Thursday | 1 May 2014
Day 6 : Delft ---> Keukenhof ---> Leiden
Perjalanan daripada Delft ke Station Leiden Centraal mengambil masa 20 minit dengan harga tambang 4.80 Euro. Bila sampai di Leiden Centraal sebelum keluar daripada station ada satu kedai buku disebelah kiri. Pergi dekat kaunter cakap nak beli combo tiket ke keukenhof yang berharga 23.00 Euro ( tambang bus dan tiket masuk ke keukenhof). Beratur dekat platform bus yang ada tulis keukenhof dekat situ akan ada sorang pekerja yang akan check tiket. Ramai juga yang terus datang beratur tanpa beli tiket, jadinya mereka terpaksa patah balik masuk ke kedai tadi untuk beli tiket, sebabnya tiket tidak dijual diatas bus.
Sampai je dekat Keukenhof, manusia sudah ramai. Tapi kami lepak dulu dekat kolam untuk makan bekalan yang dibuat oleh Miss A, kami hanya membeli hot chocolate sahaja. Alhamdulillah cuaca hari ini Sunny! Dapatlah kami menikmati pemandangan dengan lebih ceria.
Lepas makan terus kami teruskan penjelajahan dengan berpandukan map yang diperolehi secara percuma dekat tepi kolam. Bila dah cerita pasal Keukenhof, maka sudah pasti banyak gambar bunga untuk post kali ini.

