Isnin | 4.11.2013 | Day 5
Perjalanan diteruskan menuju ke Seopjikoji. Tempat ini sebenarnya tidak lah teruja sangat nak pergi pun. Sebab kami tak tahu filem apa yang shooting dekat sini pun. Tapi dah sebelah je dengan destinasi tujuan iaitu Phoenix Island, maka kami singgah juga tengok.
Parking berbayar dekat sini. Memang ramai manusia dekat sini, bas pelancong pun banyak. Kami jalan-jalan dekat kawasan hadapan saja, tidak berjalan sehingga ke rumah api. Masa tidak mengizinkan sebab malam cepat menjelma.
Cantik pula tengok pokok yang dijadikan pagar antara Seopjikoji dengan deretan rumah mewah disebelah

