Memaparkan catatan dengan label Dubai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dubai. Papar semua catatan

Isnin, 26 Oktober 2015

Into The Balkans : Transit in Dubai

Assalamualaikum and Hello!

Penerbangan kami bertolak ke Dubai pada waktu pagi. Keluar rumah macam waktu biasa keluar untuk ke pejabat. Semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang perkara yang tidak memuaskan hati. Syukur Alhamdulillah. Dalam flight apa lagi layan movies sampai lebam. Kali ini tidak dapat berjumpa dengan Mr.F kerana beliau sedang bercuti sebulan di Malaysia.

Disebabkan masa transit kami agak panjang di Dubai, kami rancang untuk menjelajah dua kawasan di Dubai. 

Flight agak penuh pagi itu. 

Bentuk muka bumi negara sekitar timur tengah

Selesai solat, cuci diri dan simpan hand luggage kami terus ke Metro Station beli tiket day pass Dubai. Misi pertama kami biasalah ke Dubai Mall. Rezeki dapat melihat Dubai diwaktu siang. Manusia agak ramai didalam Metro. Bersesak-sesak. Kalau nak selesa memang pergi masuk gerabak wanita.

Bila la nak boleh masuk dalam bangunan

Jalan-jalan disekitar luar Dubai Mall



Minum petang di The Cheesecake Factory, Dubai Mall

Macam-macam menu kek ada, pilih saja yang mana berkenan dihati


Selesai minum petang, kami bergerak untuk misi kedua iaitu melawati kawasn bandar lama Dubai. Semangat membara nak menjelajah, keluar daripada Metro jalan enam langkah peluh dan bahang panas Ya Allah! Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Masing-masing pandang menandang sesama sendiri, mahu teruskan perjalanan atau patah balik ke tempat berhawa dingin. Tapi semua sepakat alang-alang sudah sampai kita teruskan perjalanan. Bila sampai dekat kawasan Old Dubai baju dah basah lenjun. Sabau jek lah.

Tapi kami agak kesuntukan masa juga disini, sebabnya dah nak hampir waktu magrib. Tengah bersiar-siar azan pun berkumandang. Disebabkan banyak tempat sudah tutup, ditambah pula dan bahang panas, kami bergerak laju menuju ke pelabuhan untuk ambik water taxi.

Masjid di Old Dubai

Sekitar Old Dubai



Tambang hanya 1 AED


Daripada Old Dubai kami terus ke Terminal 3 balik. Lepak dalam surau sampai pagi sebelum masuk ke dalam departures hall untuk mandi manda dan sarapan. Selesai semua, Istanbul Aku Datang!

Ahad, 12 Oktober 2014

Spring Break 2014 : Good Bye Spring 2014

Day 18 | Tuesday | 13 May 2014

Day 18 : Till we meet again Europe

Sudah sampai ke hari terakhir kami berdua di bumi Eropah. Aduh masih terasa seperti tidak mahu pulang ke tanah air. Tapi apakah daya, masih perlu mencari rezeki untuk teruskan  kehidupan. 

Disebabkan flight pulang jam tiga setengah petang, pagi itu baru siap kemas barang. Alhamdulillah cuaca juga begitu baik sekali. Seperti biasa, makanan yang disediakan oleh tuan rumah sangat sedap. Makan sampai kenyang sebab kami tiada perancangan untuk makan diluar atau di airport nanti #cheapskatesejati.

Nasi goreng daging kambing, telur mata dengan kopi+milo panas,untung duduk rumah orang suka makan kambing ni..hiks

Sebelum meninggalkan rumah penginapan, perlu menggunakan mesin taip ini sebagai tanda ingatan kepada tuan rumah. Guest Book lah gitu konsep. Iyelah, penat Miss A angkut mesin berat ini daripada Budapest sampai ke Delft.

Antara kedai yang terdapat di airport, tempat solat juga disediakan dan selesa nak menunaikan solat walaupun berkongsi dengan lain-lain agama. Tapi itu tidak menjadi satu masalah pun. Siap pekerja airport buat solat jemaah lagi.

#istanbultungguakudatang

Selamat tinggal langit Eropah, In sha Allah kita akan berjumpa lagi

Masuk ke dalam pesawat, terus pasang headphone sambung layan movie yang tergantung masa datang hari tu. Kitorg dah siap plan dah nak tengok cerita apa sampai lebam atas flight. Penerbangan Amsterdam-Dubai berjalan lancar dan layanan Emirates memang sangat bagus. Nora bagi 5 bintang!

Sampai di Dubai terus cari surau nak solat dan berehat melunjur kaki. Agak ramai orang dekat dalam surau sebab ada penerbangan transit untuk ke Mekah. Ramai orang berpakaian ihram. Owh rindu nak pergi Umrah. Semoga dapat menjadi tetamu Allah lagi di masa hadapan. Ameen.

Lapar pula, kami melepak di Paul, dan mengambil keputusan untuk membeli belah di airport disebabkan duit riyal tidak digunakan langsung, masih ada 100 riyal untuk dihabiskan. Shopping coklat je lah senang. Misi nak gemukkan diri ini memang tidak perlu fikir lama-lama, terus je laju shopping.

Habis pusing, tawaf semua dalam airport kami duduk juga akhirnya di kawasan menunggu untuk penerbangan ke Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, penerbangan kami tidak penuh. Makanya terus pindah duduk tiga seat sorang. Memang tidak ramai orang, boleh la nak pilih nak tidur baring dekat mana. Layanan pun best, siap datang dekat kita tanya samaada nak air or jus ke tak. Punya kosong sampai diorg pun boring kot.Penerbangan selamat sampai di Kuala Lumpur pada jam tiga lebih petang. 

Maka berakhirlah sudah catatan perjalanan bunga-bunga 2014 di bumi Eropah. Fuh, berjaya siapkan dalam tahun yang sama. Haha, satu pencapaian yang boleh dibanggakan. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca dan berkunjung ke blog ini. Sekiranya ada pertanyaan atau info yang lebih detail diperlukan boleh la terus email saya ye. #rindutravel200persen

Rabu, 21 Mei 2014

Spring Break 2014 : KUL- DXB - AMS

Day 01 | Saturday | 26 April 2014

Berlepas daripada KLIA pada jam 7.30 malam dengan menaiki pesawat Emirates. Sepanjang perjalanan semuanya selesa dan memang tiada rungutan. Layan wayang je lah kerjanya. Banyak pilihan emosi boleh pilih : nak yang sedih ada, gembira ada, jenayah ada, disney ada, bollywood ada, arabwood ada semua adalah. Nasib baik cerita plane crash tiada, kalau ada memang tak tau la apa emosi dah kalau tengok semasa anda berada dalam pesawat tinggi dilagit biru.hashtag.sukanaktakutkandirisendirikenapa?

Matahari melabuhkan tirai selepas hujan petang. Hi MAS, 
kalau anda berharga murah hari ini pasti kami akan menaiki pesawat anda.

Sampai Dubai jam 10.30 malam. Keluar je pesawat terus kami pergi ke kaunter informasi untuk dapatkan visa on arrival. Senang dan mudah. Sampai dekat pintu ketibaan kelihatan Mr F tengah melambai-lambai tangan kearah kami berdua. Eh lupa nak kenalkan rakan penggembaraan kali ini. Nama dia Mrs H (bestkan dapat hubby yang bagi green light utk travel jauh-jauh dengan kawan tanpa dia disisi)

Ok, berbalik kepada ketua pelancongan kami di Dubai. Mr F merupakan rakan seuniversiti kami semasa di UTM. Telah bekerja di Dubai agak lama, lebih kurang lima atau enam tahun juga dia dekat Dubai ini. Apa lagi disebabkan trip kali ini sangat spontan dan kajian kurang, maka hanya kepada Mr F sahaja kami serahkan tugas tersebut.

Disebabkan kami sampai pun dah lewat malam, jadinya banyaklah tempat yang sudah tutupkan. Tapi Mr F tetap nak bawak kami jalan-jalan sekitar Dubai. Gembira betul dia bila dapat jumpa kawan lama konon macam datang melawat dia. Hehe, padahal transit je Mr F! Apa pun kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau melayan kami sampai pukul tiga pagi. Dan semua perbelanjaan ditanggung oleh beliau. Makanya info pasal berapa kos makan, berapa kos naik teksi dari airport ke bandar,dari bandar ke airport memang tidak dapat direkodkan.

Eh, bukan takat info je kurang gambar pun kurang sebab jalan-jalan sambil berborak je lebih. Konsep reunion lah katakan dekat Dubai ni. Overall Dubai ini macam semua benda dia nak buat macam yelah-ko-lah-yang-paling-hebat-dalam-dunia-ini. Apa kisah dah ada duit. Tapi skang ini Dubai pun dah hampir tiada duit nasib baik lah Abu Dhabi ada untuk membantu. Kalau nak tahu pasal info pasal Dubai dengan lebih baik dan terperinci, sila lah ke blog kawan saya : Alina (nampak tak sifat malas nak karang karangan sendiri begitu hebat!)

Lepas makan dekat kawasan old Dubai, kami terus terjah kawasan pantai. 
Nak melihat skyline Dubai sebenarnya, tapi apakan daya kabus tebal malam ini.