Memaparkan catatan dengan label Ljubljana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ljubljana. Papar semua catatan

Selasa, 24 November 2015

Into The Balkans : Ljubljana is Slovenia's Capital City

Assalamualaikum and Zdravo!

Hanya ada separuh hari untuk menjelajah bandar Ljubljana. Hanya berjalan kaki sahaja daripada main bus station untuk sampai ke simbol utama bandar ini iaitu Ljubljana dragon. Kalau anda mempunyai banyak masa bolehla naik ke istana lama yang terletak diatas bukit, boleh lihat pemandangan keseluruhan bandar.

Jalan menuju ke arah old town

Bandar ini mempunyai banyak sculpture yang ermmm unik

#tilljannah harapnya. Love locks at the Butchers' Bridge



Dragon paling famous

Istana diatas sana


i feel sLOVEnia!




Architecture di sekitar Ljubljana





The hanging shoes

Selasa, 17 November 2015

Into The Balkans : 3 Days in Slovenia

Assalamualaikum and Zdravo!

Monday | 30 August 2015
Slovenia Day 1


Penerbangan kami dengan Turkish Airline mendarat di Lapangan Terbang Slovenia pada jam 2:50 petang. Urusan di kaunter cop passport agak mencabar, macam-macam soalan ditanya. Apa lagi keluarlah semua jadual perjalanan, booking hotel, tiket ke Istanbul semula dan juga tiket pulang ke tanah air. Alhamdulillah semuanya selamat. Ada beberapa orang yang kena tahan dan obviously semua yang kena tahan tu orang Islam daripada Timur Tengah.

Kami menaiki bus ke hostel yang terletak di Kranj. Perjalanan tidak sampai sejam pun. Dekat saja dan pemandangan sungguh cantik. Melalui beberapa kawasan kampung, ladang jagung yang  berlatar belakang gunung ganang. Terus rasa nak migrate sini.

Ambik daripada dalam bas. Aman damai rasanya

Sampai saja bus stop Kranj, tiba-tiba ter-lost sekejap. Jalan depan sikit daripada bus station ada abang polis. Kami terus tanya dekat diorg. Bila dah dapat arahan tu kami pun jalan menuju ke destinasi tujuan. Tengah jalan tiba-tiba ada kereta merah berhenti disebelah. Pemandu yang dalam lingkungan umur 30an terus tanya kami nak kemana. Apa lagi tunjuk saja alamat hostel. Dia pun bagi direction yang lebih details. Wah, perasaan nak pindah sini makin naik peratusan dengan sikap pemuda tadi.


Bandar Kranj

Kami pun kembali ke jalan yang lurus. Tengah jalan sambil berhenti ambik gambar, jalan semula berhenti sekejap ambik gambar lagi, tetiba-tiba ada bunyi hon kereta. Eh dah betul dah kami masih berjalan atas kawasan pejalan kaki. Toleh tepi nampak kereta merah tadi dan lambaian tangan pemuda tadi. Mungkin dia nak make sure kami tidak sesat kot. Kalau kali ketiga jumpa, harus minta id insta nak add. Hiks.

Alhamdulilah sampai hostel tanpa sesat. Selesai urusan kami sepakat nak membeli-belah untuk barangan dapur. Dekat saja dengan kawasan hostel. Jalan kaki sambil menghirup udara sungguh nyaman. Masa dekat supermarket tu, nak beli tomato dan pisang agak kekok juga nak timbang sebab kena timbang sendiri. Orang pun tak ramai sebab dah lewat petang. Dalam dok pilih-pilih barang, nampak satu makcik ni timbang, terus tak berkelip mata tengok. Mudah saja, dekat setiap barang sudah ada no. rujukan, letak barang atas penimbang, tekan je no. rujukan terus keluar sticker harga. Benda ini apply dekat semua supermarket yang kami singgah di rantau Balkans. Balik daripada shopping, apa lagi bersilat dalam dapur masak dinner perut dah lapar sangat.

