Memaparkan catatan dengan label Mostar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mostar. Papar semua catatan

Ahad, 27 Disember 2015

Into The Balkans : Old Town Mostar



Assalamualaikum and Zdravo!

Mari kita menjelajah Old Town Mostar!

Pemandangan pertama kami ke kawasan Old Town


Sungguh leka dibuatnya duduk tepi sungai dengan cuaca baik sebegini

Pemandangan di sebelah kanan


Pemandangan di sebelah kiri

Kisah sedih semasa perang, jambatan ini telah dimusnahkan oleh tentera Croatia yang pada mulanya adalah sekutu tentera Bosnia untuk memerangi tentera Serbia. 


Antara kedai-kedai yang terdapat disekitar kawasan

Peringatan


Pemandangan daripada atas jambatan

Bangunan disekitar kawasan di seberang selepas merentasi jambatan 


Peringatan kedua

Dinner kami untuk hari ini di restaurant ini




Untuk view yang lebih menarik, boleh panjat minaret masjid ini, tapi kami sekadar jalan-jalan dikawasan masjid saja

Masjid lain yang terdapat dibahagian kawasan belakang Old Town, kalau dilihat pada batu nisan disini boleh dikatakan semuanya menemui ajal pada sekitar tahun 1993-1995. AlFatihah.

Pemandangan malam hari

Isnin, 7 Disember 2015

Into The Balkans : Road Trip Through Bosnia Herzegovina

Assalamualaikum and Zdravo!

Bandar yang kami berjaya jejaki di Bosnia adalah : Bihac-Jajce-Sarajevo-Mostar.  Pengalaman menaiki kereta sepanjang berada di Bosnia memang sangat menarik. Pemandangan sepanjang jalan yang memukau, sungai, tasik dan bukit bukau. Walaupun ditahan polis sebanyak dua kali, kalau diberi peluang kembali lagi kesini, pastinya kami masih memilih untuk menaiki kereta.

Kisah pertama di tahan polis :

Sedang rancak kami berbual dalam kereta selepas memasuki negara Bosnia, tiba-tiba dihadapan kami abang polis dah tahan tangan suruh ke tepi. Cuak la semua orang pun terus terdiam. Berdebar-debar semua orang. Berhenti je, abang polis terus datang sebelah tingkap driver. Nasib dia senyum dulu, lepas tu terus cakap bahasa dia. Kami terus diam kaku. Then cakap, sorry we can't understand. 

Dia ulang lagi cakap benda yang sama (agaknya lah kan sbb bukan faham pun). Last-last dia senyum, then dia cari sesuatu dekat dashboard. Kemudian dia terus bukak lampu kereta. Kemudian dia tunjuk simbol logo kacang tanah cap tangan!

Kami terlupa nak bukak lampu rupanya. Kekeke, bikin cuak saja. Oleh itu kawan-kawan kalau nak bawak kereta disini perlu buka lampu walaupun disiang hari. Pagi itu, kami teruja nak masuk Bosnia sampai lupa nak on. 

Kisah kedua di tahan polis :

Masa ini dalam perjalanan daripada Jajce ke Sarajevo. Skali lagi kereta kami ditahan. Masa kena tahan ni lagi cuak sebabnya lampu semua dah on. Apa pula cerita kali ni. Polis datang terus tengok kami semua dengan serius muka. Kami hanya mampu memberikan sedekah dengan melembarkan senyuman paling manis! Kemudian dia bercakap sesuatu dekat kawan dia yang tengah tunggu dibelakang kereta polis bersama semua laptop (agaknya lah sebab dari dalam kerata nampak mcm laptop) dihadapan kereta kami. Kawan dia taip sesuatu, kemudian lagi skali bagi isyarat kacang cap tangan! Fuh lega. Then baru abang polis ni, senyum sikit dan benarkan kami meneruskan perjalanan. Kali ini memang kami tidak tahu kenapa kami ditahan. Mungkin untuk semakan speed limit gamaknya.

