Memaparkan catatan dengan label Takayama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Takayama. Papar semua catatan

Ahad, 22 Julai 2018

Takayama & Hida

Assalamualaikum semuanya and Hello!

| 26 November 2017 |

Lepas setel hal hotel dan urusan apa yang patut.  Turun bawah masuk Family Mart beli sedikit bekalan makanan terus kami jalan kaki ke Old Town Takayama. Cuaca mendung kejap, cerah kejap. Tapi yang pasti Old Town Takayama memang penuh orang. Tapi ok je tak de lah orang ramai sangat macam Jalan Tar time nak ghaya tu.

Kawasan ni belum ramai orang sebab bukan betul-betul old town lagi. Tapi memang aman tenteram lah dekat sini jalan-jalan dengan cuaca sejuk. Owh indahnya rasa

Cantik design 

Lintas sungai ini, sampai la Old Town

Jambatan merah tak dapat dipisahkan di Jepun. Ada dimana-mana

Antara salah satu lorong di Old Town

Tetiba ada orang tegur dalam bahasa melayu. Rupanya jiran seberang, ramah betul dia. Seronok dia jumpa kami sebab katanya dah lama tak cakap dalam bahasa melayu/indonesia...hehe

Dekat sini banyak kedai-kedai jual makanan, kebetulan memang kami sampai tu lunch time

Ramai orang nak makan dekat sini, mesti sedap. Acah-acah berlakon nak masuk skali. Acah je lah pun sebab mmg tak halal pun kan.


Supercute

Mmg tangan seni orang Jepun ni detail betul

Ambik gambar je mampu, nak sewa naik keliling Old Town mmg idok leee...mahei bebenor


Habis lawatan dekat Old Town Takayama ni, jalan kaki ke train station semula untuk naik train ke kawasan kampung sebelah, Hida. Untuk perjalanan ni kami guna JR Pass yang dah ada, cuma tak booking seat je sebab route ni sat saja pun sampai. Plus memang tak ramai orang pun, dapat tempat duduk.


So, mari kita jelajah apa ada dekat pekan Hida ni.

Sebelah kanan Train Station pekan Hida

Patutnya ada ikan koi dalam longkang ni, tapi ada isu banyak ikan mati ke apa tah, majlis perbandaran dah pindahkan semua ikan-ikan ni. sobsss baru nak tengok ikan koi depan longkang rumah.

Dinding bangunan dekat sini mmg sesuai nak buat tempat nak shoot OOTD

Tak ingat dah nama temple ni, masuk free je dalam kawasan ni

Binaan kayu temple lama dekat Jepun ni mmg superb!

Balik semula ke Takayama, then terus berkubang dalam bilik sebab sejuk Ya Allah malam ni.

Till, next time!

Selasa, 13 Mac 2018

Nagoya to Takayama by train

Assalamualaikum dan Hello semuanya

| 26 November 2018 |
Seawal pagi kami keluar hostel untuk memulakan penjelajahan hari ini. Suhu masih sejuk hari ini, cuaca pun mendung kejap cerah kejap. Nasib tak hujan je pagi tu sbb jenuh jugak kalau hujan nak berjalan dengan beg semua.

Perjalanan kalau tak silap dalam 2 jam lebih. Lupa sudah. Tapi kalau nak lebih tepat tengok dekat Hyperdia jeklah ye kawan-kawan semua. Sampai station ingat tak sesak lah sebab baru jam 7 pagi macam tu. Skali kau, penuh dah manusia. Hari Ahad kot ni, korg ramai-ramai ni nak ke mana pagi2 sejuk ni. Ternampak sekumpulan atok and nenek berpakaian sukan ready macam nak pergi hiking. Patutla sihat-sihat orang Jepun ni ye.

Malas nak sembang panjang, kita letak view pemandangan sepanjang perjalanan. Enjoy!







Disebabkan kami duduk dalam gerabak yang reserved seat, orang tak ramai. Jadi boleh pindah kiri kanan nak enjoy view. Orang lain pun sama naik juga. Kejap kiri, kejap kanan. Tak dak sapa nak marah. But, seriously memang best layan view sepanjang perjalanan ni. Cuaca pun Alhamdulillah cerah terang elok.

Sampai saja Takayama setel letak beg dalam bilik, solat semua apa yang patut. Mari ke old town Takayama!