Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Ahad, 14 Jun 2015

Rabu, 10 Jun 2015

When I'm Not Travelling #1

Assalamualaikum and Hello Everyone!

Tajuk entry adalah sangat sesuai kerana sudah pertengahan tahun 2015 buku merah masih belum ada cop langsung. Sad. Baca blog travel orang sahaja dengan perasaan syahdu mengenangkan nasib. Rindu nak jejakkan kaki ke negara asing, rindu nak melihat landskap yang berbeza, rindu nak menikmati percutian #cheapskatesejati dengan kawan-kawan.

Walaupun tidak travel tapi bulan lepas sahaja lima kali naik turun flight. Kerja punya pasal lah bukan travel! Berkampung empat minggu di utara tanah air demi kerja. Minggu depan pun perlu ke sana lagi #ilovemyjob #mantraoftheyear 

Bersama team kontraktor dan perunding. Nasib la selalu jadi wanita terakhir dalam kebanyakkan projek yang terlibat.

View daripada tingkat tujuh bangunan baru Hospital Tunku Fauziah

Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, masjid yang setiap hari dikunjungi semasa outstation

Sebelum pulang ke Kuala Lumpur sempat singgah ke Gua Kelam

Rabu, 28 Ogos 2013

Selasa, 27 Ogos 2013

Isnin, 26 Ogos 2013

Khamis, 17 November 2011

Melaka


Tujuan asal ke Melaka ialah : Green Trail.
Aktiviti : Melakar kembali element rekabentuk pasif yang terdapat dibangunan lama rumah kedai sekitar bandar hilir Melaka.
Perasaan : Seronok tak terhingga sebab dah lama tidak melakar! 

Buah tangan daripada urusetia program


Kediaman rasmi peserta program 

Nama hotel ni, Hotel Puri. Terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lok, Bandar Melaka. Hotel ini sebenarnya adalah peninggalan rumah baba nyonya. Diubah suai menjadi Hotel. Best hotel ni. Kalau ke Melaka jangan lupa beradu disini.



Salah satu Courtyard

Courtyard lagi
Courtyard di malam hari

Tangga ke bilik hotel di bahagian atas.
NUS : National University of Singapore, Deprt of Architecture


Me and my partner ( Isem of course, bukan kami yang pilih urusetia yang pilih ) ditugaskan melakar disepanjang jalan Tun Tan Cheng Lock. Disebabkan mengetahui tentang kewujudan Department Architecture, NUS ni maka dengan semangat pergi menjengah. Tapi malang sebab masa sampai tukang sapu dia cakap tidak bukak sebab tak ada lecturer. Hampa betul. Tapi kami tidak mudah putus asa, alang-alang menyeluk pekasam ( tiba-tiba, ok tidak sesuai sangat ) kami datang sekali lagi. Ada rezeki kami. Alhamdullillah. Lecturers dah ada. Tapi diorg sibuk nak prepare untuk lecture petang tu. 

Kalau dah ada rezekikan, kami diizinkan melawat kawasan secara sukahatihureyhurey. Apa lagi, bersih cekap dan amanah gerak-gerak-gerak khas terus lah buat lawatan.









suka kaca tingkap kaler kali ini


Lecture NUS sedang membuat persiapan untuk mengajar



Rindunya nak buat model urban macam ni!


Dua rumah kedai lama, diubah suai. Kacak betul jadinya.