Sekian cerita pengalaman ditahan polis di negara Bosnia.

Friday | 4 September 2015
Bosnia & Herzegovina Day 1  | Bihac - Jajce

Perjalanan kami bermula di sempadan negara Bosnia - Croatia yang terletak berdekatan dengan Lake Plitvice. Sungguh terasa perbezaan bila berurusan di sempadan. Croatia pegawainya kurang mesra sikit. Serius. Bila pass passport dekat cubicle sebelah, pegawai tu tengok passport kitorg terus senyum lebar. Siap bagi tau kawan dia, kami daripada Malaysia. Serentak diorg buat cap tangan ramai-ramai sebut Good, good!

Bangga jadi rakyat Malaysia dekat Bosnia. Bandar pertama kami jejaki adalah Bihac. Singgah sini untuk cari atm. Alang-alang singgah, kami pergi tourist information center yang bersebelahan dengan bank. Lepas dengar penerangan, kami plan ikut jalan kampung.

Singgah minum kopi di cafe ini sebentar

Agak mencabar juga sebab jalan yang tidak berturap lebih panjang daripada yang berturap. Kemudian kami singgah disebuah kampung sebab pemandangan yang cantik. Nama kampung itu pun tidak pasti. Tapi ada memorial disini.

Berhenti disini sekejap sebab pemandangan kampung ni sangat aman damai

Kalau ikut highway mesti tak jumpa laluan keretapi ni

Perjalanan diteruskan sehingga ke Jajce. Selamat tiba disini sekitar jam 1 petang. Selesai urusan hotel, kami ke bandar Jajce untuk makan sebab keciwa dengan dapur dalam bilik yang tidak mempunyai pekakas yang lengkap. Ok juga, makan dekat jajce adalah paling murah yang kami makan sepanjang di Bosnia.




Antara bangunan yang terdapat disekitar bandar Jajce

Saturday | 5 September 2015
Bosnia & Herzegovina Day 2  | Jajce - Sarajevo

Esok harinya kami meneruskan perjalanan ke Sarajevo. Perjalanan lebih kurang je jarak dia macam semalam, dalam dua jam lebih sampai la dekat Sarajevo. Misi pertama mencari lokasi rumah penginapan. Rupanya dekat booking, dia punya gps salah da! menggagau cari, naik turun bukit, dah la jalan sempit dan cerun tinggi. Alhamdulillah dapat jumpa dan tuan rumah pun ada dekat rumah.

Selesai urusan, bersihkan diri segala benda-benda wajib semua tu kami terus turun ke old town untuk cari makanan tengahari dan shopping barang dapur untuk dua malam dekat sini. Kami jalan-jalan free and easy gitew kekdahnya hari ni.

Balik rumah terus bahagi tugas, ada yang cuci baju, ada masak, ada yang setelkan aktiviti esok hari. Contact our tour guide untuk esok hari.

Sunday | 6 September 2015
Bosnia & Herzegovina Day 3  | Sarajevo

Hari ini kami ada full day dekat Sarajevo. Aktiviti pagi kami adalah mengikuti free walking tour. Memang sangat menarik! Kumpulan kami ada dalam 15 ke 20 orang macam tu. Perjalanan tour ni ambik masa dalam 2 jam jugak lah.

Lepas tour, kami singgah makan dulu then ambil peluang solat dekat masjid di kawasan old town. Kemudian sesi menjelajah Sarajevo. Tapi kami hanya berjalan-jalan sekitar Old town saja. Tak pergi pun ke kawasan city center. Makan tu malam dirumah dan lepak saja sebab hujan. Layan la tv dia yang banyak gila channel. Ada pulak HBO kan apa lagi layan muvie.

Monday | 7 September 2015
Bosnia & Herzegovina Day 4  | Sarajevo - Mostar

Sebelum meninggalkan Sarajevo kami singgah dulu ke Tunnel of Hope. Terletak berhampiran dengan Sarajevo Airport lokasi tempat ni. Kami menghabiskan masa lebih kurang dalam dua jam juga dekat sini. Tengok video, lihat barang pameran, baca beberapa catatan dan kepingan surat khabar lama yang menceritakan kewujudan kawasan ini.

