Memaparkan catatan dengan label Rotterdam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rotterdam. Papar semua catatan

Selasa, 10 Jun 2014

Spring Break 2014 : De Rotterdam by Rem Koolhaas


Tuesday | 29 April 2014
Day 4 : Rotterdam ---> De Rotterdam

'De Rotterdam' - with its 600,000 m2 of office space, hospitality and catering covering around 1,500 m2, a four-star lifestyle hotel with conference and event facilities and 280 rooms, a car park with space for 670 vehicles, 240 apartments and leisure facilities will be a vertical city on the Wilhelmina Pier. The building at the foot of the Erasmus Bridge is already an unmissable feature of Rotterdam's skyline. Sumber : De Rotterdam


Pandangan dari seberang. Masa ketika ini, hujan renyai-renyai sudah turun. Tapi konsep hujan renyai diorg ini macam percikan air je. Tapi yang tidak tahan ialah kesejukkan bila air hujan dan angin bersatu. Tapi kami gighkan juga menyusuri jambatan untuk melihat bangunan ini dengan lebih dekat.

Ahad, 8 Jun 2014

Spring Break 2014 : Blaakse Bos Forest, Rotterdam

Tuesday | 29 April 2014
Day 4 : Rotterdam ---> Cube Houses

Direkabentuk oleh Arkitek Piet Blom pada tahun 1984. Projek ini merupakan projek kedua untuk rekabentuk sebegini bagi Pak cik Piet ini. Yang pertama dibina di Helmond. Tapi yang famous dekat Rotterdam ini. Brief projek ialah to built unusual bridge over the busy arterial road between Blak and Oude Haven. Maka terhasillah rekaan bangunan Cube Houses atau juga dikenali dengan nama Blaakse Bos forest ini. Kalau mahu melihat bahagian dalam rumah ini boleh ke rumah ber no.70 yang dijadikan museum. Juga terdapat beberapa unit yang dijadikan hostel.

Mari kita lihat bangunan ini secara lebih dekat lagi. Tapi bahagian luaran saja ye. Sebab kitorg pun tak masuk dalam. Masa kitorg datang, pintu museum kunci. Makanya, hanya jalan-jalan dekat sekitar luar saja.

Pandangan dari sebelah station Blaak. Untuk sampai sini dengan berjalan kaki dari Centraal Station tidak lah jauh mana pun. Boleh la melalui kawasan open market diorg, cuci mata tengok kedai.

Khamis, 5 Jun 2014

Spring Break 2014 : Rotterdam

Day 4  | Tuesday | 29 April 2014

Day 4 : Rotterdam -- > Den Haag

Hari ke-4 ini, cuaca masih tidak menyebelahi kami. Masih  berwarna kelabu. Tapi hati kami masih berwarna warni tidak sabar mahu melihat bandar lain pula di negara yang mana penduduknya yang berketinggian 1.88m puratanya. (terasa sungguh kerdil bila berselisih dengan diorg ini).

Meneruskan penjelajahan hari ini ke bandar Rotterdam. Bandar ini merupakan bandar paling ramai umat Islam katanya. Sampai datuk bandar pun orang Islam. Tapi ini bacaan beberapa tahun yang lalu lah, kalau sudah tukar. Mohon maaf.Ini kalilah! Eh.

Bandar Rotterdam merupakan satu-satunya bandar di Belanda yang mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan modern. Salah satu adalah disebabkan kehancuran bandar lama semasa perang dunia pada  tahun 1940, dimana bandar Rotterdam telah diserang oleh tentera German. Untuk kisah lebih terperinci sila lah ke Rotterdam Blitz. Malas pula nak cerita sejarah. Korang baca lah sendiri ye. Ingat, membaca jambatan Ilmu. Hashtag.tibatiba.

Sebelum melangkah keluar dari train station, kami beli dulu walking map dekat information yang berharga 1.50 euro. Rancangnya memang hendak berjalan kaki sahaja pada hari ini. Maka perjalanan dimulakan berpandukan map yang dibeli tadi.

Dibahagian hadapan Rotterdam Centraal Station