Selasa, 8 Mac 2016

Into The Balkans 2015 : The Summary

Assalamualaikum and Hello!

Syukur berjaya juga akhirnya menyiapkan catatan perjalanan kembara dibumi Balkan edisi 2015. Betullah kata pepatah banyak berjalan luas pemandangan. Segala pengalaman selama lebih kurang 17 hari berkelana dirantau Balkan akan sentiasa terpahat dalam ingatan. 

Seperti biasa, disini akan disimpulkan keseluruhan entry yang berkaitan untuk memudahkan para pembaca semua. Semoga apa yang diceritakan dapat membantu anda semua. In Sha Allah.

Persediaan ke rantau Balkan : The Preparation 
Ringkasan perjalanan : Into The Balkans 2015
Kisah transit di Dubai boleh rujuk disini : Dubai 

Istanbul, Turkey

Penginapan/Pengangkutan/MakanMinum di Istanbul : Info Istanbul

Rangkuman perjalanan selama 6 hari di Istanbul, yang dibahagikan kepada 2 bahagian :
1/ Istanbul Aku Datang - 3D2N
2/ Istanbul Aku Datang Lagi - 3D2N

Day 1 : 
Bersiar-siar di sekitar Galata Bridge
Day 2 : 
Topkapi Palace | Hagia Irene | Hagia Sofia | Chora Museum | Masjid Eyup Al Ansari | Golden Horn
Day 3 : 
Masjid Biru | Istanbul Archaeology Museum | Flight ke Slovenia dengan Turkish Airlines

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Day 4 : 
Galata Bridge | Taksim Square at night
Day 6 : 
Spice Bazaar | Flying back home

Peluang berborak dengan seorang penduduk Turkey (makcik yang jumpa dalam Masjid AlFatih) sangat berharga. Dia lulusan ijazah Biology, tapi mengambil keputusan untuk menjadi suri rumah kepada tiga orang cahaya mata. 

Dia bercerita pasal pemimpin Turkey sekarang, Edrogan. Masa kami disini, agak baru lepas pilihanraya dimana parti Edrogan tidak dapat membentu kerajaan disebabkan tidak memenangi kerusi secara majoriti dan rundingan dengan parti pembangkang tidak menemui kata putus. Maka, pilihanraya kali kedua akan diadakan tidak lama lagi. Dan juga semasa itu, kes letupan bom di Balai Polis Istanbul agak baru terjadi disana.

Makcik yang bernama Maryam cakap, dunia luar terutamanya Barat takut dengan Edrogan sebab dia lantang bersuara dan tidak tunduk kepada mereka. Jadi, apa yang diwarwarkan di media Barat banyak berat sebelah dan cuba untuk memburukan dia. (saya sngt setuju dengan pandangan makcik ni) 

Sebelum kesini, Ms A pernah bagi tahu yang rakyat Turkey yang belajar atau bekerja di Netherlands teruja nak balik kampung untuk mengundi sebab tak nak Edrogan. Tapi dari segi cara percakapan mereka dan cara hidup Ms A simpulkan mereka memang lebih kepada Barat. Dan umum mengetahui kepimpinan Edrogan lebih menjurus kepada nilai-nilai islam dan beliau cuba untuk memakmurkan lagi ciri Islam dalam kehidupan masyarakat mereka.(memang sukar untuk buat dilaksanakan hasil pemerintahan cara Mustapa Kamal Attaturk yang telah sebati dengan jiwa mereka)

Makcik Maryam cakap, ramai rakyat Turkey percaya yang insiden yang berlaku (bom di balai polis) adalah angkara orang luar yang mahu memecah belah kan mereka. Alhamdulillah, kini doa makcik Maryam dimakbulkan, Edrogan berjaya jua akhirnya membentuk kerajaan. Cumanya agak sedih dengan insiden yang berlaku di kawasan Hagia Sofia. Tak terbayang rasanya, sebab kawasan yang sentiasa ramai dengan manusia.

Semoga kerajaan Turkey dapat bangun dan kembalikan kegemilangan sebagaimana zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.

Penulis di dalam kawasan Harem, Istana Topkapi

Didalam Hagia Irene


Penulis bersama Ms K, di Masjid Biru


Slovenia

Penginapan/Pengangkutan/MakanMinum di Slovenia : Info Slovenia

Rangkuman perjalanan dibumi Slovenia : 3D2N in Slovenia

Day 1 :
Kranj
Day 3 : 
Ljubljana | Journey to Zagreb by bus

Walaupun negara Slovenia tidak menghadapi tentangan hebat daripada Serbia semasa kemerdekaan, tapi sebagai salah satu negara yang dahulunya dikenali sebagai Yugoslavia tentunya terdapat kisah suka duka kehidupan.

Perbualan kami dengan Yolanda, pemilik (rasanya lah) hostel di Kranj sendiri bercakap sehingga sekarang dia masih tidak dapat memahami kenapa perang dirantau ini boleh terjadi. Jiran sendiri sanggup membunuh jiran. Ibu Yolanda adalah berasal daripada Bosnia dan berjaya melarikan diri ke Slovenia. 

Semasa breakfast di hostel, kami sempat juga berbual dengan seorang pakcik yang berasal daripada Croatia. Dia juga cakap benda yang sama. Dari segi umur rasanya pakcik ini mungkin lebih terkesan berbanding Yolanda. Dia cakap, and yet people don't learn from the past. Merujuk kepada peperang yang tengah berlaku di Syria.

Bersiar-siar makan angin sejuk di Vintar Gorge

Croatia

Penginapan/Pengangkutan/MakanMinum di Croatia : Info Croatia

Rangkuman perjalanan dibumi Croatia : 3D2N in Croatia

Day 1 : 
Zagreb MosqueZagreb
Day 2 : 
Lakes Plitvice | Rastoke Village
Day 3 :
Journey to BiH

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Day4 : 
Dubrovnik (from Mostar, BiH)
Day 5 : 
Journey to Kotor by bus

Keterujaan di tasik Plitvice


Pengalaman sesat diwaktu malam di Dubrovnik.

Selepas kami lunch di dalam kota lama Dubrovnik. Kami tunggu bus ditempat yang telah diberitahu oleh tuan rumah airbnb. Kiranya kali pertama nak naik bus lepas kereta sewa dah dipulangkan pada tghr semalam.

Kami dengan yakin naik bus yang diberitahu. Sampai ke simpang yang sepatutnya belok ke kanan, bus belok ke kiri. Saya terus tengok muka kawan sebelah. Dia pun macam keliru, tapi kami beranggapan bus ini akan patah balik ke jalan arah rumah kami.

Namun sudah semakin jauh bus ini masuk ke dalam, akhirnya hanya tinggal kami berlima sahaja dalam bus dan sampai ke perhentian terakhir. Terus Ms K bawa map yang diberikan tuan rumah dan tanya pakcik bus. Dia geleng-geleng kepala dan cakap panjang lebar dalam bahasa croatia. Ahh, sudah. Dia terus suruh kami turun bus dan matikan enjin serta lampu.

Kami turun dan terpinga-pinga nak buat apa. Sudahlah sunyi sepi kawasan sekitar, Rumah-rumah pun agak jauh dan tidak berapa banyak. Seberang jalan ada laut. Apa nak buat ni! Pikir-pikir, salah sorang ajak kami ke arah jambatan. Kalau kami berjaya naik ke jambatan, jalan terus sahaja sudah sampai rumah sewa. Masalahnya jambatan ini terletak diatas bukit dan kami berada dibawah, dan tidak pasti ada tangga ke tidak untuk ke situ. Dah la gelap gulita, nak panjat bukit.

Dalam kegelapan malam, kami jalan ke arah jambatan. Tapi semakin ke dalam, makin kurang pasti dengan idea ini. Last skali ambik keputusan untuk pulang semula ke tempat bus tadi. Owh, pakcik bus tu cakap dia nak rest dalam 20 minit (agak-agak je nih, sebab yang faham dia cakap ada perkataan rest dengan 20 minutes). Masa kami sampai kesini semula, pakcik bus terus hidupkan enjin dan pasang lampu.

Alhamdulillah, tiket kami masih valid sebab masih belum melepasi 1 jam daripada tempoh tiket pertama kali digunakan. Pakcik bus suruh kami turun di Main Bus Station. Dia tunjuk kearah taxi. Ok, akhirnya kami berkeputusan untuk ambik taxi saja pulang ke rumah. 

Sampai rumah, terus masing-masing gelakkan diri sendiri. Hari pertama nak guna bus pun dah tak reti. Manja sangat jalan-jalan naik kereta sewa sebelum ni. Rupanya no.bus yang kami naik tu untuk perjalanan daripada rumah sewa ke town. Bukan daripada town ke rumah sewa. Hahaha. Pengalaman betul. 

Sepetang berjalan diatas tembok kota lama Dubrovnik

Bosnia & Herzergovina

Penginapan/Pengangkutan/MakanMinum di Bosnia : Info BiH

Rangkuman perjalanan dibumi BiH : 5D4N in BiH

Day 1 :
Bihac | Jajce 
Day 3 : 
Tunnel of Hope | Old Town Mostar
Day 4 : 
Pocitelj | Blagaj
Day 5 : 
Journey to Dubrovnik by bus

Berjaya mendaki kota lama, Pocitelj, Bosnia


Sejujurnya, negara BiH ini memang saya sudah lama idam untuk jejakkan kaki sejak zaman kanak-kanak semasa mendengar berita tentang peperangan disana. Jadinya bila diizinkan Allah untuk sampai kesini rasa syurkur tak terhingga.

Lepas baca buku, lihat sendiri kesan-kesan peperangan secara fizikal, emosi dan tindakan penduduk disini untuk bangun kembali selepas perang satu yang dapat saya simpulkan (pada pandangan saya) sifat pemaaf masyarakat Muslim di Bosnia sangat tinggi! Allahuakbar!

Bayangkanlah dengan apa yang dialami semasa perang, jiran,kawan sekolah,guru sekolah sendiri cuba untuk membunuh mereka, tapi selepas perang tamat perkara itu sudah dimaafkan dan hidup mesti diteruskan. Namun apa yang sedikit sedih, pegangan agama mereka sudah tidak seperti dahulu (walaupun peperangan yang terjadi adalah disebabkan perbezaan agama). Majoriti masyarakat Bosnia memilih untuk menjadi golongan the others atau dalam erti kala lain atheist. Cumanya agama menjadi penting untuk proses memohon kerja,belajar dan urusan-urusan berkaitan kerajaan ( Ini adalah apa yang diceritakan oleh Neno)

Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama mereka. Ameen.

Montenegro

Penginapan/Pengangkutan/MakanMinum di Montenegro : Info Montenegro

Rangkuman perjalanan dibumi Crna Gora : 3D2N in Montenegro

Day 1 : 
Old Town Kotor
Day 3 : 
Journey to Tirana by van

Pendakian terakhir di bumi Balkans, Kotor's City Wall

Semasa di Montenegro kami dapat rasakan yang kehidupan masyarakat disini sungguh santai. Macam pekerja hostel (tidak dapat disahkan sama ada beliau pekerja atau pemilik hostel) di Kotor, lepas kami call untuk pickup kunci bilik (sebab dia pergi minum kopi, ada nota ditampal depan pintu pejabat) dia terus cakap, ok my job is done for today! baru jam 2 petang kot time tu.

Sasa nama pekerja yang menyambut kami di hotel Budva, bercerita dia pindah daripada Serbia untuk bekerja di sini kerana suasana kerja di Montengro lebih tenang dan rileks berbanding Serbia. Dia suruh kami datang lagi ke Balkan, dengan misi cover satu rantau ni sampai habis. Siap bagi cadangan start from Budapest going down to Greece. In sha Allah, kalau diizinkan memang mahu buat plan ko ni Sasa.

Tirana, Albania

Penginapan/Pengangkutan/MakanMinum di Tirana : Info Tirana

Rangkuman perjalanan dibumi Albania : A day in Tirana

Day 1 : 
Tirana
Day 2 : 
Journey to Istanbul by Pegasus Airline

Nene Tereza Airport, Tirana, Albania

Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan singgah kesini. Semoga info ini dapat membantu sedikit sebanyak perancangan percutian. Sekian.

p/s : what's next?

3 comments:

Mulan berkata...

Woaahh awesome trip..!! TQs for sharing

hidayahrodhi berkata...

mulan,
Welcome =)
Tq for reading

HarmonieBalingHomestay berkata...

Thanks for sharing...Very useful!! :))