Isnin | 04.11.2013 | Day 5
Hari ini perjalanan dimulakan seawal jam 5 lebih pagi. Destinasi ialah mendaki puncak Seongsan Ilculbong untuk melihat matahari terbit diufuk Timur. Dari hotel yang kami menginap boleh jalan kaki saja untuk ke tempat ini. Tapi cuaca sejuk ya amat, jadinya kami menaiki kereta dari hotel. Tempat parking besar dan luas dan tiada bayaran dikenakan.

Beratur membeli tiket pun tak lama. Pendakian diteruskan dalam keadaan gelap gulita sejuk embun pagi. Perhatian! proses mendaki kawasan ini memerlukan stamina. Jadi bersedialah secukupnya. Bila berjaya sampai puncak keadaan masih lagi gelap, cari tempat duduk untuk bersedia menikmati keindahan pagi. Ramai orang dah masa kami sampai sini. Kami pilih untuk duduk dibahagian kanan sebab bahagian kiri sudah hampir penuh.
Matahari!!!!