Tempat shopping di bandar Kranj, dekat saja dengan hostel


Tuesday | 1 Sept 2015
Slovenia Day 2

Misi hari ini adalah seharian di Lake Bled dan juga Vintgar Gorge. Daripada Kranj ada banyak bus ke sana. Boleh dikatakan setiap setengah jam ada bus. Tapi bus memang penuh. Kami memulakan penjelajahan di sekitar Lake Bled dulu. Kami panjat salah satu view point dekat Lake Bled. Pemandangan dia sungguh Subhanallah Maha Suci Allah. Cantik tidak terkata. Lepak dekat atas punya lama masing-masing layan perasaan sambil makan bekal yang dibawa. Lepas puas duduk dekat atas tu, kami turun dan habiskan satu pusingan keliling Lake Bled sebelum pergi semula ke bus station untuk perjalanan seterusnya.

Peta kawasan Lake Bled

Keliling tasik satu pusingan

Aktiviti memanjat di Lake Bled

Semasa dalam perjalan ke bus station kami terserempak dengan sekumpulan pelajar Malaysia yang belajar di Jordan. Daripada jauh dah senyum lebar dan bagi salam. Seronok jumpa orang kampung katanya. Sembang-sembang sekejap dengan diorg, sambil ke bus station sama-sama. 

Sampai di bus station kononnya niat asal untuk berbasikal ke Vintgar Gorge. Tapi disebabkan kesuntukkan masa, terus kami ambil perkhidmatan yang disediakan ke sana dengan naik van. Deal terus dengan untuk ambik kami pulang semula ke Lake Bled. Kalau naik basikal pun rasanya macam tak sampai je sebabnya kawasan berbukit juga. Tidak sedar diri yang tidaklah fit sangat ini nak naik basikal disini. Mau tolak basikal je sudahnya sebab berbukit.

Jernih betul airnya, sejuk


Wednesday | 2 Sept 2015
Slovenia Day 3

Hari terakhir dibumi Slovenia. Kami bergerak ke bus station untuk menuju ke ibu negara Slovenia, iaitu Ljubljana pada sebelah pagi. Jadual perancangan kami, perlu sampai di Zagreb pada sebelah petang sebelum kaunter tiket tutup untuk membeli tiket ke Lake Plitvice. Tiket ke Zagreb pun kami belum beli, maka harus keluar awal pagi juga hari ini.

Kedai belakang main bus station yang menjual makanan halal

Jadual perjalanan bus daripada Kranj

Tempat tunggu bus, no platform atas jalan ye

Perjalanan ke Ljubljana lebih kurang sama jaraknya ke Lake Bled. Sampai saja main bus station, terus beli tiket bus ke Zagreb. Syukur masih ada 4 seats kosong. Alhamdulillah rezeki kami. Lepas simpan beg di bus station, kami terus ke kawasan tarikan pelancong di Ljubljana. Jalan ikut langkah kaki saja. Kami pun tak de lah kajian sangat untuk ibu kota ini. Hanya ikut langkah kaki.

Main train station Ljubljana

Bersiar-siar dalam masa lebih kurang tiga jama sahaja di bandar ini sebelum bergerak semula ke main bus station. Cuaca agak mendung hari ini, nasib baik sempat sampai bus station hujan pun turun. Sementara tunggu bus muncul, kami lepak minum dan makan roti serta bekalan yang kami tapau dekat hostel masa breakfast tadi. Kisahnya bus sampai lewat, mungkin sebab hujan.

Kami naik bus dua tingkat, tempat duduk kami dibahagian atas. Memang penuh bus, tapi selesa. Turun untuk pemeriksaan sempadan dan passport pun berjalan lancar. Tiada soalan-soalan macam mula-mula sampai dekat airport hari tu. Syukur semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Ahad, 11 Oktober 2015

Into The Balkans : Slovenia

Assalamualaikum and Greetings!



Point of entry into the former Yugoslavia. Airport negara ini terletak dikawasan pergunungan. Cantik betul backdrop airport. Masa mendarat terus cari camera nak snap gambar. Jakun kejap tengok gunung ganang belakang airport.

First time mendarat di lapangan terbang yang berlatar belakang cantik

Transportation

Kami menggunakan perkhidmatan bus dan van sepanjang berada disini. Bila sampai airport boleh terus keluar dan bergerak ke sebelah kanan, lintas jalan akan nampak kawasan menunggu bus untuk ke Ljubljana, Kranj, Lake Bled.

