Khamis, 30 Mei 2019

Al -Andalus : Shopping Day in Madrid, Spain

19 November 2018

Assalamualaikum and Hola!

Pagi ini kami sampai dekat Madrid jam lapan pagi. Misi kami terus nak letak beg, tak payah mandi apa keluar untuk membuat pelaburan dengan jayanya di Madrid. Kiranya hari ini last day kami ada full day sebelum balik ke tanah air tercinta. Nasib menyebelahi sebab masa sampai, bilik sudah ready dah depa bagi ja kami masuk letak beg terus. Masuk dalam supermarket dulu beli oren jus perah sendiri dulu, minuman ni pun macam agak wajib pulak kami buat tiap kali masuk supermarket dekat sana. Sedap kot oren jus.

Lepas tu, disebabkan kami dah rindu nak makan tomyam, gigih la google cari kedai makanan thailand yang halal dekat Madrid. Ada jumpa satu dekat jugak dengan kawasan kami nak shopping nanti. So apa lagi, terus terjah ke kawasan tersebut.
For the last day

Satu kedai penuh dengan barangan depa saja

Hari Jumaat minggu tersebut akan ada Black Friday Sale, tapi kedai depa buat White Friday

Ada jugak borong benda ni pun, macam tak boleh nak beli dekat Pavi tu, eh mmg kena la beli sebab harga dia lebih murah. Ok justify.

Sepanjang jalan ini, penuh kedai kiri kanan. So memang kami buat saie dekat sepanjang jalan sini


Ini kedai paling lama masuk, dan keluar dengan beg yang sangat banyak masing-masing. Huhu

Beli untuk next trip katanya

Daripada cerah sampai ke malam la baru balik ke hostel balik semula

Disebabkan aktiviti hari ini adalah shopping, ini saja gambar yang diambil untuk hari ini. Bila saka shopping dah merasuk macam ni lah jadinya. Lepas tu pening kepala nak kemas beg masing-masing. Daripada satu beg, semua pun terberanak satu lagi beg.

0 comments: