Ahad, 13 Disember 2015

Into The Balkans : The Arrival, Sarajevo

Assalamualaikum and Zdravo!

Mencari rumah tumpangan di Sarajevo amat mencabar (paling mencabar sebab no.gps yang diberikan adalah salah). Lebih kurang sejam jugak kami ulang alik naik turun bukit di kawasan Alifakovac ini. Syukur akhirnya setelah bertanya kepada orang tempatan walaupun macam ayam itik bercakap, kami selamat sampai ke rumah tumpangan.

Tengah mencari rumah tumpangan, jumpa masjid comel ini

Naik turun bukit kami disini

Siap suruh Ms N pose sebentar sebab dah hampir giveup cari rumah tumpangan. Tengok lah jalan raya dia, simpang siur memang mencabar bawak kereta dekat Sarajevo

Rupanya, rumah tumpangan kami adalah berada dibahagian atas kawasan perkuburan Alifakovac sahaja. Padahal dah berapa kali kami pusing kawasan perkuburan ni. Siap berhenti ambik gambar dulu. 


Over the centuries judges, muftis (Islamic sharia scholars), craftsmen, agas and other eminent Sarajevo citizens were buried here. The cemetery is also called Musafir Cemetery (ar. musafir – visitor) because those visitors whose destiny was to die in Sarajevo were buried here. Tombstones and inscriptions are historical archives of its own kind left in stone. From Google

Laluan kami sepanjang dua hari untuk turun ke kawasan bandar di Sarajevo. Awas disini ada dua ekor anjing yang suka ikut orang jalan kaki. Manja dia bukan main macam kucing nak bermanja dekat kaki kita. 


Rileks je orang-orang tua dekat sini naik turun bukit hari-hari. Kereta pun park stady je dekat tepi jalan berbukit. Tapi kena ada bata dua ketul tahan dekat depan tayar. Hiks

Kedai runcit singgah sini hari-hari beli nectarine. Owh nectarine jadi makanan ruji kami hari-hari, mesti beli dekat kedai sepanjang berada di Balkans



Sistem tram di Sarajevo merupakan antara yang tertua di Eropah


Comel je 

Senibina pengaruh daripada Austria-Hungary boleh dilihat di Sarajevo
Location: Sarajevo, Bosnia and Herzegovina

0 comments: