Bangun dengan penuh tenaga dan semangat yang sentiasa teruja mahu meneroka bumi Catalan. Misi hari ini adalah untuk menyusuri La Rambla, kejiranan El Raval&La Ribera&Cuitat Vella pada separuh hari dan Montjuic separuh hari.
Seperti biasa waktu pagi bersarapan pagi di kamar tidur.
La Rambla
Seperti mana yang diberitakan semalam, sungai manusia ini sentiasa penuh dengan manusia yang menjual pelbagai jenis barang dan pengunjung tempatan dan luar. Bahagian atas berdekatan dengan Plaza Catalunya banyak kedai-kedai bunga dan juga cafe-cafe.
Kiosk-kiosk menjual barangan pasukan bola sepak Barca juga banyak. Human statues sangat banyak disini!tak tergambar jam berapa diorg ni bersolek bersiap hari-hari.
|
Human Statues along La Rambla |
Tempat yang paling penting untuk dilawati ialah Mercat de la Boqueria. Nanti saya akan buat entry khas pasal pasar femes ini.
|
Pergi pasar pagi-pagi memang menarik |
Menyusuri lorong hospital untuk melihat antic hospital de la Sta. Creu yang terletak di dalam kawasan
El Raval.
|
Hospital zaman dulu-dulu |
Di kawasan ini juga terdapat bangunan yang perlu dilihat dengan mata sendiri oleh seorang yang bergelar juru bina bangunan, Museu d'Art Contemporani de Barcelona.
|
direkabentuk oleh Arkitek Richard Meier |
Kembali ke La Rambla untuk ke kawasan kejiranan
Cutat Vella, La Ribera dan Barri Gotic untuk melengkapkan sebahagian kawasan yang belum sempat disinggah semalam.
|
Nani sempat nak ambik gambar dengan abang polis macho |
|
Santa Maria del Mar |
Sambil-sambil tu, jangan lupa masuk ke kedai-kedai yang bersepah di semua kawasan. Macam biasa la kedai Zara, Camper, Desigual. Masuk je tak beli pun tak pe, yang bestnya masuklah kedai kecik ke besar ke mesti akan disapa dengan Hola! Kawasan kejiranan ni memang best jalan sebab lorong-lorong kecik, banyak kedai menarik dan unik. Museum Picaso pun kitorg tak masuk hanya bergambar diluar.
Perjalanan sebelah petang bermula seperti biasa di station Metro Universitat ( line Purple ) ke Paral Lel kemudian meneruskan perjalanan dengan menaiki train macam dekat bukit bendera, Penang untuk sampai ke atas bukit
Mountjuic.
|
perjalanan menuju puncak |
Dikawasan bukit ini terdapat banyak sangat tempat yang wajib dilawati. Terlalu banyak. Rasanya kalau spent masa sehari suntuk di kawasan bukit ini baru puas hati. Tapi memandangkan percutian kami sebagai salah seorang pekerja yang makan gaji dan bukanlah mempunyai syarikat sendiri maka separuh hari sudah cukup memadai.Redha dan bersyukur.
|
Estadi Olimpic |
|
Torre Calatrava ( Comunication Tower by Arkitek Santiago Calatrava ) |
|
Palau Nacional and Placa de Carlos Bugis Buigas |
|
Jardins del Claustre ( the cloister garden ) |
Akhir sekali gambar yang menjadi pilihan hati untuk hari kedua di Barcelona ialah :
|
Hey you gojes! |
2 comments:
gojes ni menda?
macam model gaya huhu
Anna,
gojes aka kacak hihi,itulah org2 spain ni bersepah mcm model.pompuan ka lelaki ka sama ja.nak beli baju pun saiz model ja bnyk.hina terasa diri ini.
Catat Ulasan