Memaparkan catatan dengan label Amsterdam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Amsterdam. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mei 2019

Al - Andalus : MAD - AMS - KUL

20 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Hari terakhir dibumi Sepanyol. Kami plan ambik Mytaxi saja untuk ke airport, sebab malas nak angkut dah beg yang terberanak satu dengan berat satu-satu macam apa je. Harga taxi ke airport E30 bahagi empat orang kira oklah berbaloi.

Cuaca mendung pagi ini di Madrid. Bye Sepanyol. Moga kita berjumpa lagi nanti

Sampai airport terus nak pergi VAT counter. AMARAN! Kalau nak tuntut VAT kena bawak semua barang yang dibeli tersebut. Depa nak check satu-satu barang. Kalau tak ada barang tak boleh nak buat VAT ni.

Then kami terus checkin luggage. Yang bestnya jadi antara orang awal adalah, adik dekat kaunter tu dia bagi je kami check ini beg kedua yang beranak tu walaupun timbangan dah lebih daripada 23kg sorang. Yahoooo, tak perlu gigih bawak beg naik atas nanti. Setel hal luggage, terus masuk dalam untuk cari breakfast.

Flight ke Amsterdam on time dan tak de apa yang menarik pun nak cerita. Sama je lah flight masa datang hari tu. Tak berapa nak penuh sangat flight rasanya. Makanan dia nasi goreng sayur, sama je macam hari tu. Tak sedap sebab tak de rasa. Hehe.

Tengah beratur nak masuk dalam pesawat

Hujan

Bila dah naik ke atas dan beberapa minit kemudian, cuaca cerah

Lepas tu mendung balik bila sampai negara Belanda

i see more blue

Sampai Amsterdam Airport, kami ada lima jam nak lepak untuk tunggu next flight. Konon nak keluar pergi ke viewing deck dekat luar, tapi tengok suhu single digit ni, tak pe lah duduk dalam jalan-jalan dekat dalam sudah.

Tak bosan pun airport sini sebab besar dan banyak benda boleh buat. Dah la tengah nak minggu black friday kan, banyak la kedai dah start sale. Mujur duit dah habis banyak dekat Madrid, so tahan diri jangan terjebak dekat sini pulak. Ada beberapa kedai yang kami masuk, pekerja dia boleh berbahasa Indonesia. Seronok pulak dapat sembang dengan orang asing guna bahasa ibunda ni.

Geram betul beruang sekor ni

Antara kedai yang teringat nak ambik gambar

OK dia sudah bersedia untuk membawa kami pulang ke tanah air

Sabtu, 29 Disember 2018

Al - Andalus 2018 : KUL- AMS - MAD | Kisah Transit Amasterdam

2 November 2018
Assalamualaikum dan Hello semuanya.

Flight malam, so lepas kerja baru gerak ke KLIA. Urusan check-in semua macam biasa, mudah dan senang sebab dah buat website check-in dulu. Flight penuh (tak sure area lain, tapi area kami duduk mmg penuh). 13 jam nak mereput dalam ni. Jenuh weh. Lama dah tak naik flight lebih daripada 8 jam ni. Selalu transit Dubai, ni transit Amsterdam. Layan.

Gambaq wajib ambik dekat KLIA


Yeay nak sampai dah!

3 November 2018

Sampai Amsterdam, terus gerak keluar ke Amsterdam Central. Tak sampai 20 minit pun daripada airport ke town. Owh seronok rasanya dapat kembali semula ke sini. Happy. Salah satu negara yang suka dan rasa macam boleh la nak hidup dekat sini. Tapi transit kami 7 jam, plan jalan-jalan town dalam 3 jam macam tu ja.

Semangat dah bila keluar Amsterdan Central. Lepas ambik gambaq ni pakai cari sarung tangan masing-masing sebabnya cuaca time ni sejuk. Kejutan dekat kulit Asia.

Sementara tunggu tram kita posing lagi. Orang pun tak ramai sangat lagi, masih awai pagi kan. Hari Sabtu pulak tu. Tak kalut la, tak dak orang nak masuk pejabat

Tercapai la hajat nak bawak kawan-kawan mai sini. Syukur, sebabnya dengaq cerita depa dah cabut signage ni. Tapi hat dekat airport still ada la. Lepas photoshoot ni, lepak tepi taman dia minum hot choc dulu.

