Memaparkan catatan dengan label Ella. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ella. Papar semua catatan

Selasa, 2 Disember 2014

Hello Ceylon : The Day We Climbed Little Adam's Peak

Day 5 | Thursday | 23 Oct 2014

Day 5 : Little Adam's Peak

Assalamulaikum and Hello!

Hari ini dimulakan dengan aktiviti sungguh pagi. Lepas solat subuh je, terus keluar mengadap pemandangan indah untuk melihat matahari terbit di ufuk Timur. Agak sejuk di waktu pagi dekat sini, tapi tidak lah sesejuk pagi di Nuwara Eliya. Semangat dah masing-masing dengan camera, alih-alih matahari malu pulak untuk muncul sepenuh hati. Sembunyi-sembunyi je dia nampakkan diri.

Ini saja yang kami dapat lihat. Memang kalau ikut ramalan cuaca pagi ini memang mendung sedikit dekat Ella. Redho dan syukur dengan rezeki yang dapat lihat.

Lepak atas katil pun dapat lihat view Ella Rock!

Selepas breakfast, (untuk hari ini dan seterusnya, breakfast masuk sekali dalam bayaran booking accomodation, senang dah tak payah nak pikir) kami terus angkut beg masuk van dan menujuk ke lokasi untuk memulakan pendakian. Untuk makluman, tempat bermulanya pendakian ke sini adalah di pintu masuk Resort 98 Acres. Ruwan park van ditempat yang telah disediakan dan free. Ingatkan Ruwan malas nak join panjat, tapi dia pulak bersemangat nak join. Bagus juga, ada jurugambar nanti.

Perlu melalui kawasan semalam yang berkabus untuk sampai ke Resort tersebut

Ini kalau nak menginap dekat hotel mahal dan view pun superb, boleh la check in dekat sini

Untuk sampai ke Little Adam's Peak, kita akan berjalan menyusuri laluan yang disediakan. Kiri kanan penuh dengan pokok teh. Lepas mendaki, boleh singgah lepak dekat restaurant resort ini. Tapi kami masih mengekalkan #cheapskatesejati, jadi perkara ini haruslah dilupakan sahaja.

Ayuh, mari kita mulakan pendakian

Bilik resort ini memang mengadap Little Adam's Peak. Itulah restaurant yang terletak dekat bahagian atas sekali

Perlu memanjat anak tangga juga untuk sampai ke puncak. Tapi ok lah tidak lah terlalu penat pun nak mendaki.

Ini nama dia Ella (kami yang bagi nama suka hati), Ella ini ikut kami daripada bawah sampai ke puncak. Kalau kita berhenti ambik gambar pun dia tunggu.

Bila makin naik ke atas, cuaca agak ok sedikit. Langit biru muncul sedikit.

Ella Rock

Mari teruskan perjalanan, sapa nampak Ruwan dekat hujung tengah cekak pinggang tunggu kami sampai. Nasib kau lah kan, dah ada camera ni memang lambat la sampai atas. Hehe

Yeay! Berjaya

Pemandangan dari atas ke arah Ella Gap

Jom kita turun, kita panjat puncak sebelah sana pula

Dekat atas ni kami sempat berbual dengan pasangan warga emas daripada Belanda. Berjalan berdua dengan seorang pemuda Sri Lanka sebagai driver merangkap pemandu pelancong. Sudah dua minggu meraka di sini. Bulan Februari nanti diorg akan datang lagi sini. Suka betul dengan Sri Lanka. I'm so jeles makcik!

Ahad, 30 November 2014

Hello Ceylon : Nuwara Eliya to Ella

Wednesday | 22 Oct 2014

Day 4 : Journey to Ella

Assalamualaikum dan Hello.

Misi sebelah petang selepas puas main kejar-kejar dalam ladang teh, adalah menuju ke Ella. Ella ini merupakan satu pekan yang terkenal bagi kalangan pendaki gunung kerana ianya merupakan pekan paling dekat untuk sampai ke Adam's Peak. Seperti juga pendaki gunung yang lain, kami juga bermalam di sini sebelum memulakan pendakian ke Adam's Peak. Pui! Haruslah bukan Adam's Peak. Kami hanya mampu memanjat Little Adam's Peak sahaja. Hiks. Selain dua tempat ini, ada lagi satu yang terkenal di daerah Ella iaitu Ella Ratu Rock Negara. Ella Rock ini lebih mencabar daripada Little Adam's Peak, jadi kami hanya memilih yang senang sahaja.

Perjalanan ke Ella memakan masa lebih kurang 2 jam setengah. Sampai sini terus cari lokasi terletaknya tempat penginapan. Agak sedikit mencabar untuk sampai ke lokasi penginapan. Kereta hanya boleh park dibahagian yang telah disediakan. Perlu memanjat sedikit untuk sampai. Oklah tu, latihan sebelum mendaki esok hari katanya.

Bahagian depan bilik ada kawasan kerusi meja untuk rehat-rehat menikmati pemandangan

Jiran sebelah. Masa ni diorg tiada di bilik,malam baru berjumpa.


Dua tingkat sahaja bangunan ini

Inilah salah satu bilik kami untuk dua orang. Kami booking tiga bilik semuanya. 

Kali ini, tuan tanah pun nak masuk dalam gambar asyik model sorg je kan.

Inilah The View! Kalau keretapi lalu sini pun boleh dengar bunyi tapi ke bawah sikit track dia, so dari sini  dengar bunyi je tak nampak keretapi

Sebelah kanan itu ialah Little Adam's Peak

Ini pula adalah Ella Ratu Rock Negara

Sebelah Ella Rock, ada air terjun

Selesai urusan wajib, kami keluar untuk makan malam. Ruwan bawa kami ke pekan Ella dan kami jalan kaki cari kedai makan yang bersesuaian. Lepas makan Ruwan datang ambik dan dia bawak kitorg pergi tengok kawasan berkabus. Dia cakap kawasan ini akan berkabus setiap kali menjelang senja/magrib.

Restaurant pilihan. Kami order menu vegetarian  dgn hot tea. Lupa nama dia,tapi sebab yang ini nampak cantik dan ada wifi free..huhu

Inilah kawasan mistik itu. Nyaman sungguh udara masa ni

Bila makin gelap agak scary pula pemandangan sekeliling. Dah la sunyi sepi. 
Jom balik bilik.