Memaparkan catatan dengan label Dunedin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunedin. Papar semua catatan

Ahad, 5 Februari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Dunedin Railway Station

Assalamualaikum and Greetings!

Selepas habis melabur di Cadbury dan Countdown Dunedin, kami singgah sebentar di Railway Station Dunedin yang hampir sama dengan Bangunan Sultan Abdul Samad ni. (Bangunan Sultan Abdul Samad pun tak pernah masuk, hiks). Bila cuaca mendung ini, masuk dalam bangunan memang pilihan yang tepat lah. Sejuk betul pagi ni.

Baca dulu sejarah bangunan





Memang jatuh cinta betul dengan tiles bangunan lama-lama ni






Ada scenic train tengah tunggu penumpang


Nak bergambar dekat taman bunga depan tu, hujan dah start turun. Ambik gambaq bunga ja lah

Jumaat, 3 Februari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Kami and The Chocolate Factory

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia

Oompa Loompa

Kami masuk kedai saja, tak masuk kilang pun

Nasib Mr.I pergi masuk Countdown untuk beli barang. Sempat dia tengok harga dekat sana. Terus datang sini balik bagi tau, ada yg lebih murah harganya beli dekat Countdown. #cheapskatesejati

Ho ho ho

Comel pulak kereta Cadbury dekat belakang kedai ni


Store dia kot dalam ni, sebab pekerja dok keluar masuk bawak keluar cekelat daripada sini

Khamis, 2 Februari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Day Five

Assalamualaikum Semua

23 November 2016

Perjalanan hari ini boleh tahan jauh jugak. Dunedin - Te Anau : 348km, dalam masa 4jam22min

Setel checkout, kami singgah dulu pekan Dunedin sebab nak melawat Kilang Cadbury dan Station Keretapi Dunedin. Hari ini nampaknya cuaca tidak menyebelahi kami. Suram saja pagi ni. Parking kereta tepi Kilang, terus teruja masuk dalam sebab nak shopping cekelat. I'm in Chocolatopia!


Sampai sudah, parking dulu

Rajin depa ini ulang-ulang buat kerja

Lepas selesai shopping. Kami ke tempat kedua lawatan pada hari ini. Station keretapi Dunedin.

Sejuk, Suram and Sleepy..hiks

Ada pulak cerita dekat batu bata tepi taman

Hujan rintik-rintik pun dah start turun bila kami keluar daripada sini. 

Sebelum keluar daripada bandar Dunedin ni, kami singgah dulu dekat masjid al huda ni. Malang pulak nasib, masjid tutup time ni. 

Ambik gambaq dekat dinding masjid ja lah nampaknya

Meneruskan perjalanan ke Nugget Point. Disebabkan cuaca suram, maka perjalanan terus rasa sendu saja nak sampai sini. Bila sampai sana, sesekali mentari muncul juga tapi tak lama. Kejap je. Haruslah sejuk kan bila sampai sini.

Almost there

Eh eh lupins kaler Bersih!

Elok kami masuk kereta untuk meneruskan perjalanan ke Te Anau, hujan pun turun. Sepanjang jalan mmg hujan sungguh. Selamat sampai Te Anau pun dah petang dan disebabkan hujan, kami ambil keputusan lepak dalam cabin penginapan saja.

Selasa, 31 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Moreaki Builders & Tunnel Beach

Assalamulaikum and Hello eveyone!

Salah satu pengalaman yang memang tak dapat dilupakan oleh semua ahli rombongan adalah pada hari ini. Pengalaman ngeri sepanjang dok p berjalan dinegara orang ni. Cerita dia macam ni.

Bila sampai dekat persimpangan nak masuk ke Moreaki Builders, kami terlepas ke hadapan. Jadinya kami pun patahlah balik ke jalan yang benar. Bila dan sampai simpang tu berhenti lah kan nak masuk simpang. Depan kami ada satu kereta. Dekat simpang daripada Moreaki Builders pulak, ada satu kereta nak keluar. Dua orang, pemandu dengan penumpang. 

Saya ni tengah rancak sembang dengan kawan-kawan dekat belakang..tiba-tiba dengar pemandu Mr.I cakap,..Allah kenapa dia keluar jugak! Terus pandang depan, depan mata nampak kereta yang nak keluar simpang tu kena hentam dengan kereta yang datang daripada arah berlawanan daripada kami. Orang dalam kereta tu nampak la terhuyung hayang, kereta dia terus langgar kereta depan kami dah seret ke sebelah tepi agak jauh jugak nak sampai ke tepi jalan.