Meneruskan penjelajahan kami ke bandar Mostar. Perjalanan dalam 1 jam ke 2 jam bergantung kepada kekerapan anda berhenti untuk ambil gambar. Mari lihat pemandangan sepanjang perjalanan daripada Sarajevo ke Mostar yang sempat diambil.







Alhamdulillah selamat sampai di Mostar setelah menempuh 3 jam perjalanan yang sangat cantik. masuk saja bandar Mostar, terus kami ke hotel. Semasa kereta sedang berhenti di traffic light, sesuatu perkara menarik telah terjadi.

Begini kisahnya. Selepas kami berhenti di lampu merah, kebetulan kereta kami yang berada dihadapan skali. Tiba-tiba datang 2 orang remaja perempuan dan seorang kanak yang didukung oleh salah seorang daripada mereka. Salah sorang daripada meraka terus jirus air dekat cermin depan kereta. Opocot la semua org dalam kereta pun. Lepas tu tangan dia laju je cuci cermin depan tu. Sudahla tengah panas, kesian pula tengok budak kecik yang didukung tu. Lepas cuci kami bagi je lah 1 euro dekat dia sebab itu je ada dekat tepi driver. Terdesak mencari rezeki.

Petang kami terus mulakan misi jelajah Mostar. Jalan kaki saja sebab dekat belakang tempat penginapan saja old town Mostar. Lepak dekat sini sampai malam hari, dinner pun dekat dalam Old Town ni.

Sudah sampai di Mostar


Tuesday | 8 September 2015
Bosnia & Herzegovina Day 5  |  Mostar

Sebenarnya kami macam terlebih bajet masa dekat Mostar  ni. Separuh hari semalam pun dah habis Old Town kami jelajah. Patutnya hari ini boleh terus gerak ke Dubrovnik dan sebelum ke sana boleh singgah dekat Blagaj dan Pocitelj. Jadi utk sesiapa yang balak ke Bosnia, satu hari sudah memadai ye di Mostar.

Hari kedua kami di Moastar, dimulakan dengan menuju ke Pocitelj dan Blagaj. Kami lunch dekat Blagaj di tepi sungai yang jernih. Kemudian berpatah balik semula ke Mostar. Sampai hotel terus semua orang layan tido sebabnya panas yang amat cuaca diluar.

Dr.I dengan semangat membara kibarkan bendara Malaysia di Blagaj

Keluar semula ke Old Town dalam jam lima petang macam tu. Cari tempat nak dinner, kiranya dinner terakhir kami di bumi Bosnia. Sebelum dinner layan makan ice cream sambil lepak tepi jambatan famous Mostar. Disebabkan baki duit masih ada, lepas dinner beli lagi satu ice cream! yuumeh.

Esok ke King's Landing kita!

Ahad, 18 Oktober 2015

Into The Balkans : Bosnia Herzegovina

Assalamualaikum and Greetings!



Negara yang paling lama kami jelajah dalam misi kali ini. Tapi itu pun rasa masih tidak cukup masa. Untuk info berkaitan transportation adalah kurang. Sebabnya kami menaiki kereta sewa daripada Lake Plitvice.

View sepanjang perjalanan daripada Sarajevo ke Mostar

Kiri kanan gunung ganang

Antara salah satu tempat yang kami stop dalam perjalanan ke Mostar


Accomodation

Jajce : Plivsko Jezero
Harga : 28 KM satu malam untuk sorg

Sejujurnya penginapan di sekitar Jajce adalah terhad. Google punya google akhirnya kami jumpa Camping site ni. Selain tempat untuk camping, pihak pengurusan juga menyediakan bilik-bilik untuk disewa. Lokasi dah best, view sangat menarik. Tidak jauh daripada town. TAPI! seperti kurang diselenggara. Tengok dalam gambar di laman web mungkin zaman baru bukak kot. Bila dah sampai, nampakla bangunan sudah lama. Tapi boleh la untuk bermalam satu malam.