Masuk dalam town dia naik tram, tapi balik semula ke Amsterdam Central kami jalan kaki. Nak enjoy morning walk dekat Amsterdam

Busy kedai ni, ramai orang beratoq. Sedap la kot pastry and coffea dia. Ambik gambar daripada luaq ja pun. Maklumlah #cheapskatesejati

Nampak ada satu open market, kita singgah dulu cuci mata. Lastnya kami beli fries ni. Sedap! sejuk-sejuk makan benda panas ni. Tapi banyak betul portion dia. Kenyang la sampai ke airport.

Seronok sebenarnya dapat ke sini lagi. Syukur Alhamdulillah. 

Langit hari ni pun, Alhamdullillah cerah biru terang elok

Ni dekat dengan kawasan flower market 

Masa sampai sini, satu drama telah berlaku. HP jatuh terus screen depann retak seribu dekat bahagian bawah. Cuak dah sebabnya dah la baru sampai, info banyak dalam google drive plus mmg tak bawak camera langsung. Syukur, masih boleh berfungsi dengan jayanya. Bab retak dekat bawah tu kita pejam mata sudah.

Lepas dah selamat sampai semula ke airport, agak ngam-ngam la jugak timing kami. Ikutkan tu lagi sejam lebih dah boleh masuk pesawat. Skali delay pulak! Penat lari kejar train tadi. Lepak la tgu, delay sejam jugak la.

Sampai Madrid airport dekat terminal T2. Nak ke Madrid dengan harga murah kena naik bus transit, free ja daripada T2 ke T4, then beli tiket Renfe. Perjalanan train pun elok ja. Tak padat pun orang so selesa la dengan beg besar masing-masing tu kan.

Cintaku tertinggal di Amsterdam

Hola Madrid! dah nak start gelap. Padahal baru jam 6.00 lebih mcm tu.

Setel masuk apartment terus kita bershopping mlm tu jugak beli barang dapur nak masak-masak. Carefour ni bukak 24 jam ok.

Best beli sayur depa, segar dan murah

Tengah musim kot ni

Balik rumah terus masing-masing masuk tido awal. Jam 9 mlm semua dah atas katil. Tapi jam 3 pagi lebih semua dah bangun. Jam badan masih ikut masa Malaysia. Terus turun bawah, buat breakfast.

Ahad, 12 Oktober 2014

Spring Break 2014 : Good Bye Spring 2014

Day 18 | Tuesday | 13 May 2014

Day 18 : Till we meet again Europe

Sudah sampai ke hari terakhir kami berdua di bumi Eropah. Aduh masih terasa seperti tidak mahu pulang ke tanah air. Tapi apakah daya, masih perlu mencari rezeki untuk teruskan  kehidupan. 

Disebabkan flight pulang jam tiga setengah petang, pagi itu baru siap kemas barang. Alhamdulillah cuaca juga begitu baik sekali. Seperti biasa, makanan yang disediakan oleh tuan rumah sangat sedap. Makan sampai kenyang sebab kami tiada perancangan untuk makan diluar atau di airport nanti #cheapskatesejati.

Nasi goreng daging kambing, telur mata dengan kopi+milo panas,untung duduk rumah orang suka makan kambing ni..hiks

Sebelum meninggalkan rumah penginapan, perlu menggunakan mesin taip ini sebagai tanda ingatan kepada tuan rumah. Guest Book lah gitu konsep. Iyelah, penat Miss A angkut mesin berat ini daripada Budapest sampai ke Delft.

Antara kedai yang terdapat di airport, tempat solat juga disediakan dan selesa nak menunaikan solat walaupun berkongsi dengan lain-lain agama. Tapi itu tidak menjadi satu masalah pun. Siap pekerja airport buat solat jemaah lagi.

#istanbultungguakudatang

Selamat tinggal langit Eropah, In sha Allah kita akan berjumpa lagi

Masuk ke dalam pesawat, terus pasang headphone sambung layan movie yang tergantung masa datang hari tu. Kitorg dah siap plan dah nak tengok cerita apa sampai lebam atas flight. Penerbangan Amsterdam-Dubai berjalan lancar dan layanan Emirates memang sangat bagus. Nora bagi 5 bintang!

Sampai di Dubai terus cari surau nak solat dan berehat melunjur kaki. Agak ramai orang dekat dalam surau sebab ada penerbangan transit untuk ke Mekah. Ramai orang berpakaian ihram. Owh rindu nak pergi Umrah. Semoga dapat menjadi tetamu Allah lagi di masa hadapan. Ameen.

Lapar pula, kami melepak di Paul, dan mengambil keputusan untuk membeli belah di airport disebabkan duit riyal tidak digunakan langsung, masih ada 100 riyal untuk dihabiskan. Shopping coklat je lah senang. Misi nak gemukkan diri ini memang tidak perlu fikir lama-lama, terus je laju shopping.