Keluar airport terus ke kanan

Hostel kami terletak di Kranj, jadi harga tiket daripada Airport ke Kranj : 1.80 Euro. Sebab dekat saja kami tak letak pun beg dekat bawah bus, bawak naik atas lagipun bus memang tidak penuh. Bus ke Ljubljana je yang penuh. Untuk destinasi di sekitar Slovenia boleh ke laman web Bus In Slovenia. Taip je nama tempat nak pergi, nanti keluarkan schedule skali dengan harga tiket.

Time table untuk bus pun ada dipaparkan di setiap bus stop. Jadi tidak perlu risau. Senang je nak faham jadual dia. Apa maksud yang masa yang ada underline apa maksud masa yang ada huruf S dekat hujung. Semuanya ada diletakkan dalam jadual tu.

Tempat tunggu bus untuk ke Ljubjlana/Kranj/LakeBled

Tiket kami beli walk in je, sama jugak dengan tiket daripada Ljubljana ke Zagreb. Tapi tiket ini agak cepat habis, masa kami beli ada empat je lagi tempat kosong dalam bus ikut masa yang kami nak. Kalau lambat sikit kena la ambik bus yang lebih lambat.

Bus :
Airport to Kranj : 1.80 Euro
Kranj to Lake Bled : 3.60 Euro, 7.20 Euro (return)
Kranj to Ljubljana : 3.60 Euro
Ljubljana to Zagreb : 12.00 Euro

Van :
Lake Bled to Vintgar Gorge : 8.00 Euro (return)

Plan asal nak berbasikal daripada Lake Bled ke Vintgar Gorge. Namun kita hanya merangcang Tuhan menentukan. Kekangan masa menjadi musuh utama. Plus kami terlajak menikmati keindahan alam di puncak bukit di Lake Bled. Lepak picnic yang agak lama lepas turun mendaki pun ye jugok. Tapi bila sampai Vintgar Gorge macam nak gelakkan diri sendiri pun ada jugak. Nak berbasikal konon, naik turun bukit kot jalan. Ada yang tolak je basikal tu nanti.

Luggage store :
Ljubjlana Bus Station : 2.10 Euro (seorang)
Bus to Zagreb : 1.00 Euro

Total perbelanjaan untuk transportation : 35.70 Euro

Accomodation

Kranj : Cukrarna Guest House
Harga : 92 Euro + 6 Euro ( city tax untuk 3 org, untuk dua malam) = 98 Euro bilik bertiga @ 15 Euro pp satu malam

Kami booked di booking.com dan harga adalah termasuk skali dengan breakfast. Yang best dekat sini, kita dapat guna dapur 24 jam. Laundry pun boleh buat dengan free. Setiap floor ada satu toilet. Perlu share. kalau tak nak share, ada juga bilik yang ensuite. Kami ambik bilik yang share toilet. Tidak menjadi masalah sebabnya, kami mandi awal pagi lepas subuh then balik hostel lepas magrib. Tak pernah lagi ada orang lain bila nak mandi tu.

Kawasan tempat makan, dekat luar tu best juga nak makan disitu tapi kena tunggu tiada orang smoking. 

Pintu masuk Hostel

Lokasi hostel pun, jalan kaki dalam 10 minit sampai la main bus station. Dekat belakang bus station ada satu kedai kebab halal. Wohoo! tapi kami tak beli pun dekat kedai sini sebabnya kami masak dan bawak bekal picnic dekat Lake Bled dan tapau breakfast untuk makan dekat Ljubljana.

Fees & Passes

Kami memang plan tak nak masuk Castle. Kerana kekangan masa pun ye jugak. Jadinya hanya fees untuk masuk ke Vintgar Gorge sahaja iaitu : 4.00 Euro

Makan

Shopping makanan : 6 Euro @ 2 Euro seorang
Harga Mineral Water dengan Roti : 1.60 Euro seorang
Ice Cream : 2.00 Euro

Disebabkan kami masak untuk dua hari, breakfast pun makan dekat hostel. Tapau roti, buah dan yogurt daripada hostel untuk snack. Jadi jumlah perbelanjaan makanan untuk tiga hari di Slovenia ialah : 5.6 Euro

Next update : Hello Croatia!