh kita mulakan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk hari kedua ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk sampai ke Dambulla.

Sepanjang perjalanan ke Dambulla, kiri kanan jalan merupakan kawasan perkampungan. Bersih je kawasan halaman rumah diorg ni, memang kagum sebab sangat kontra dengan jiran sebelah mereka (berdasarkan pengalaman Miss A yang pernah ke sana)

Kami berbual-bual dengan Mr Ruwan berhubung sejarah agama Buddha. Banyak persoalan yang kami tanya hingga dia pun pening nak jawab. Last skali dia cakap, dia bukan pengganut Buddha yang baik sebab tidak mengamalkan lima prinsip asas agama Buddha. Kami pun ada juga bercerita kepada dia perihal agama Islam. Yelah, sebab perbalahan agama masih berlaku disini dan mungkin pemahaman orang luar yang berada didalam agama lain berbeza dengan apa yang sedang mereka alami dan lihat di TV. Kami bercerita juga perihal perbezaan antara agama yahudi, kristian dan islam.

Banyak juga persoalan yang kami tinggalkan kepada dia untuk difikirkan. Perbualan ini diteruskan sehingga kami sampai ke pekan Dambulla, tapi diselang seli dengan info berhubung kawasan yang kami lalui oleh Mr Ruwan. Dia pula yang akan cakap, ok continue please lepas dia terangkan info,hehehe. 

Dambulla ini merupakan salah satu kota warisan bagi negeri Sri Lanka. Yang paling terkenal ialah Sigiriya. Maaf kerana tiada info lebih lanjut berhubung tempat-tempat disekitar ini kerana kami memang fokus kepada objektif menjejak Bawa. Nasib baik Mr Ruwan tak paksa kami pergi kesana. Kalau tak mmg lari lah plan asal kami. (pernah terbaca info dlm blog ada yg kena ikut itinerary driver, nasib kami dpt driver yang ikut je plan kami. Sampai dia pening kepala nak tunaikan misi kami)

Tempat tujuan kami adalah satu kampung yang dikenali sebagai Kandalama. Teruja kami bila sudah mula memasuki kawasan kampung ini. Kiri kanan jalan masih menunjukkan kehijauan yang masih terpelihara dengan baik. Banyak jenis binatang kami jumpa. Kerbau, lembu, burung merak dan pelbagai jenis burung yang bebas liar dihabitat asal.

Hello moo moo

Sebelum sampai ke destinasi kami, driver singgah dulu disini. Ini merupakan pusat kitar semula yang dibina oleh pihak hotel. Semua sisa-sisa buangan hotel akan dikitar semula. Kagum sebentar!

Dinding bangsal ini juga menggunakan tembikar yang lama disusun menjadi sebegini rupa.

Rajin pekerja dia sapu sampah. Berkaki ayam adalah pemandangan biasa juga disekitar kampung dan daerah-daerah pendalaman (info drpd Mr Ruwan)

Selain kitar semula, ada juga sangkar binatang dekat sini. Ini adalah burung hantu Harry Potter. Dia cedera dan sedang dirawat sini. Sungguh manja. Buka pintu sangkar dia pun duduk tengok macam ni lah. Geram rasa nak culik bawak balik untuk tolong ambik barang yang dibeli secara online.

Tara! sampai sudah. Ini lah pemandangan yang akan dipaparkan didepan mata setibanya di pintu masuk hotel yang bakal kami terokai dan hayati untuk hari ini. Bersambung ye, sebab penat taip dan harus ada entry khas untuk hotel ini.