Habis pusing, tawaf semua dalam airport kami duduk juga akhirnya di kawasan menunggu untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, penerbangan kami tidak penuh. Makanya terus pindah duduk tiga seat sorang. Memang tidak ramai orang, boleh la nak pilih nak tidur baring dekat mana. Layanan pun best, siap datang dekat kita tanya samaada nak air or jus ke tak. Punya kosong sampai diorg pun boring kot.Penerbangan selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam tiga lebih petang. 

Maka berakhirlah sudah catatan perjalanan bunga-bunga 2014 di bumi Eropah. Fuh, berjaya siapkan dalam tahun yang sama. Haha, satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca dan berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada pertanyaan atau info yang lebih detail diperlukan boleh la terus email saya ye. #rindutravel200persen

Isnin, 16 Jun 2014

Spring Break 2014 : Amsterdam, The Netherlands

Day 5 | Wednesday | 30 April 2014

Day 5 : Delft ---> Amsterdam ---> Delft

Perjalanan hari ini adalah seharian di Amsterdam. Nampaknya cuaca masih tidak menyebelahi kami semasa perjalanan dimulakan. Menurut Miss A, dua minggu yang lalu cuaca sangat baik. Nasiblah rezeki kami nak berjalan-jalan disini dengan cuaca mendung suram. Sampai dekat Amsterdam Centraal manusia ramai sudah membanjiri. Tourist Information Centre pun ramai sampai beratur keluar. Nasib baiklah kami bawa buku travel yang dipinjamkan dari Miss A. 

Amsterdam Centraal

Selasa, 3 Jun 2014

Spring Break 2014 : Eye Museum

Monday | 28 April 2014


Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Eye Museum

Eye Museum ini merupakan sebuah museum untuk perfileman. Terletak diseberang sungai. Untuk ke sini perlu menaiki bot dibahagian bawah (belakang Amsterdam Centraal). Jangan risau bot ini adalah percuma. Kami hanya masuk ke bahagian yang tidak dikenakan bayaran sahaja. Lebih kepada lawatan untuk melihat rekabentuk bangunan.

Bila turun sahaja bot, sebelah kiri dah nampak dah bangunan ini. Pada mulanya ingatkan direkabentuk oleh Arkitek Zaha Hadid sebab rekabentuk yang sangat decon. Rupanya arkitek lain.

Khamis, 29 Mei 2014

Spring Break 2014 : Volendam & Edam

Monday | 28 April 2014

Day 3 : Faculty of Architecture ---> Zaanse Schans ---> Volendam ---> Edam ---> Eye Museum

Volendam

Daripada Zaanse Schans, kami perlu naik train semula untuk ke Amsterdam Centraal untuk mengambil bus ke Volendam. Volendam ini adalah satu perkampungan nelayan yang terletak di bahagian utara Amsterdam. Perjalanan daripada Amsterdam ke Volendam mengambil masa lebih kurang 30 mins. 

Bus yang kami naiki ialah no.316, tapi untuk ke Volendam ini kita boleh je naik mana-mana bus yang direction ke Edam. Semua bus ke Edam akan lalu Volendam. Harga tiket untuk ke Volendam ialah 3.85 euro sehala. Tapi disebabkan pakcik bus itu cadangkan kami ambik day tiket berharga 10.00 euro untuk seorang dan kami boleh pergi melawat Edam sekali. Makanya sebab itu lah perjalanan hari ini ada pertambahan kawasan lawatan iaitu Edam.

Untuk ke Voldendam sila turun di Vissersstraat. Kemudian jalan kaki ke arah kanan menuju ke persisiran pantai. Masa kami berjalan, keadaan sangat tenang disekitar kawasan ini. Aman damai rasanya. Bila dah sampai ke bahagian tepi pantai, agak ramai juga pelancong dekat sini.

Kami melepak makan seafood dekat sini sambil memerhati gelagat manusia. Rumah-rumah disekitar kawasan ini pun comel dan sangat too scale! Owh, untuk pengetahuan semua harga rumah di negara Belanda sedang murah. Banyak rumah yang kami jumpa terpampang iklan jualan. Kalau aku kaya! aku beli sebuah rumah dekat sini.

Mari kita lihat kawasan perkampungan nelayan di Volendam ini.

Inilah pekan kecil di tepi pantai Volendam. Sebenarnya banyak kedai souvenir dengan kedai makan dekat kawasan ini