Dapur ada, tapi pekakas tidak lengkap. Nak memasak pun agak terbantut. Masak air je mampu. Bilik yang kami sewa ada dua bilik. Ada satu katil lipat diorg bagi untuk orang kelima, tapi sungguh tidak selesa, last tido atas sofa lagi selesa.

Sarajevo : Apartment Mahala Garden
Harga : 48 KM dua malam untuk sorg

Lokasi rumah ini Masha Allah sungguh mencabar nak sampai. Seperti yang diketahui bentuk muka bumi di Sarajevo adalah berbukit-bukit. Jadinya lokasi apartment ini terletak dibukit yang sungguh curam. Berdebar nak bawak kereta. Bila dah sampai, terus parking kereta dan tidak menggunakan kereta selama 2 malam kami disini.

Nasib baik lokasi rumah walaupun nun tinggi diatas, tapi dekat la juga nak jalan kaki ke Old Town Sarajevo. Kami pun memang plan nak jelajah sekitar Old Town sahaja. Rumah ini ada tiga tingkat. Tingkat bawah yang akan disewa kepada pelancong. Tuan rumah duduk dekat tingkat atas. Ada satu katil queen dan dua katil single. Satu tilam extra tuan rumah bagi. Tapi kami boleh je tido bertiga atas katil Queen #terasakurus. Boleh basuh baju, masak pun seronok sebab lengkap semuanya, meja makan pun besar, ruang tamu pun besar, view pun cantik. Tuan rumah baik tapi kurang sikit fasih English, tapi anak dia yang cantik ada untuk tolong jadi perantara. 

Jalan daripada apartment ke Old Town Sarajevo

Masa pulang kena la mendaki sikit

Rumah sewa di Sarajevo

Tepi rumah ada tempat sidai baju, laman yang luas

View kami selama dua malam di Sarajevo

Mostar : Vila Menora (Three Bedroom Apartment)
Harga : 26 Euro dua malam untuk sorg

Lokasi rumah kami di Mostar juga tidak jauh dengan Old Town. Jalan kaki saja sampai. Siap pergi dua kali lagi sebab terlebih budget hari pulak dekat sini. Hahaha.. Tapi rumah ini juga best. View pun cantik. Layan perasaan lah kalau lepak dekat balcony dia. Ruang dapur dan tempat makan sudah besar. Tapi ada sink, peti ais dengan kettle je. Jawabnya makan luar la dekat Mostar ni. Nasib la harga makanan dekat Bosnia ni murah dan sedap dan portion dia banyak.

Yang best dekat sini adalah diorg sediakan perkhidmatan laundry free. Tapi dapat esok pagi dalam jam 7.30 pagi macam tu. Oklah kami pun dua malam dekat sini kan.

View untuk dua malam di Mostar


Fees & Passes

Tunnel Museum : 10 KM
Walking Tours : Free tapi kami donate sorg 5 KM
Gazi Husrev Bey Museum : 3KM ( Tapi kami bayar 3KM untuk 3 org, cerita kejadian akan menyusul nanti)

Budget Makan

Dekat Sarajevo je kitorg masak dinner. Tempat lain semua kitorg makan luar je. Ikutkan skali makan dekat Bosnia ni dalam 8KM - 10KM sudah cukup. Ice cream pun murah 1KM je, dah la banyak dapat sedap pun sedap. Sehari 2 ice cream kami melantak dekat sini. Owh lupa nak bagitahu yang dekat Bosnia ni Euro pun diterima juga secara meluas. Pengiraan dia, separuh harga berbanding duit KM, cth kalau ice cream 1KM nak bayar guna Euro, 0.50 saja. Total kami habis sepanjang berada di Bosnia adalah 44KM


Antar makanan tradisional Bosnia


Next : Montenegro!

Rabu, 9 September 2015