Kami satu kereta jerit, nasib baik jarak antara kereta kami dengan kereta depan tu jauh. Sempat jugak Mr.I undurkan kereta cepat-cepat and kereta belakang kami pun jarak jauh. Lepas tu blur tak tau nak buat apa. Then nampak minyak dok tumpah keluar daripada kereta yang kena langgar tu.

Dah ada dua tiga orang daripada kereta belakang kami lari ke depan nak tengok apa jadi. Kami berempat macam masih terkejut, then Mr. I terus bawak kereta masuk ke simpang Moreaki Builders dan park kereta dekat tepi sebelah kanan (ada tempat kosong agak luas dekat situ).

Kami duduk dalam kereta, tak keluar membantu sebab memang dah ramai orang tolong. Tak sampai 5 minit, sebuah ambulan datang. Then satu lagi datang, then 2 kereta bomba datang. Semua berjalan dengan pantas. Sangat bagus depa punya kawalan bila berlaku kemalangan. Kami duduk dalam kereta dalam 30 minit jugak. Nak hilangkan terkejut satu hal, nak tau juga apa nasib pemandu dan penumpang tu. Sebab kereta yang melanggar diorg dua-dua penumpang ok. Depa keluar daripada kereta and  tolong cuba nak keluarkan mangsa. Kereta depan kami pun pakcik sorg tu nampak ok jugak. Dia pun siap tolong jugak. Tapi memang tak berjaya nak keluarkan mangsa bila bomba datang baru dapat bukak pintu kereta. Bab ni mmg nak cakap satu je, I Love you Abg Bomba satu dunia.

Bila dah ok, tengok keadaan semua dah terkawal elok, kami pun dah ok kami teruskan lah perjalanan ke tempat tujuan asal.

Pengajaran dia, kalau bawak kereta tak kira dimana pun pastikan jarak kita dengan kereta dihadapan tidak terlalu dekat. Dan kalau nak keluar simpang pastikan pandang kiri,pandang kanan, pandang kiri balik. Sekian. Jom tengok gambar kami dekat Moreaki Builders.

Lalu menuju ke pantai

Ayaq tengah surut, dapatlah jalan dekat dengan batu-batu ni

Yang dah pecah





Kalau tak dak batu-batuan ni, cantik lagi pantai dekat Malaysia..hihihi

Kemudian perjalanan diteruskan ke bandar Dunedin. Kami terus ke hotel dulu, sebab plan nak basuh baju dulu. Sampai je hotel terus setelkan apa yang patut. Mr I terus gugel pasal kemalangan tadi, kami diberitakan pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpang masih dalam keadaan kritikal di hospital Dunedin yang dibawak dengan heli. Allah, insaf betul. 

Kami meneruskan misi seterusnya pada hari ini. Nasibla summer kan, jam 6.30 petang kami baru keluar rumah. Sampai sana tanpa membuang masa terus turun laju ke bawah.











Ayaq pasang pulak, jadinya tak dapat nak jalan-jalan dekat pantai. 
Duduk dekat kawasan berbatu-batu saja

Moh lah balik. Magrib sudah

Selamat Malam Dunedin

Ahad, 29 Januari 2017

Spring Summer @ New Zealand : Day Four

Assalamualaikum and Hello!

22 November 2016

Twizel - Moeraki - Dunedin : Jarak Perjalanan 275km, masa 2jam 20 minit

Setel check out, kami meneruskan perjalanan untuk hari ke empat. Misi pertama ke High Country Salmon. Daripada motel tak jauh mana pun. Singgah kejap tengok kolam dan beli Salmon.

Kolam ikan

Fakta

Harga Salmon

Minum kopi or tea dulu

Ok, jom kita teruskan perjalanan

Langit hari keempat pun cerah cantik




Singgah di empangan sekejap. Berhenti picnic dulu


Jumpa pulak biri-biri tengah jalan

Tumpang lalu


Laut!

Sampai pekan Dunedin, singgah kejap beli barang masak. Lepas tu terus setelkan urusan hotel. Basuh baju dulu, setel sidai misi terakhir ialah ke Tunnel Beach. Mujurlah magrib lambat.