Memaparkan catatan dengan label Matamata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matamata. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : Hobbiton

Assalamualaikum and Hello

Ok post kali ni memang banyak gambar. Sebab setiap sudut tempat adalah sooo cantik dan cute and detail. Teruja. Mula la semua orang dok ingat scene dalam LOTR and The Hobbit. Dalam bas daripada Matamata ke Hobbiton pun ada tayang, so boleh la flashback memori.

Welcome to The Shire



Ni rumah Sam!

Rumah Hobit paling famous

Pintu untuk kewasan lapang tempat scene majlis keraian


Kawasan kenduri kendara Hobbit



Kalau datang awal, tak nampak la ramai sangat pelancong. Time kami nak balik tu dah start ramai orang masuk. Siap tunggu turn group untuk berhenti satu-satu check point.

Jom kita ke kawasan cafe


Best sebab orang tak ramai, so dapat ambik gambaq clear mcm ni



Mana la tak lambat sampai kan, semua rumah nak ambik gambaq



Ar N, orang yang paling too scale dalam group kami, kikiki


Nampak tak ketelitian kawasan set ni

Rumah ni, pekerjaan dia buat cheese

Rumah ni rumah tukang kayu kalau tak silap

Baju dekat ampaian tak angkat lagi, langit dah gelap tu

Tuan rumah ni kerja dia jual madu

Ha, ni madu yang nak dijual

Geram macam nak lompat pagar ni, masuk dalam rumah tu

Ok, last skali gambaq bersama kawan-kawan sepenjelajahan
Formal sikit

Action!


Isnin, 27 Mac 2017

Spring Summer @ New Zealand : 3D2N, North Island

Assalamualaikum and Hello!

Post kali ni nak cerita apa yang kami dapat buat sepanjang berada di North Island dalam lebih kurang tiga hari dua malam. Tapi sebenarnya macam dua hari, dua malam saja pun sebab sampai North Island pun dah petang.Dengan kisah tunggu kereta sewa yang drama lambat gila tu. Sampai hotel terus masuk tido je hari pertama tu.

1 Disember 2016

Hari ni kami plan ke Hobbitton lah mana lagi kalau dah drive daripada Auckland sampai ke Matamata malam-malam buta semalam kan. Kiranya objektif utama kami ke North Island ni adalah nak masuk ke Hobbiton ni je. 

Walauoun cuaca mendung, kami tiada pilihan pun sebabnya esok dah flight ke Sydney dah. Jadinya kami proceed je. Tapi awal pagi keluar sebabnya baca review semua cakap pergi awal pagi sebab orang tak ramai dan lebih selesa nak ambik gambar.

Tempat beli tiket di pekan Matamata


Sebab masih awal pagi, orang memang tak ramai nak beli tiket. 
Tak payah beratur pun.

Ni tour guide kami masa dekat Hobbiton, sweet je budak nya.

Tempoh lawatan dalam kawasan perkampungan hobbit ni memang kena ikut masa yang telah ditetapkan. Macam biasalah, kami empat ketul yang selalu lambat sampai checkpoint sebab teruja lebih ambik gambar. Tapi semua orang pun ok saja. Baik je tak de lah nak moody tunggu, mayb sebab masih awal pagi orang masih ceria and belum penat.

Lepas selesai lawatan sini, kami bergerak ke Rotorua pulak. Sebenarnya banyak plan nak buat dekat north island ni, tapi semua pun dah malas dan misi utama dah tercapai. Jadinya kami gerak ke Rotorua tanpa arah tujuan. Just masuk kereta, jom ke Rotorua.

Sampai tepi tasik terus bentang tikar picnic. 
Driver mengantuk, terus tido bawah pokok. Layan.

Lepas tu round town dia, nampak ada night market. Singgah kejap sini. 
Cuci mata, beli ice cream.

Pemandangan semasa perjalanan pulang daripada Rotorua ke Matamata

2 Disember 2016

Daripada Matamata ke Auckland kami tak singgah pun mana-mana tempat. Terus saja ke airport. Mujur sampai awal, ada drama nak checked in. Lama juga lah nak tunggu semua orang dapat boarding pass. Nasiblah staff semua baik dan sabar layan.

Selamat tinggal bumi New Zealand! Hello Sydney!